BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Khamis, 28 Januari 2010

INSAN...




Berhenti merendahkan orang lain!

Berhenti meremehkan ahli maksiat!

Kerana ini tidak akan merubah apa-apa selain menimbulkan rasa sombong kerana merasa diri lebih baik, sedangkan kita tidak tahu darjat seseorang itu disisi Allah.

Maksiat dosa yang menimbulkn rasa rendah diri dan memohon rahmat Allah lebih baik dari perbuatan ta’at yang membangkitkan rasa sombong ujub dan besar diri.

Abu Madian r.a berkata:

“Perasaan rendah diri bagi seorang yang telah berbuat maksiat dan dosa itu lebih baik dari kesombongan seorang yang taat”

Walaubagaimanapn ini tidak bererti menanggap remeh pada dosa tetapi apalah ertinya kita taat yang membuatkan kita melakukan dosa besar iaitu sombong.

Oleh itu kekurangan orang lain bukanlah untuk kita menjadi sombong tetapi jadikan ia sebagai amal untuk kita tolong orang supaya mengetahui dan memperbaiki kekurangannya

Sungguh mulia seorang yang rendah hati dihadapan orang dan merasakan semakin rendah diri dihadapan Allah. InsyaAllah....

Apa kata lelaki....


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiamLelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...Kalau perempuan tak cantik berbuat jahatLelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahanLelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahanLelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsomeLelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsomeLelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...Kalau perempuan cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: patut pon kena reject...Kalau perempuan cantik bawa BMWLelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...Kalau perempuan tak cantik bawa BMWLelaki akan kata: mesti anak org kaya niKalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelakiLelaki akan kata: wah...caringnyer...Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelakiLelaki akan kata: eleh,gedik la tu...Kalau perempuan cantik bersedih hatiLelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...Kalau perempuan tak cantik bersedih hatiLelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...Kalau perempuan cantik pandai masakLelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masakLelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskolLelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...Kalau perempuan tak cantik main2 miskolLelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!Kalau perempuan cantik hantar email hari2Lelaki akan kata: sukenyer...!!Kalau perempuan tak cantik hantar2 emailLelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
Begitulah penilaian manusia mengikut nafsu terhadap manusia yg lain..Jgnlh memandang manusia dgn pandangan nafsu semata-mata.. Secantik mana pun seseorang itu, Sesungguhnya Allah tidak menilai seseorg melalui rupa paras yg cantik akan tetapi Allah melihat kepada HATINYA...

Syafa'at yang ditunggu..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

 ‘' Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

 Tapi lelaki kacak itu berkata,
 "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

SUBAHANALLAH....