BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sabtu, 20 Jun 2026

Tafsiran ayat 34 surah Fussilat


Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Firman Allah SWT:

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

Maksudnya: Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

(Surah Fussilat: 34)

Ibn Kathir berkata: Iaitu jika ada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, maka tolaklah dengan cara yang lebih baik. Sebagaimana Umar R.A berkata: “Tolaklah menghukum orang yang melakukan maksiat kepada Allah dalam dirimu sepertimana bila engkau melakukan ketaatan kepada Allah dalam dirinya.”

Dan firman Allah SWT: (فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ) “apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib,” iaitu teman baik. Yakni, jika engkau berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, nescaya kebaikan itu akan membuatkannya untuk bersikap baik kepadamu, mencintaimu dan merinduimu, sehingga dia seakan-akan menjadi teman setia, dalam maksud mendekatimu dengan rasa kasih sayang dan berbuat baik. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 4/123)

Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata kepada bekas hambanya: “Hai Qunbur, biarkan orang mencelamu dan lupakanlah. Pasti kamu akan diredai Allah sehingga menimbulkan kemarahan syaitan.” Ada orang mengatakan hukuman paling setimpal bagi orang bodoh ialah mendiamkan diri.

Penyair pernah berkata: “Orang bodoh, dicaci jangan, dicela jangan. Diam sahaja baginya lebih menyeksakan.”

Penyair lain pula bermadah:

                                                “Orang bodoh sukakan jawapan.

                                                         Melawannya bukan dengan ungkapan.

                                                                            Diam sahaja itulah jawapan.”

Justeru, Syeikh al-Maraghi berkata: Hapuskanlah kejahilan dan kebodohan orang kafir itu dengan cara yang baik. Maksudnya, balaslah keburukan mereka dengan kebaikan; hadapilah kekasaran-kekasaran mereka dengan kemaafan, dan hadapilah kemarahan mereka dengan kesabaran. Ini disebabkan sesungguhnya jika kamu bersabar dan memperlakukan mereka seperti itu pasti mereka akan malu sendiri sehingga mereka akan berhenti melakukannya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 12/6073)

Abu Bakr Ibn al-‘Arabi berkata: Ayat ini dikhususkan terhadap orang-orang kafir iaitu berkaitan membalas dendam terhadap mereka. Akan tetapi lafaz ayat ini yang berbentuk umum dan kekal untuk dilaksanakan dalam kalangan sesama orang Islam. Berkaitan pandangan yang mengatakan ayat bermaksud: “Tolaklah kejahatan kamu dengan melakukan kebaikan selepasnya,” maka ia juga memberikan isyarat tentang kelalaian, dan kebaikannya ialah zikir, sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan daripada al-Aghar al-Muzani:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ

Maksudnya: Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.

Riwayat Muslim (7033)

Golongan sufi berkata: “Termasuk dalam pengertian firman ini ialah tolaklah habuan keduniaan apabila ia mengganggu habuan akhirat dengan memilih habuan akhirat semata-mata.”

Ibn al-‘Arabi menyebut, Abu Bakar al-Fihri (gurunya) berkata kepada beliau: “Apabila berkumpul dua urusan kepadamu, yang satunya untuk dunia dan yang satu lagi untuk Allah SWT, maka utamakan yang untuk Allah SWT, maka dengan sebab itu kedua-duanya sekali akan engkau peroleh. Jika engkau utamakan dunia, mungkin kedua-duanya terlepas, dan boleh jadi engkau mendapat habuan dunia tetapi tidak diberkati.”

Ibn al-‘Arabi telah mengamalkan apa yang dipesan dan dia mendapati ia benar. Tidak syak lagi bahawa termasuk juga dalam pengertian ayat ini ialah menghindarkan sikap keras dan kasar. Demikianlah yang disifatkan melalui sabda (doa) Nabi SAW:

رَبِّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”

Riwayat Muslim (4747)

Antara kefahaman lain yang dipetik daripada ayat yang dibincangkan ialah: Telusurilah cara hidup pemurah (dermawan), dan jangan mengharapkan ganjaran. Begitu juga, ucapkanlah salam kepada mereka yang tidak mengucapkan salam kepadamu. Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang lain, tetapi maksudnya telah sedia dimaklumi (oleh semua), maka ikutilah cara tersebut. (Lihat Ahkam al-Quran oleh Ibn al-‘Arabi, 5/593-595)

Perlahan-lahan aku menyingkap hikmah demi hikmah

 Menghadapi realiti kenyataan hidup yang penuh dengan mehnah ujian dan dugaan kini aku sedikit demi sedikit meleraikan bebenang yang terikat kemas dendam di hati. Sakit rupanya apabila kita simpan dendam dan kebencian dalam diri. Diri yang sakit... Aku tak mahu diri ini terus menerus dalam kesakitan dan dendam.

"Luka ditangan berdarah, luka di hati siapa yang tahu.." - Satu demi satu ayat terus menyinggah di telinga, terus ke akal dan masuk ke hati. Rupanya halus cara DIA menyembuhkan aku. Setiap bait kata yang ku dengari seakan semuanya sedang mahukan aku terus bersemangat. 

