BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sabtu, 24 Mac 2012

Qubbatul Hadra'

Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...

Ya Rasulullah..

aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Ahad, 11 Mac 2012

Hukum Lupa Hafalan Quran



Dah lama ana cari jawapan ni...akhirnya Alhamdulillah, internet mmg bnyk kbaikan klu kita bijak mnggunakannya...tambah ilmu,tambah amal...jgn baca saja tau!

Soalan
Apa hukumnya apabila ayat-ayat al-Quran yang dihafal semasa zaman kanak-kanak, terlupa apabila dewasa? Adakah kita berdosa kerana tidak mengulang bacaan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan kita lupa?

Ahad, 4 Mac 2012

cerpen dari hilalasyraf...'bolehkah kita bercinta dahulu?'

cinta tu apa eh??




“Bolehkah Kita Bercinta Dahulu?”
Engkau sekadar terpana. Seakan-akan masa terhenti buat dirimu sahaja. Perasaan apakah ini? Engkau bertanya. Tetapi jiwa dan hati mendiamkan diri, meninggalkan engkau tanpa jawapannya.
“Abang Ridhwan, Abang Ridhwan.” Tubuhmu digoncang dan engkau sedari. Terus tertarik keluar dari lamunan, dan menoleh ke kiri. Amiruddin. Junior yang engkau kasihi, sedang memaut lenganmu bersama wajah gembira, sambil tangan kanan menunjuk kepada skrin laptop di hadapannya. Yang engkau tatapi tadi.
“Yang ini pula gambar kami masa beraya.” Ujarnya gembira.
Engkau hanya terangguk-angguk sahaja. Tetapi masih tidak dapat melarikan diri dari wajah di dalam gambar tadi, yang terwujud pada laptop yang sama. Kini kelihatan wajah itu bersama Amiruddin dan keluarga. Ya, dia mengetahui bahawa Amiruddin punya kakak. Tetapi selama ini tidak pernah dihiraukannya. Tidak pernah dia ambil tahu siapa namanya. Tidak pernah dia ingin tahu bagaimana rupanya.
Tetapi kini, engkau hingga tertusuk. Hatimu seakan diragut. Hingga engkau kembali menyoal jiwa: Apakah mungkin hatiku dicuri sekadar melihat gambar sahaja?

Sabtu, 3 Mac 2012

Bersyukurlah duhai hati...


gambar dari: my profile tagged!

Tanggal Rabu,21 Mac 2012, natijah peperiksaan SPM 2011 memberi 1001 perasaan bagi semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Ada yang mendapat pujian, sorakan, senyuman, ucapan tahniah dan sebagainya. Namun ada juga yang mendapat kutukan dan bicara keinsafan...

Jumaat, 2 Mac 2012

Apa fadhilat dan kaifiat Menghafaz Al-Quran...?



Bismillahirrahmaanirrahim...

Pertamanya nak ucap setinggi-tinggi penghargaan pada follower blog ni... Syukran Jaziilan...

Ok! kita masuk tajuk....Klu sebut je menghafaz al-quran, mesti semua fikir 'susahnya'...'boleh ke aku ngafal quran ni?' (soalan teragak-agak)... Tapi, bila dengar/lihat je orang yang dah ngafal 30 juzuk atau org yang menghafaz al-quran, kita mesti kata "Subhanallah, hebatnya dia..." "Sejuk hati tengok, boleh buat calon ni...hihi" Tu la sedikit anggapan kita pada org yang menghafaz al-quran...btul x? .. nak tahu apa fadhilat dan kaifiat menghafaz kalamullah ini? Jom baca! Ringan-ringankan mata anda untuk melihat dan kosong-kosongkan hati anda dari benda lain supaya apa yang anda baca ni dapat masuk dalam hati dan fikiran...selamat membaca!