BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Rabu, 28 Oktober 2015

Buatmu insan yg bergelar 'lelaki'

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan kalam yg mulia, ku mulai penulisan ini.
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa ashaabihi wa man tabi'ahum, ila yaumiddin.
Selawat teristimewa kukirimkan buat Sang Kekasih yg sentiasa kutunggu kemunculannya di dalam tidurku. Menuturkan nasihat terindah buatku untuk meneruskan sisa kehidupan di atas dunia ini. Sungguh, aku kehilangan rasa cinta dan kehadirannya sejak kebelakangan ini. Ya Rasulullah... :')

Buatmu insan yg bergelar 'lelaki'.
Ku coretkan sebuah catatan buatmu.
Khas untuk kaum berlainan jantinaku.
Semoga ia dapat membuka matamu seluasnya.

Lelaki...

Allah telah menciptakanmu dengan begitu hebat ciptaan. Engkaulah menjadi pemimpin bagi kami kaum hawa. Engkau jua adalah penolong dan penyelamat bagi kaum hawa. Engkau kuat. Kudratmu melebihi kudrat kaum hawa. Banyak kelebihan yang telah diberi oleh Allah buat kalian. Kalian mampu untuk membuat keputusan dengan tidak beremosi seperti kami. Kalian mampu untuk mengawal emosi kalian dengan baik berbanding kami. Fikiran kalian lebih hebat berbanding kami. Kalian hebat dan kuat. Aku bangga Allah hadirkan lelaki, kaum adam buat kaum hawa. Kerana setiap ciptaanNya pasti ada hikmah besar yang disediakan khas untuk hambaNya.

Kalian adalah kaum seperti Rasulullah. Sang kekasih hatiku yg sedang ku nanti dirinya. Ya, Akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran. Hebat bukan..? Hebatnya Rasulullah, dapat menyebarkan ajaran dakwah ke merata ceruk kawasan walau dicemuh oleh musuh durjana. Hebatnya Rasulullah mengangkat darjat wanita. Hebatnya Rasulullah menjadi penyelamat bagi wanita. Ya Rasulullah.... terima kasih atas segalanya. Kerana Rasulullahlah kami di muliakan sehingga ke zaman ini. Subahanallah, betapa baiknya Rasulullah. Baginda lakukan perkara yang baik bukan semata-mata kerana desakan nafsu. Jauh sekali bagitu. Rasulullah yang bersifat dengan sifat yg empat, siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Dan sifat harus bagi Baginda adalah bersifat seperti sifat manusia biasa. Rasulullah juga seperti kita, seperti anda, kaum adam. Semoga Allah memuliakan kaum ini yang sama seperti Rasulullah. 

Beruntunglah kalian duhai kaum adam.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Tiada kata yang ingin diungkapkan, melainkan kata kekecewaan. Aku kecewa, bila ada antara kalian mempermainkan dan memperlekehkan kami, kaum hawa.

MENYESAL aku kenali lelaki sepertimu.
MENYESAL aku memberi harapan kepada lelaki sepertimu.
MENYESAL aku memberi kepercayaan kepada lelaki sepertimu.
MENYESAL...
tiada guna kan?. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.
Rupanya saat itu baru Allah tunjukkan segalanya.
Menitis air mata sesalanku.
Ku biarkan dirinya melata di bumi tanpa diriku.
Ketahuilah bahawa aku telah MATI.
MATI untuk bertemu denganmu.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Ingatlah kalian bahawa hawa mempunyai sekeping hati yang sangat dijaga mereka. Mereka amat mementingkan perasaan. Bohonglah jika ada antara mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan. Itu dusta! Itu pembohongan yang sangat besar! Hawa adalah makhluk yang perasan. Ya, kami amat menjaga dan sensitif soal perasaan. Termasuk aku!. Aku juga perempuan seperti mereka, kaumku.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Kalian perlu sedar. Jika kalian telah berkenalan dengan seorang hawa, kalian telah membuka ruang hati mereka. Kalian telah masuk ke dalam kehidupan mereka. Jika kalian tidak berhasrat ingin memetik mereka dari sebuah pohon, janganlah kalian cuba untuk menarik-narik bunga tersebut. Kalian mampu untuk tidak menariknya.

Lelaki.