Awak tahu,,, ianya sakit sangat.... Bila kaki ini terpaksa terus berjalan dan berada di tempat yang menjatuhkan semangat dalam diri ini. Aku jatuh ke jurang yang mungkin tidak terlalu dalam, dunia sementara. Yang mana lagi berbaloi untuk kita kejar dan rangkul ia? dunia atau akhirat?. Begitulah ayat yang sering ku pujuk diri. Senyuman yang aku cuba ukirkan hari demi hari akhirnya ia boleh terlerai dengan mudah. Hati yang sukar menerima akhirnya dapat berlapang dada. Sesungguhnya Jalan menuju mudah itu, sebenarnya sangat susah. 

Biar aku ceritakan apa yang terjadi sepanjang proses "aku ingin sembuh dan tumbuh dewasa yang matang..."

Kaunseling, buku-buku yang menyembuhkan, ayat-ayat cinta dari-Nya, sentuhan ruhiyyah dari-Nya, doa dan terus berdoa. Kita tak mungkin dapat melupakan apa yang terjadi pada jalan hidup kita tetapi kita boleh memaafkan diri kita atas apa yang berlaku.

Benar sekali, setiap aturan dan hikmah dari Allah itu sentiasa Indah. Walaupun kadangkala ia disebalik ujian yang berat, rancangan-Nya adalah yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Aturan Allah itu sangatlah indah.
Setiap yang terjadi punya hikmah.
Kadangkala kemanisan itu datang.
Menelan pahit dan lalu hilang.
Cuma hati yang perlu bersabar.
Yakin dengan Allah.
Senyumlah selama termampu.
Berjalanlah selagi terlarat.
Bila lelah penat memeluk asamu.
Berhentilah dan renungkan KalamNya dengan jiwa erat.
Hidup tak selalu bahagia.
Namun tak selama kekal hina.
Asal saja kita punya cinta ...
Allah akan sentiasa ada untuk sang hamba yang sentiasa mencari jalan pulang ke pangkuanNya.
Senyumlah wahai wajah ..
Kerana ia mampu membahagiakan
orang-orang disekeliling kita.
Senyumlah wahai wajah ..
Meskipun diri sendiri berada dalam kedukaan.
Orang yang hebat itu ..
Mampu balut luka hati dengan sabar.
Orang yang hebat itu ..
Mampu menahan diri dengan istighfar.
Orang yang hebat itu ..
Mampu menghapus dendam dengan maaf.
Orang yang hebat itu ..
Mampu menerima ketentuan Allah dengan redha.
Alhamdulillah ♥️

Sepuluh bulan telahpun berlalu. Balasan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, manakala kebaikan yang diberikan akan dibalas pula dengan kebaikan. Sentiasalah berbuat baik dengan sesiapa sahaja. Kita punya keluarga kecil yang perlu dijaga, segala kebaikan yang dilakukan niatkan yang terbaik buat keluarga kecil kita. 

Kehidupanku seperti biasa, Allah menunjukkan satu demi satu perkara yang mungkin tak terjangka akan berlaku dan boleh berlaku, semuanya Dia tunjukkan 1 per 1. Bukan pula aku berbahagia dengan apa yang terjadi kepada mereka_tetapi juga dibalik yang terjadi flashback karma itu sering berada di ingatan. Semoga yang baik-baik saja buat mereka semuanya. Teruntuk diri yang tersayang, teruskan sebarkan kebaikan semampu yang dapat diberikan kerana tiada tarikh akhir untuk tempat ini berakhir di sini. Yang pasti, buatlah kebaikan dengan sentiasa memegang satu ayat cinta dari-Nya :

Surat Ar-Rahman Ayat 60

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ

Arab-Latin: Hal jazā`ul-iḥsāni illal-iḥsān

Artinya: Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).

Referensi: https://tafsirweb.com/10408-surat-ar-rahman-ayat-60.html


Khamis, 7 Ogos 2025

Tahun Gelap Tahun ke-6 dalam Perkhidmatan (noktah) #Aku Tidak Mahu Lupa Kisah Gelap Ini !

 Dalam Islam, kekecewaan adalah perasaan manusiawi yang dapat dihadapi dengan berbagai caraPenting untuk tidak larut dalam kekecewaan dan mencari hikmah di balik pengalaman tersebut. Sikap terbaik adalah menerima, mengambil pelajaran, dan berserah diri kepada Allah. 
Meniti di fikiran lagu yang bertebaran di alam maya,"Tahun ini tahun akhir,, tahun akhirku menangis,, 
ku berdamai dgn takdir, Tahun ini Tahun akhir..." -Berdamai dgn Takdir.Betapa aku cuba sedaya upaya untuk bangkit semula melawan perit yang dirasa.

Masih menapak di SeTia bersama segunung bebabanan tanggungjawab yang masih digalas cuma beza kali ini terasa sepi dan sendu malah di tambah dgn rasa marah dan benci bercampur baur perasaan dalam sekeping hati yang dahulunya terasa segalanya nikmat dan indah kini bertukar wajah. Kalau ia dapat digambarkan dengan warna boleh dikatakan dari warna warni itu semuanya kini menjadi hitam kelam tiada putih yang tersisa.

Ya, aku sedang kecewa berbaur amarah.

