Man Ana??




~* Menulis biar pakai hati..Dan, jujur pada diri..*~

Dan sungguh aku percaya, tulisan itu tidak mampu menipu..Kerana tulisan adalah sebuah percakapan yang tidak mampu kau luah untuk didengari..♥

✿Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ✿

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" (QS, Al-Hujurat [49]:13)





Alhamdulillah...Tanggal 12 September 1994 bersamaan 7 Rabiulakhir 1415h pada pagi Isnin di Hospital Yan, Yan Kedah Darul Aman lahir anak gadis ketiga istimewa buat ummi dan abah. Penyeri kehidupan keluarga. 
Di sisinya dua orang kakak membesar bersama dalam didikan dan asuhan seorang ummi yg sgt penyang dan seorg abah yang sangat tegas!. Begitu juga anugerah dari-Nya empat adik lelaki tempat melempiaskan nasihat dan gelak tawa serta adik gadis bongsu kecil yang senantiasa rapat ibarat isi dengan kuku. 
Sejak kecil sehinggalah sekarang kediamannya bersama tok mama (mak abah) dan tokwan (ayah abah) di Kg.Penyarum, Pendang, Kedah. 
Keluarga yang sederhana dan kediaman yang biasa. Jauh dari hiruk-pikuk bandar. Mereka tinggal di kawasan kekampungan dan kawasan kekeluargaan ^^

Pendidikan awalnya di rumah.
Kemudian Pasti al-Hidayah,Penyarum.
Tamat pengajian Pasti, disambung pula ke Sekolah Rendah Islam Burhanuddin Al-Helmy,Alor Setar selama 6 tahun di sana. Dan selama itulah berdikari mengenal dan membelajari susah senang menaiki bas ke sekolah. Malah pernah menaiki van pekerja kilang ke sekolah kerana jarak yang jauh dari rumah kediaman ke sekolah yang mengambil masa hampir 45minit. Dari situ juga banyak terkenang pengorbanan susah payah abah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Tamat Pengajian sekolah Rendah di -SRIBAH- di sambung pula ke Maktab Mahmud Pendang. atau juga dikenali sebagai (Ma'ahad Pendang). Kehidupan Maahad amat berbeza berbanding sekolah biasa. Tarbiyyah awal diserap dalam diri selama berada di sana. Dan di sana jualah terbitnya rasa suka mempelajari Bahasa Syurga ini.
-PMR-SPM-STAM- dilalui di Maahad Pendang dengan jayanya.
Tamat Pentarbiyyahan di Maahad, Hasrat murni ditanam ingin terbang ke ardhul kinanah....

Sebelum ke sana, banyak pengalaman indah dalam menuntut ilmu dikutip dan di isi ruangannya. IPPT, Pasir TumbohSebulan berhijrah ke Negeri kedua-Kelantan- dahulu lepas SPM pernah bertandang sebagai pelajar di sana. Kini datang lagi bersama kakak dan sahabatnya, Liyana. Perjalanan menimba ilmu kemudian diteruskan lagi dengan 
Menyertai Kursus Bahasa Arab sebulan di KIDU dan sebulan di Darul Hadis(2013).
Pengalaman yang Amat Mahal Harganya !
Allah Mengetahui Yang terbaik buatnya, Hasrat ke Ardhul Kinanah tertanam begitu sahaja.

dan kini,, Alhamdulillah bergelar mahasiswi di salah sebuah universiti pendidikan.

Sikap yang paling disukai ialah Berani Menegakkan Kebenaran (haq)...Meletakkan yang haq kepada yang haq!. 
Sikap yang dibenci ialah Perkara yang boleh melemahkan Iman sprt Kemaksiatan dan kekufuran. (semoga Allah menjauhkan kita dari segala kemaksiatan dan kekufuran). 
Allah memilih dan memberkati langkah ini.
 Berjihad satu jalan menuju kepada Allah. 
Siiru 'ala Barakatillah!Wassalam..Walhamdulillah. 
Ma'assalamah.





________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ UHIBBULLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*



Al-Faqirah-al-haqirah, 
Nama pena; Nurul Nur (Syathirah Binti Mustafa)