BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sabtu, 17 Ogos 2013

MESIR DALAM BERDARAH


Hari ini dah masuk hari keberapa Mesir bergolak lagi...Dari Ramadhan, berterusan sehinggalah ke syawal. Hari ni dah masuk 11Syawal1434h. Mesir semakin berdarah. 

Sedari kecil dalam hidup ini, aku takut pada darah.Darah yang banyak. Sakit sedikit sudah mula tercari-cari ubatnya di mana. Kadangkala luka yang kecil pun dah dianggap besar sbb tak pernah berhadapan dengan luka-luka yang bersimbah sebaldi. Aku bukan doktor yang suka melihat darah dan bermain dengan darah.
Mesir hari ini...Dipenuhi darah yang mercik di rata jalan raya. Dataran Raba'ah penuh darah para syuhada' mesir. Menitis air mataku melihat panorama ini. Pemerintahan Morsi diambil alih oleh tentera Alfatah SISI Laknatullahi 'alaih! Membunuh rakyatnya sendiri dengan rakus. Tiada langsung belas kasihan pada anak2 kecil yang kehilangan ibu, ibu yang kehilangan anak2 mereka, ahli keluarga yang tercari2 mayat adik dan kakaknya mahupun abangnya. Mereka Iblis dan Syaitan yang bertopengkan manusia. Pandanglah mereka seakan-akan mereka adalah Syaitan dan Iblis!

Yang diminta hanyalah keamanan oleh rakyatnya sendiri. Dibebaskan pemeritah yang mulia Dr. Morsi hafizahullahi alaih. Itu sahaja yang diminta. Tanpa bekalan senjata. Hanya berhimpun. Hanya minta pemerintahan Dr. Morsi diteruskan. 
TETAPI...
Ini balasan Syaitan dan Iblis itu. Senjata! Peluru! Kereta kebal! Gas Pemedih Mata!
Darah terpercik di seluruh jalan. Jalan dipenuhi darah2 insan yang tidak berdosa. Darah rakyat mesir sendiri.
Lihatlah Dunia!! betapa kejamnya mereka! Iblis dan Syaitan itu...Kejam mereka tidak mengerti belas dan kasihan. Kejamnya mereka!