Tapi aku tidak membiarkan ia berlarutan sahaja tanpa ada perbincangan dari yang memutuskan keputusan, pihak kaunselor sekolah dan juga yang seangkatan dengannya. Rata-rata bawahan melahirkan kata yang sama mungkin hati kita serupa. Sekejam ini kami terkena dan aku tidak akan pernah rela. Hanya menitipkan bingkisan kata yang mungkin madahnya tidak sehebat dendam amarah di dalam dada, asalkan ia terhias di blog yang usang tidak diisi sudah lama.

Apa yang ingin dikongsi adalah, sampai ke tahap ini telah aku berjaya melihat satu demi satu pengorbanan serta kejayaan yang dirasakan pada peribadiku tidak mampu lagi begitu (i need rest). Di tangga ini telah kudaki, setinggi ini juga aku telah memandang tanpa mendongak meninggi diri. Aku bersyukur tidak sombong dan angkuh dgn kudrat dan keistimewaan yang telah aku miliki kerana hakikat semua kenikmatan sementara itu hak milik DIA yang Maha Esa. Kejayaan kita ke tahap yang tinggi itu tidak semuanya suka, semestinya disebalik kejayaan ada duka yang telah kita belajar sepanjang pelayaran ke tahap yang tinggi itu.

Sebelum kekecewaan ini datang menyinggah segelap ini dalam kisah hidupku, aku telahpun didendangkan dengan kisah seseorang yang terlalu hebat dalam IT sekolah. Bermula di zaman pkp dia berdiri seorang diri belajar itu dan ini sehingga dia sendiri menceritakan kepadaku bagaimana dia mengalami 'burnout' atau depression akibat daripada itu. Hari demi hari berlalu, pentadbir dengan sengaja mengeluarkan namanya dari team IT tanpa sedikitpun perbincangan dgnnya. Kekecewaan yang dia rasa juga membuatkan aku rasa bersalah walaupun bukan aku yang menukarkan dia (k.jaja). Rasa salah lagi tinggi apabila mereka meletakkan namaku sebagai penolong setiausaha unit IT demikian dgn cg.haris (s/u). Begitulah, aku belajar dari situ satu demi satu. Aku tidak dipaksa juga, aku terima dgn rela dgn hati terbuka untuk belajar benda baru
Tahun 2022.
Itu kekejaman yang pertama aku belajar tp bukan aku yg kena.
Susahnya nak comunicate masatu hanya Allah yg tahu. 
Nangis, jumpa kaunselor, k.sal tanya itu ini begitu begini ibarat seorang 'penyelamat'.

Tambahan : Aku merupakan seorang ibu dengan anak kecil yang masih bertatih dan perlukan dakapan, juga perhatian penuh kasih sayang dari seorang ibu, anakku Amin & Aman masing2 berumur 2 tahun dan 1tahun.

(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI  ADALAH  TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )

Setahun berlalu, 2023. Aku masih dalam tanggungjawab yang sama. SU time tu dah bertukar kpd k.Fazie. Bagusnya sy punya su ni sbb thinkthanker terbesar dlm unit, dia bahagikan tugas mengikut yg sepatutnya dan meletakkan tugas2 tersebut kpd yg sepatutnya. Tatkala itu bebadan terasa seperti dilepaskan sedikit demi sedikit. 
Tambahan : Aku pregnant dan mendapat anak ke-3. 

(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI  ADALAH  TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )

2024. Juga kekal dengan tanggungjawab yang sama. 
Tambahan : Aku seorang ibu kepada anak kecil yang masih bayi tatkala itu bersama 2org abangnya.

(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI  ADALAH  TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )

Biar aku kongsikan antara kejaayaan peribadiku tahun 2024. (Tidak termasuk tugasan yang sgt prioriti)

JANUARI 2024  :
Aku siapkan 102 Slide penerima anugerah Majlis Apresiasi Kokurikulum & Hal Ehwal Murid 2023.
- Time ni laptop aku dah nazak sgt, huruf2 pun dah nak tercabut dan aku hanya letakkan salotip pd laptop tu. Kerja? Tetaplah berjalan. 
- Diorg letak aku & k.jah sahaja untuk settelkan 102 slide ini. Kau rasa?. Ya! Mmg aku sendiri yang siapkan semuanya, k.jah ada juga buat tetapi limit timescreen dan kemahiran yg kurang, aku terpaksa topup.
- Pukul 2, 3 pagi aku masih siapkan di rumah. Org lain kerja hanya di sekolah kan? Kerja ku dibawa SAMBUNG SEHINGGA ke dalam rumah. 

*Anugerah aku terima masa ni TIGA anugerah buku blak terbaik (PPIM), Kelas Terbersih, GP Aktif Persatuan (PAI)

BUKU PROGRAM 2024  :
(AJK) PEMACU SETIA - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
(Banyak kertas membazir waktu ini sebab asyik tukar-tukar maklumat last minit)

BUKU MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (SPM'23) 
- Buku & Gambar backdrop fotografer 
- Tambahan maklumat last2 minit is a must kat sini!

