BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.
Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...
AHLAN WA SAHLAN MARHABAN
Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...
Muwasafat Tarbiyyah
10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Memaparkan catatan dengan label Ibtida`...first time tulis blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibtida`...first time tulis blog. Papar semua catatan
Selasa, 16 Februari 2016
Tukar lagi BH (New my-Blog Header).. ! Jom main dgn PS ^^
Mula berjinak dengan PS ni start dari Sem4 kut klu xsilap, ada hamba Allah yang tolong masukkan perisian PS dalam Laptop ceq ngan sahabat-sahabat ceq. Mantan MMK KUO. Sapa tak kenai ngan Shah tu, budak multimedia. Alang-alang dia buh anti-virus, terus mintak ngan dia nak masukkan Ps jugak. Sahabiah MMK ramai yang dah expert ni. Terutamanya kak Ummi Ibtisam. Haha...diala yang banyak tulung Ceq dalam Ps ni. Selain kak Ummi, yang ceq jelesnya dengan sorang sahabiah nama Husnul Najwa! Pergh....! Santek-santek dia punya hasil Ps.....siap buleh buat kartun lagi...
Jadi...bila dah ada PS a.k.a Photoshop dalam Lappy ni apa kata kita manfaatkan. Mana tau suatu hari ia berguna buat Ummah! Allahumma aamiin. InshaaAllah, sedang berjinak-jinak jugak masuk ruangan multimedia muslimat kedah. Moga jadi suatu saham di akhirat kelak. Selagi mana buleh bantu, kita bantu.. Huntunglah yang dah expert main Ps ni. Ceq ni baru beginner ja...
Al-kisahnya ceq mula berblogging ni dah lama dah. Sejak form3 (2009) lagi klu xsilap. Itupun main-main ja. Naik form4 baru nak serius sikit. Dah berapa banyak blog yang cuba cipta. Guna macam-macam jenis dah. Ada yang berbayar dan ada yang free. Ceq ambik yang free ja..asalkan buleh menulis. Salah satu minat selain minat main Edit-edit Gambaq ni, menulis pun ceq minat jugak. Time dulu, berblogging kutip ja mana-mana artikel yang berguna masukkan dalam blog. Suka pulak ceq masuk blog then baca balik apa yang dah di 'paste'. :p
La ni...Banyak artikel/post yang ditulis sendiri dan hanya beberapa yang di ambil dari yang lain buat diri. Banyak dah blog yang bermanafaat yang ceq jumpa dalam alam maya ni. Selain dari blog ceq...hu hu~
*tarik nafas dalam-dalam....hembus perlahan-lahan.
Selasa, 27 Ogos 2013
Khamis, 21 Januari 2010
Assalamualaikum....

'Penatnyaaa!'.....
Begitulah keluhan bila balik sekolah, terutama adik-adik yang baru bersekolah rendah.Hari persekolahan memang memenatkan,tapi penat tak akan terasa bila kita semua pergi sekolah bukan semata-mata kerana sijil, yang paling penting menuntut ilmu kerana Allah Taala.Menuntut ilmukan 'wajib' bagi semua umat islam...
Salam Pembuka Bicara,SeMurni Ukhuwah...
Pengenalan: Nama ana *dirahsiakan* maksud kpd nama ana kepintaran/pintar.
Seorang Muslimah Sejati (InsyaAllah).
Masih menuntut ilmu di Salah sebuah Maktab Mahmud Cawangan di Kedah dekat ngan Tobaiers.
Ana ni budak kampung tapi, jgn main2 tau! Dalam kampung pun tapi 'celik Internet' !
Inilah kali pertama ana menulis di dalam blog...tak sangka ana ni dah punya blog sendiri..kalau beritahu kpd kawan-kawan mesti 'depa' x caya kan?..
Alhamdulillah,kini secara rasminya ana membuka blog 'Tinta Permata' ana yg tak seberapa hebat nie..
Asalnya ana nk buka blog ni dgn kak ana tapi tak jadi...klu tidak nama blog ni bukannya tinta permata tapi , 'tinta 2 permata'....
Nak buat mcm mana, kita hanya merancang dan Allahlah yg menentukan segalanya...
Akhir kalam dari ana: Semoga 'interest mencuci mata' di sini...Terima kasih!
p/s:kpd sesiapa yg telah membuka blog ana ni@ yg mengenali ana, jgn bgtau org lain tntg blog ni ye...Salam Pembacaan 4 all.
2010











