BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Khamis, 28 Jun 2012

.:: |Pandangan| ::.


Assalamualaikum.... ^^
hari ni saya ada sesuatu nak dikongsikan di sini...
apa benda?? ha...bacalah dulu, baru tahu...

ALLAH BERFIRMAN:
" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". [An-Nur 24:30]



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]



"Dah ada mata, kita teng0k je la..." selamba seorg pemuda meluahkan kata-katanya sambil memandang ke arah se0rg muslimah yang tertunduk malu.
Hati si muslimah tadi seakan-akan ingin memberitahu kepada si pemuda bahawa 'haram' kau memandangku tanpa ada sebarang sebab!
Tunduknya seorang muslimah kerana malunya berbalut dengan rasa taqwa pada Allah... takut malaikat akan mencatat dosanya pada hari itu. Takut dan malu pada Allah...

Berulang-ulang kali si muslimah tadi berzikir dalam hati sambil mengungkapkan 'Inni Akhofullah' ... sesungguhnya aku takut pada Allah..
Sama ada si pemuda tadi memandangnya dengan sinis atau hanya suka-suka tanpa tujuan...
satu pandangan, disertai pula dengan pandangan yang lain.
"Inni akh0fullah".... bukankah ianya suatu dosa??..

Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Ali, Janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)" _Iman Ahmad At-Tirmizi dan Abu Daud_


Namun si muslimah itu sedar...
Bahawa hatinya juga halus & rapuh
Imannya ibarat roda yang kekadang di atas & kekadang di bawah
Sedaya upaya dia mahu menjaganya, menjaga hatinya...
kerana "...Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali, tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki, dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti namanya..." [Saidatina Fatimah radiyallahu’anha]
Agar Allah sentiasa merahmati dan meredhai cintanya terhadap DIA...
Agar kebersihan jiwa terjaga...
Baginda S.A.W juga bersabda yg bermaksud: "pandangan itu adalah panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa sahaja yang menghindarinya kerana takut kepada Allah, dia akan dikurniakan keimanan yg trasa manis dlm hatinya" (Riwayat al-Hakim)

Kadang kala... pandangan tu jadi pencuri...
pencuri bagi hati..
andai anak panah itu tidak ditahan dan dipatahkan...
pasti akan tertusUk ke dalam hati...
maka,
akan timbul satu perasaan ...
Bukanlah pandangan panjang yang aku harapkan dari seseorang untuk mengaUt cinta diri ini...
Dengan pandangan itu...membuatkan aku semakin membenCimu...
bukan
menyukaimu...


Tolonglah!! Bantula aku... Insan kerdil dan lemah...
aku ingin menjaga pandanganku...
maka, peliharalah juga pandanganmu...
"Semoga hatimu senantiasa dipelihara oleh Allah"
aku merayu padamu...
hentikanlah memandang diriku..
kerana aku insan biasa yg kerdil dan lemah...
hentikanlah!!
hentikanlah!!
hentikanlah!!
...Inni akh0fullah...


Pidato Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a mengenaI mengEkang hawa nafsu:
"Cegahlah diri kamu daripada mengikuti keinginan-keinginan, kerana ia adalah ledakan dan semburan. Jika kamu tidak mampu mencegahnya, ia akan mengheret kamu dalam pengakhiran hidup yang paling buruk.
Sungguh kebenaran itu amat berat sedangkan kebatilan itu amat ringan.
Kadangkala sekali sahaja pandangan mata boleh membangkitkan keinginan syahwat, padahal syahwat sesaat boleh menyebabkan kesedihan yg tiada berakhir".


Sedih aku melihat suasana itu... Damainya tidak seperti dahulu...
Tidak seperti yang kulalui dalam tarbiyyahku selama 2 bulan itu...
Aku tahu aku mampu! InsyaAllah, aku mampu menjaganya...
Ya Allah, berilah aku kekuatan...
...Inni akh0fullah...

maka, runtuhlah sebuah kepercayaan....
untuk awak:
" Dsbbkn pndngn awak, hati saya trluka... bukan kecewa tetapi rasa berDOsa...Allah.. . .
Malunya saya pada Allah..."