BUKU KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN  2024
(Print sendiri je yang ini, letak reben biru kecil comei tu)

BROSUR PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
- Solat Hajat & Bacaan Yaasin 2024
- Majlis Iftar Jamaie & Solat Tarawih

POSTER & BANNER 2024  :
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2024

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024 - Arahan k.Sal

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID T.1

PERATURAN BERPAKAIAN SESI 2024/2025 - Arahan k.Sal

RAMADHAN 2024

IFTAR JAMAIE 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN 2024

DAN BANYAK LAGI BANNER/POSTER YG DIARAHKAN !!!
BELUM TERMASUK KERJA DIGITAL YANG LAIN 

GCR ERPH PENTADBIR, GCR GEGURU, MOE, PKL, PKLD, BAUCER BUKU 100% STUDENT.

MONTAJ 2024  :

MONTAJ PERPISAHAN PN. SHIRIN

MONTAJ PERPISAHAN PK PTG (PN.AZLINA) - Time ni aku buat  biasa2 saja sbb dendam dgn kemenangan Kemerdekaan Kelas yang Buyers Tak Hape-hape. Kelas aku penuh dgn sudut merdeka, starting dari pintu masuk sampailah sudut merdeka belakang tu, bukan dia tengok pun! . Kitorang kalah dgn kelas yg kosong tp  ada bangunan tinggi itu yg diagungkan!
- Dari sini kekecewaan pertama mula mengetuk AKU!

MONTAJ PERPISAHAN PK PTG EN. SULL HAZRY

MONTAJ IHYA' RAMADHAN , 
MONTAJ PENUTUP IHYA' RAMADHAN,  
MONTAJ IFTAR JAMAIE, 
MONTAJ ISRA' MIKRAJ,
MONTAJ MAAL HIJRAH,
MONTAJ MAULIDURRASUL,
DAN BANYAK LAGI LAH KLU NAK SEBUT!

HANTAR STUDENT/PENCAPAIAN 2024  :

Tilawah ADNI (Safiyyah Mubarakah) Tempat KEDUA (ZON) KETIGA (DAERAH)

PPIM - Menguruskan wakil ke Perkhemahan Negeri
- Menguruskan wakil 12 puteri utk Jobweek fasa 1 & fasa 2 Negeri
- Hari Puteri bawa 2org Puteri ke SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan
- Kawad Kaki sekolah (Tempat ke-3)

SUKAN GURU-GURU AGAMA NEGERI SELANGOR 
(JOHAN BERKUMPULAN - PING PONG)

KELAS TERBERSIH 4X
KELAS MERDEKA TEMPAT-2
Kelas aku penuh dgn sudut merdeka, starting dari pintu masuk sampailah sudut merdeka belakang tu, bukan dia tengok pun! . Kitorang kalah dgn kelas yg kosong tp ada bangunan tinggi itu yg diagungkan!
- Dari sini kekecewaan pertama mula mengetuk AKU!

BELUM AKU SENARAIKAN BADAN IHSAN SEKOLAH YANG AKU PEGANG LAGI! PENUH PENTADBIR DALAM TU. MENGURUSKAN DUIT BAYARAN PENTADBIR DAN STAF SERTA GURU-GURU!!!

17 JULAI 2024  : LAPTOP AKU ROSAK TERUK. Suami hadiahkan laptop baru.
*Syukur Ya Allah aku diangerahkan dgn seorang suami yang sangat memahami kehidupan kerja seorang isteri yang bukan sahaja bekerja di sekolah tetapi kerja buat tersebut berlaku juga di rumah ibarat kerja non-stop. suami tempat aku luahkan segala isi hati. dia memahamiku semuanya. Adanya suami ini ibarat aku masih sangat bahagia.

Dan tahun ini 2025. Tahun keempat dalam team masih yang sama.
AKU BURNOUT!!!
AKU STRESS!!!

Last tugasan yang aku sedar semua ini hanya ibarat aku 'dibuli' semata-mata adalah selepas aku dapat task :
MONTAJ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2024
- Haritu berlangsung hari Sabtu, terduduk aku, sebelum hari kejadian Jumaat tu balik sekolah aku menangis... "suami cakap cukuplah apa yang dah diberi untuk sekolah. Stop!"
- Sabtu, aku duduk di meja makan ada Atikah Rohim, k.Nadiah Noor, k.Siti Zubaidah. Luahan perasaan bermula dari situ, k.Siti yang buka hati dan fikiran aku untuk aku jadi yang biasa sahaja tak perlu jadi yang istimewa, kita ada keluarga yang perlu dijaga. Tanpa kita pun sekolah tetap akan berjalan maju macam biasa. 
Sungguh aku berterima kasih kepada 2 susuk tubuh ini, K.Siti & K.Fazie.
Ya! dibelakangku masih ada kawan2 yang melihat kerja kita, yang adore dgn apa yg kita buat, Jangan mengalah, terus melangkah!

Tahun Gelap Tahun ke-6 dalam Perkhidmatan (noktah) #Aku Tidak Mahu Lupa Kisah Gelap Ini !

TAHNIAH! TAKZIAH! AKU TELAH TERKENA.

SESI PETANG YANG MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DG41/DG9 BAGI TAHUN 2024 BUKAN AKU!!!!!

Kerana kehadiran, kehadiran dan terus kehadiran! Mulut celaka mereka membutakan mata mereka melihat apa yang telah aku beri kepada sekolah. 

