BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Memaparkan catatan dengan label kesihatan.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan.... Papar semua catatan

Isnin, 31 Mac 2014

Ummi,maafkan kakak....

Tadabbur ayat-ayat NYA
Malam tadi...Mesej k.long sampai padaku.
 Katanya, "Ummi sedang rindu pada anak ummi yang ni. Ummi demam :'( " 
Sebab apa ummi demam k.long? 
"Rumah kita ditimpa musibah hari tu sampai ummi pun dah jadi letih-letih badan dan jatuh demam"
Allah....
Malam semalam telefon abah, abah cakap perkara yang sama. "Abah, ummi, sihat?" 
 "Alhamdulillah...Abah macam ni la. Ummi tu... rindu anak ummi ni...telefon ummi ye k.tirah, abah tengah mesyuarat."
"Baik abah". Kakak tahu abah selalu sibuk dengan kerjaya. Sebabnya nak tanggung kami satu keluarga. Keluarga kami besar. Banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung.

***************************************************

Isnin, 25 Februari 2013

Mata Oh Mata

Assalamualaikum wbr... Posting kali ni nak sentuh bab Mata.
Baru seMinggu yang lepas mata kiri mempunyai masalah kemerahan yang menyebabkannya berair, gatal dan sakit dalam mata. Alhamdulillah, Hari ini mata yang merah sudah mulai reda kembali menjadi putih seperti sediakala namun ada masalah yang masih tidak diselesaikan mengenai mata.  
Dalam pencarian mengenai 'mata' melalui mr.Google, terbaca satu article dalam salah satu blog. Antara yang menarik perhatianku, masalah 'conjuctivitis'. Hurmmm...mungkin ada kaitan dengan mataku ini.

Jumaat, 12 Mac 2010

Alamak! Ulser Menyerangku....

Ulser Mulut (Ulser Afta)
Soalanku:
Jawapannya:

Latar belakang...
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.
Apakah puncanya?
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
> Stres
> Perubahan hormon
> Jangkitan
> Kekurangan zat makanan
> Alahan
> Rawatan radiasi
> Rawatan kemoterapi
Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
=> Rasa membakar di dalam mulut
=> Kesakitan
=> Ketidakselesaan yang berpanjangan
=> Hilang selera makan
=> Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
1. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
2. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
3. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
4. Makan makanan yang lembut.
5. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
6. Minum air secukupnya.

Fakta dari : www.myhealth.gov.my