Perempuan itu.... dia cuba untuk menjaga keizzahan dirinya semampu yang boleh. Dia tidak pernah menaruh harap apatah lagi janjinya pada sesiapapun selama ini. Dia tidak pernah bermain cinta dengan mana-mana lelaki pun selama ini. Hanya mendengar cerita dan nasihat dari insan sekelilingnya.

Tapi, hadirnya dikau membuka pekung yg ditahan selama ini. Kau. Telah menghancurkannya...!
Dapatkah kau bayang wahai sang lelaki, kau telah merosakkan keizzahannya selama ini. Kau telah membuatkan dia percaya pada kata janji dan harapmu. Kau telah menjadikan dia terasyik dan terbuai olehmu. Kejamnya kau lelaki.! Betapa jahatnya kamu mempermainkan wanita seperti itu. Ya, dia sedang bertatih sekarang. Bertatih semula mendapatkan keizzahan yang dijaga selama ini. Betapa bodohnya dia rasa saat ini kerana kebodohannya dia telah tewas denganmu, duhai lelaki. Tahniah kerana telah membuatkan dia percaya padamu. Lalu mendustakannya. Membuat dia bangga lalu mengaibkannya. Dia...hawa itu. Telah membuka pintu hatinya menerima kehadiranmu dalam hidupnya. Mengapa dia membuka pintu hatinya untuk menerima kehadiranmu?. Kerana Kebaikan yang menghiasi dirimu. Termakan dan Ter'buta' kerana kebaikan dan kehebatan yang menghiasi diri si lelaki.

Rupanya dikau berdusta. 
Agaknya....., adakah hawa sedang bergembira saat ini.?. Nah!.

Hawa melayan, katanya dia sedang serius denganmu. Katanya kau juga serius dengannya. Dia percaya dengan harapan dan janjimu padanya. Harapan untuk hadir bertemu walinya. Dan...janji untuk memberi sesuatu padanya. Tahniah kerana kau telah menipunya. Kau telah berjaya wahai lelaki. Berjaya buat dia percaya.

Lantas kau menipunya...

Kau mencantas kepercayaan yang telah kau beri padanya.
Agaknya...adakah masih ada pintu kepercayaan buat lelaki lagi?.

KECEWA.
Kerana mengenali lelaki sepertimu. Tiada yang sempurna dimatanya. Hanyalah kekurangan yang terpamer di matamu. Siapalah insan bertuah yg kelak akan menjadi milikmu. Sudahlah lelaki. Aku tidak percaya lagi pada janji dan harap yang sering di taburkan. Baru sekarang aku mengerti cerita hawa-hawa yang lain. Setelah diri sendiri mengalami.

Baru sekarang aku telah terbuka hati dan terbuka hijab diri ini mengenali manakah lelaki yang benar-benar baik. Baik dalam erti kata yang sebenar.
Ya, bukan mudah menemui insan seistimewa dan yang baik sekarang.
Dunia makin kejam.
Ramai manusia tenggelam dalam arusnya yang cukup dalam.
Astaghfirullah...akhirnya.
saat ini baru Engkau hendak menunjukkan aku HikmahMu.
Betapa lemahnya aku.
Namun, kekuatan itu jua datang dariMu.
Tanpa petunjuk dan bimbingan-Mu pasti rebahlah diri ini di satu sudut penghujung dunia.

Pengajaran dan hikmah BESAR telah ku pelajari dari kisah ini. Ternyata bukan aku sahaja yang sedang kau puja. Masih ada lagi di sana. Aku benci lelaki yang tidak berakhlak benar sepertimu.

Ceritaku dahulu..Telah membuktikan sesuatu.
Aku terkabur kerana kebaikannya.
Mudahnya dia...lepaskan aku. Tanpa kata maaf mahupun pujukan yang amat mengadabkan.
Supaya aku tak tersakiti.
Tapi sayang, baiknya dia di hadapan manusia lain.
Belum tentu dia masih baik di mata ini.
Sungguh! DemiMu ya Allah! Aku membenci segala sikapnya.
Aku membenci segala perbuatannya.
Kau sungguh jauh dengan Akhlak Baginda Rasulullah s.a.w..!

Mana mungkin Rasulullah akan mengaku dirimu adalah ummat Baginda....?!