Cukuplah ia memberi pengajaran yang sangat besar dalam perkhidmatan ini. Sesakit ini Pentadbir SeTia yang baru-baru belaka telah membuatkan hariku ibarat kosong apabila kaki menapak di situ.
Semoga SeTia takkan nampak lagi aku, aku ingin HILANG dari SeTia.

Doaku "Ya Allah, Pindahkan aku segera ke sekolah yang dapat menerima aku dan ahli sekolah yang tidak bersikap kejam dan zalim seperti ini lagi! Jauhkan aku dari tempat2 yang menzalimi diriku. Ameen Ya Rabbal 'Alamiin.

Isnin, 31 Ogos 2020

Kelahiran Dhiya'ul Muhaimin 2020

Pertamanya, Alhamdulillah...



.
💟 Anugerah & Nikmat Awal Tahun 2020 💟
.
Masih dlm mood berpantang setelah melahirkan mujahid pertama yg menghuni rahimku selama 41 weeks 3 days. Makin lama dia menghuni rahimku, maka makin sukarlah malamku diulit mimpi. Rasa sakit di bhgian atas perut yg sentiasa menekan saban hari membuatkan hati ini nekad utk 'surrender'. Pada hari yg kelewatan 41 mggu 3 hr, selepas subuh berpagi-pagian mengucapkan 'bismillah' lalu pergi menghadap HBSB, AS. Memang nurse hanya menunggu ku utk serah diri saja asbab kelewatan ini... Dan.
26/1/2020.... Setibanya di hospital, warded semalaman. " Argh! Tak suka duduk hospital ...! " Haha.. jerit hati hanya Dia yg tahu perasaanku saat itu.
.
Bila dh warded, mmg doc akan selalu check detak jantung si kecil di dlm perut. Selalu... Akan dipanggil siang, ptg, mlm bg kepastian anak masih aktif di dlm perut. Ya, malaikat kecil dlm perutku ini aktif sekali setiap kali check jantung tu.. (ops. Lupa istilah kedotorannya apa.. ctg?).
.
Maka pagi keesokannya, 27/1/2020...selepas subuh, aku antara yg dipanggil utk di induce. Setelah itu ...
Pukul 12.oo tghri, aku hanya bertemankan bacaan Yaasin berulang² kali mendoakan perjalannya lancar dan baik. Suamiku dtg pd waktu melawat. Waktu tu, mmg dh terasa sakitttt di perut. Aku masih bingung bagaimana rasanya 'contraction' sebenar. Klu 'contraction' palsu, dh berkali² rasanya... Almaklumlah pertama kali. Tp kalini rasanya lain. Aku sakit sampai xtertahan air mata mengalir. Lalu aku cakap pd nurse di hadapan, aku sakit... Doktor check lg ctg. Dah ada contraction...bukaan dah 4cm. Jantungku laju.. Bismillah, aku bakal disurungkan ke Laboor room....
.
Pukul 1.oo lebih (aku xpasti 1.30@1.15).. aku ditempatkan di dlm laboor room sendirian. Pada saat itu, dlm hatiku mmg berbisik mendoakan "Ya Allah, aku tak mau lelama dlm ni...". Contraction demi contraction yg tidak terbayang olehku.. Hanya Allah yg tahu betapa sakitnya itu seperti nyawa ini bakal terhenti di sini.... Allah... terucap berkali²
" لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين ".

Akibat contraction kuat sgt, aku melaungnya kuat. Padahal aku terlupa saat itu aku perlu menyimpankan segunung kekuatan utk melahirkan malaikat kecil dr rahimku...
Doktor dtg dan check bukaan lagi..ubat tahan sakit dimasukkan melalui tanganku. Air ketuban dipecahkan bagi mempercepatkan proses persalinan..
Ya Allah, Hanya Allah yg Tahu betapa resahnya aku, gelisahnya aku menahan kesakitan itu. Menggunung. Pertama kali rasa sakit yang amat teramat sakit....Benarlah sakit melahirkan adalah sakit yg teramat. Aku berjuang untuk anakku, aku tidak perlu kisah saat itu adakah nyawaku kan terhenti di situ....

Apa yang berlegar difikiranku saat itu adalah "buatlah apa sahaja doktor, asalkan anak ini selamat."
Masih segar dalam ingatanku saat doktor wanita muda itu berkata kepadaku, "syathirah, tarik nafas dan teran..." berulang sehingga kali ke tiga. Sekuat hatiku dan sehabis tenagaku. Allah saja yg Tahu. Beberapa minit selepas itu...
Muka doktor muda bertudung hitam itu cuak, saat itu juga kelihatan empat org doktor lain meluru masuk ke dalam dan salah seorang doktor wanita bertudung pink mengambil alih kedudukannya sebagai penyambut bayi. "Bayi ini perlu di vacuum, jantungnya lemah..". Lantas dia menjerit kuat padaku, "Syathirah...anak dah lemah, Syathirah perlu tarik nafas kuat2 dan teran !". Tenagaku diguna semula..entah aku masih kuat atau tidak saat itu.  dengan bantuan vacuum akhirnya, anakku berjaya keluar ke dunia ini. Alhamdulillah. Bersyukur atas kelahiran sulungku.

Pengalaman ini amat berharga buatku.
Aku berpantang sepenuhnya di Kedah.
Dan saat itu berpjj dgn suami. sedih jga suami xda di sisi. 

oh ya. Sambung sikit. Mulanya saat nak melahirkan tu suami sudah dipanggil. tp, beberapa minit kemudian, suami sudah sampai di pintu bilik kelahiran tapi ditahan kerana saat itu vacuum akan digunakan. Hanya Allah yang Menjaga, Memelihara dan Menyelamatkan saat itu. Aku Berserah.

Maka hilanglah ketakutan dan sirna semua lelah setelah mendengar tangisan bayi yang putih mulus seperti kapas saat itu. Semoga Anak ini membesar menjadi anak yg Soleh, Alim, Ulama', Pintar Cerdas.. Allahumma āmeen.

Rabu, 19 Ogos 2020

Cara Pengambilan Shak.lee Product

ATURAN MAKAN  SHAKLEE


◇VIVIX ◇

- 1 sudu kecik pagi

- untuk mereka yang ada kencing manis, darah tinggi dan strok 1 sudu kecik pagi dan malam


◇VITA LEA◇

- 1 biji sehari selepas lunch 

- elakkan makan dengan perut kosong atau berangin

- untuk darah rendah atau low hb, makan 2 biji sekali

- jika makan vitamin c, terbaik makan sekali kerana akan bantu penyerapan iron


◇B COMPLEX◇

- 1 biji sehari selepas breakfast

- elakkan makan dengan perut kosong atau berangin

- kencing berwarna kekuningan adalah normal, jika terlalu pekat, tanda kurang air


Untuk kurus, makan b complex sebelum makan nasi

Untuk tambah berat, makan b complex selepas makan nasi


-lapar ketika makan b complex, perkara biasa kerana b complex bfungsi tukar karbohidrat kepada tenaga. Karbohidrat jika tidak bertukar kepada tenaga akan berkumpul menjadi lemak dalam badan. Jika anda terasa lapar, minum banyak air kosong untuk berhentikan rasa lapar tersebut


◇VITALEA CHILDREN ◇

- 1 atau 2 biji sehari

- vitalea children dirumus supaya tidak merosakkan gigi anak anda



◇ CAROTOMAX ◇

-1 biji sehari

- 3 biji sehari untuk mereka yang ada jerawat


◇ COQHEALTH◇

- 1 biji sehari


◇ PEPPERMINT GINGER PLUS ◇

-1 atau 2 biji sehari bergantung pada jumlah angin dalam badan


◇ PHYTOCOL ST ◇

- 2 biji 2 kali sehari sebelum makan nasi

- najis berminyak perkara biasa kerana phytocol menyingkirkan kolesterol dari dalam usus


◇VITA C 500mg◇

- 1 biji selepas breakfast

- jika tak sihat, makan 4 biji sehari

- boleh buat masker vitamin c dengan larutkan dalam air


◇VITA C CHEWABLE /CHILDREN 100mg◇

-1 biji sehari atau 2-3biji ( kalau makan sebagai pengganti gula2 untuk kanak2)


◇VITA C CHEWABLE /ADULT 100mg◇

-1 biji sejam, ataupun maksima 10 biji sehari


◇ZINC◇

- 1 biji sebelum breakfast

- untuk rambut gugur atau bjerawat, makan 3 biji sehari

- zinc penting untuk kesuburan lelaki, naikkan imun terhadap demam selsema, bantu tambahkan insulin bagi pesakit kencing manis dan bantu penyembuhan bagi ibu dalam pantang


◇OSTEMATRIX◇

- 2 biji lpas sarapan 2 biji sebelum tidur 

- magnesium dalam ostematrix bantu lawas untuk ibu berpantang


◇VITAMIN E◇

- 1 biji sebelum tidur

- boleh buat masker vitamin e dengan pecahkan kapsul

- jika muka berjerawat, digalakkan pakai masker dan makan vitamin e dalam GLA COMPLEX


◇ESP◇

Minum 2 kali sehari

-Selepas bangun tidur

-Sebelum tidur 

(sukatan ESP = 1.5 sudu besar dengan 200ml air)

(ESP tidak digalakkan diambil bersama vita lea) 


Untuk kurus, minum sebelum makan nasi pagi, tengahari dan malam. Nasi makan 1/2 atau 1/4 dari biasa. Boleh menjadi ganti makan pagi,tengahari atau malam.