Semoga dikau bertaubat. Atas segala yang telah kau lakukan.

aku yg tahu aku juga bersalah dalam hal ini.
Kerana Aku MAHU serius, aku mulakan.
Kalau TIDAK MAHU serius, tinggalkanlah aku dari AWAL pemberitahuanku!.
Maaf.
Semoga inilah yg terakhir.
Cukuplah kau telah menyakiti dan menulis skrip kehidupan yg pahit ini.
Demi Allah! Jikalau dia mencari diriku, sedikitpun tidak akan aku berikan wajah yg telah MALU ini.
Aku MALU pada diri sendiri.
MALU pada Allah, MALU pada RASULULLAH.
teruknya aku.
Bertaubatlah!.

Mana mungkin hawa dapat melupakan kisah hitam dan perit ini. Terima kasih kau. Kerana kau juga aku sedar dan pelajari pelbagai teknik si durjana memikat hati si bunga. Innalillah. Aku sudah terkena. Semoga tiada hawa yg sepertiku selepas ini.

Allah..Rasulullah...malunya daku padamu.



Repent.
Darkness
12,43am
Surau Salam
RZ
29hb10m2015

Ahad, 24 Mei 2015

Meniti Langkah Demi Langkah (Mhsbh sem.3)


Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah...
Tiada kata seindah bicara yang dimulai dengan menyebut nama Nya. Besarkan hatimu dengan mengingati Allah yang Maha Esa.
Semester 3 yg amat mencabar emosi dan minda. Di sinilah aku mula mengenali 'mereka' dengan lebih dalam. Bukan sengaja aku kenali mereka. Ia adalah salah sebuah perancangan terbaik diaturNya buat hambanya yang dhaif ini. Tidak dinafikan sebagai manusia, kita pasti akan melalui proses pembelajaran melalui sebuah ujian. Itu adalah Tarbiyyah yg sengaja Allah campakkan buat semua hambaNya. Tidak terkecuali bagiku yang sedang menaip ini.

Adalah molek kiranya muhasabah semester 3 itu kulakukan sewaktu last sem. Ini tidak, dah sem 4 dah baru nak imbau kenangan lalu. Tapi, banyak hikmah yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Serius. Kehidupan yang paling 'mencabar' selama hidupku di sini.

Bila mengimbau kenangan lalu...sebelum tirai semester 2 tertutp dan membuka tirai semester 3, amanah berat di Pahang menjadi milikku. Tidak ada satupun ujian yang Allah datangkan untuk membebankan hambaNya kecualilah untuk 'mendidik' dan sesuai dengan dgn kesanggupannya. Selama di pahang..dan saat-saat perjalanan ke sana masih terukir di ingatannku selamanya. Biiznillah. Kerana ikatan aqidah yang kuat ini meneguhkan perjalananku dan mengukuhkan tapak kekuatan kaki yang melangkah ke sana. Sepanjang permusafiranku....disebaliknya tersirat kisah yang amat berat sebenarnya. Walaupun hanya sebagai pencatit, aku malu untuk berhadapan atau berdepan dengan semua. Tetapi, kerana amanah aku perlu laksanakannya dengan sebaiknya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaranNya. Sungguh! Rasa tak layak menjadi pencatit tatkala itu.

Khamis, 21 Mei 2015

SAYYIDAH NAFISAH *(Wali Perempuan Contoh Wanita Akhir Zaman)

Sayyidah Nafisah ialah salah seorang keturunan Rasulullah s.a.w.. Beliau puteri Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a.. Beliau lahir di Makkah, pada 11 Rabiulawal 145H, hidup dan besar di Madinah.

Hijrah Ke Mesir
Demi keamanan dan ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir bersama suaminya, Ishaq al-Mu'tasim bin Ja'far as-Siddiq, pada tahun 193H, setelah sebelumnya ziarah ke makam Nabi Ibrahim a.s.. Di Mesir beliau tinggal di rumah Ummi Hani’.
Sayyidah Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat menyayanginya dan percaya akan karamahnya. Mereka selalu berduyun-duyun mendatanginya, berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. Hal ini membuat suaminya berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah Hijaz, namun beliau menolak dan menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau berkata kepadaku: "Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkanmu di sana (di Mesir).”

Selasa, 20 Januari 2015

Pesanan buat diri...

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.