Bancuh dengan air kegemaran seperti air kosong, air jus, milo atau susu


-resepi direkemen, bancuh 3 sudu besar esp bersama 1-2 sudu besar madu atau pati kurma,tambah air kosong penuh 1 shaker  shaklee


-boleh buat masker, campur esp dengan yoghurt


-elakkan bancuh dengan air panas


◇COLLAGEN◇

Minum 1 sachet 1kali sehari

ATAU

1 sachet 3kali sehari

-boleh dicampur jus/air coklat/ribena/twister orange

-Boleh dibuat masker 90% minum+10%masker

-untuk buat masker, campur collagen dengan sedikit air, sapu pada kulit, tunggu 5 minit dan basuh


◇ALFALFA◇

- maksimum 10 biji sehari, biasa 5-6 biji

- 2 slps breakfast

-2 slps lunch dan

-2 slps dinner


(Selepas bersalin 2 minggu atau jika baby tiada jaundis baru boleh makan alfalfa)

-air kurang akan sembelit, minum banyak air


Bagi yang ada resdung, makan 2 biji sehari, kemudian tambah sebijik sehari. Alfalfa bertindakbalas dengan resdung dan membersihkannya. Tanda2 resdung sedang dirawat alfalfa adalah sakit kepala, bersin dan selsema ( makan vitamin c dan nutriferon untuk cepatkan proses penyembuhan) 


-bagi yang makan alfalfa untuk tambah susu, buah dada akan lebih bengkak, berdenyut dan insyaaAllah bayi anda akan tidur lebih lena tanda kenyang


◇LECITHIN◇

makan 6 biji sehari 

-2 biji selepas breakfast

-2 biji selepas lunch

-2 biji selepas dinner

ATAU

-3 biji selepas breakfast

-3 biji selepas lunch atau dinner


-untuk kawal berat badan, makan 3 biji lecithin 1-30minit sebelum makan nasi, terbaik makan bersama 2 biji herblax untuk mudahkan p


-pembuangan lemak.


◇Herb lax◇

makan 4 biji sehari atau 2 hari seminggu

-2 biji selepas breakfast

-1 biji selepas lunch

-1 biji selepas dinner

ATAU

-2 biji selepas breakfast

-2 biji selepas lunch atau dinner

ATAU

-4 biji sebelum tidur


◇OMEGA GUARD◇

-kanak- kanak 2 tahun ke atas

Makan sebiji sehari selepas makan

-Untuk dewasa makan 2 biji sehari selepas makan

-ibu hamil makan semasa pregnant 4 bulan ke atas untuk development otak bayi, makan 1 -3 biji sehari. 

-untuk kanak2, 1 biji sehari. Bawah 2 tahun 1 titis dalam air susu. 

-ibu menyusu makan 1 biji sehari untuk bantu perkembangan otak bayi dalam susuan dan pulihkan saraf otak yg tputus ketika bsalin(pelupa)


◇GARLIC◇

2 biji sehari

-1 biji selepas breakfast

-1 biji selepas dinner 


◇ADVANCE JOINT HEALTH TABLET◇

-2 biji sehari selepas sarapan


◇GLA◇

Untuk kesuburan makan 2 biji sehari

-1 biji selepas bangun tidur

-1 biji sebelum tidur

makan pada hari pertama period sehingga hari subur iaitu kira-kira hari ke 14.


◇GLA◇

untuk kes PERIOD TIDAK TERATUR MAKAN SETIAP HARI


◇CINCH◇

Cinch minum 2 x sbg pengganti breakfast dan dinner

200ml air dan cinch ikut kesesuaian


◇MEALSHAKE◇

UNTUK KANAK- KANAK 2 tahun ke atas

- minum 1 kali sehari (1sudu teh)

(boleh dibancuh dengan susu@milo@lain- lain minuman anak) 


◇MEALSHAKE◇

- UNTUK KANAK- KANAK 1- 2 tahun - minum 2 hari sekali (1sudu teh)

(boleh dibancuh dengan susu@milo@lain- lain minuman anak)


◇MEALSHAKE◇

- UNTUK DEWASA

- minum 1 kali sehari (1 sudu makan)

(boleh dibancuh dengan air kosong atau apa2 minuman kegemaran) 


Untuk tambah berat,minum secawan mealshake selepas makan nasi 2 atau 3 kali sehari


◇PERFORMANCE DRINK◇

- minum sebelum/semasa/selepas latihan(3 sudu makan)

(boleh dibancuh dengan air kosong atau air sejuk.setelah dibancuh boleh disimpan di dlm fridge 





*Vitalea tidak boleh ambil bersama esp dan ostematrix bagi mengelakkan masalah penyerapan iron, jarakkan 2 jam

*Vita E, GLA tidak boleh ambil bersama alfalfa kerana akan mengganggu penyerapan, jarakkan 2 jam

* vitamin c boleh makan sekali dengan vitalea bagi tingkatkan penyerapan

*kalau mengandung 1st trimester, elakkan makan vit e, vivix, omegaguard, alfalfa 



PASTIKAN MINUM AIR MASAK 2.5 ATAU 5 LITER SEHARI.

~Elakkan pengambilan kafein atau bergas bersama supplement kerana kafein boleh menghalang penyerapan zat supplement ke dalam badan

~Jarakkan pengambilan kafein dengan supplement sekurang- kurangnya 4 @ 5 jam...

~Jika makan B Complex, urine akan menjadi kuning dan itu adalah normal

~ masker pakai untuk 5-10minit, kemudian basuh sebersihnya

~Untuk hidup yang sihat, kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat, gula dan berlemak

~bersenam supaya berpeluh untuk melancarkan peredaran darah & singkirkan toksin bawah kulit

Sabtu, 11 April 2020

Kuatkan Langkah ini. Ya Rabb.. (Mhsbh sem.5)



Pertama 







"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."


Isnin, 4 November 2019

AWAS! Jaga Lidah dan Tingkah Laku...

DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.
Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri.
Maka dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, perdamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa.
Dalam konteks inilah Rasulullah s.a.w berpesan supaya menjaga lidah, maka tentulah amat diharapkan bahawa manusia juga haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak mengganggu dan melampaui batas sehingga menyentuh hak dan maruah orang lain dengan perbuatan dan gerak geri fizikalnya sendiri.
Nilai dan adab yang murni ini bagaimanapun kelihatan amat terhakis di dalam masyarakat manusia pada zaman ini. Pengaruh kebendaan dan nafsu manusia yang semakin meluap-luap pada masa kini telah berjaya mengenepikan sifat sopan santun, adab susila pertuturan dan perbuatan mereka yang kelihatan semakin ganas dan berterus terang menaburkan kata-kata yang buruk, jijik, umpatan dan celaan yang melampau.
Orang-orang tertentu kini kelihatan tidak mementingkan lagi adab sopan dalam pertuturan dan kelakuannya kerana mereka pada masa ini sering bersaing dengan hebatnya di dalam berbagai-bagai persaingan hidup dengan secara yang amat cepat dan pantas sekali.
Di bidang ekonomi manusia berlumba-lumba mencari peluang untuk diri sendiri, di dalam bidang politik juga orang bersaing dengan hebatnya untuk mendapatkan kuasa, maka demikianlah juga di dalam bidang kehidupan yang lain, manusia sering lupakan diri dan maruahnya semata-mata kerana mengejar sesuatu yang dirasakan perlu dikejarnya dengan cepat, supaya dia terlebih dulu dapat merebutnya untuk dirinya sendiri.
Lihat saja ketika kita menghadapi persaingan dan perebutan kuasa di negara kita semasa pilihan raya yang lalu. Saban waktu dan saban hari, siang dan malam, kita dapat mendengar ceramah dan ucapan yang dipenuhi dengan kata-kata liar dan amat menyakitkan telinga mendengarnya.
Tuduhan dan hasutan yang tidak mengandungi kebenaran. Kata-kata dalam bentuk fitnah dan tohmahan, maki hamun yang biadab, dan berbagai-bagai longgokan sampah sarap yang dijelmakan di dalam kepetahan berbicara dan bercakap dan dimiliki oleh orang-orang yang amat pandai bermain dengan kata-kata dan menguasai bidang pidato.
Semua peringkat masyarakat tidak terkecuali dari mendengar dan menelannya. Kadang-kadang dalam bentuk lucu dan mengetawakan, tetapi penuh kepedihan dan kepalsuan. Unsur lucu atau jenaka yang diselitkan di dalam ceramah dan pidato politik amat menarik perhatian orang yang mendengarnya, tapi amat memalukan bahawa objek lucu itu kadang-kadang ditujukan kepada musuh politiknya secara yang amat sinikal dan hina, malah menyentuh keturunan dan nenek moyang seseorang yang tidak ada kaitan dengan sesuatu yang cuba diutarakan dalam lawak jenakanya yang menyakitkan itu.
Selesai pilihan raya saya memikirkan bahawa perkara itu akan reda dan tenang kembali, terutamanya menjelangnya bulan Ramadan, ketika kita diperintah dan diberi ingatan supaya berpuasa dan menahan nafsu, termasuk menjaga lidah dan tutur kata.
Tetapi dari laporan yang tersiar dan diperkatakan di sana sini, ternyata bahawa banyak juga kata-kata kesat dan tuduhan-tuduhan liar yang dikeluarkan di dalam bulan puasa itu, iaitu di dalam ceramah dan tazkirah yang diselang seli di antara sembahyang tarawih.
Hal ini berlaku di surau dan di masjid, yang dihadiri oleh semua golongan masyarakat Muslimin dan muslimat, tua dan muda serta kanak-kanak.
Teringat juga saya selepas pilihan raya yang lalu, iaitu setelah keputusannya telah diketahui umum, dan persidangan pertama Dewan Rakyat dimulakan di hari baik bulan baik.
Agenda pertama yang dilihat di dalam persidangan pertama Dewan itu ialah pertelagahan mulut yang tidak mengikut lunas-lunas kesopanan dan adab orang Islam dan Melayu, atau orang Malaysia yang beretika.
Dewan Rakyat bertukar menjadi medan pertelagahan yang penuh permusuhan seolah-olah manusia sekarang sudah kembali ke zaman yang tidak bertamadun.
Adalah diakui bahawa manusia memang berbeza pandangan dan pendirian, bebas membuat pentafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan betul baginya, tetapi manusia juga mempunyai akal dan pertimbangan secara bertamadun dan berperadaban.
Ilmu dan tamadun ini sebenarnya yang seharusnya dapat membentuk manusia menjadi manusia rasional dan berakal budi.
Saya tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya di dalam senario negara kita selepas ini, termasuk di dalam sidang Parlimen pada masa hadapan.
Apakah perbincangan dan cara berdebat dan berpolimik akan diwarnai dengan adab sopan, kata-kata yang berhikmah dan berilmu, atau sebaliknya akan sekali lagi dicemari oleh kata-kata dan pertuturan yang tidak tertib dan kasar, perang mulut yang tidak sihat dan sebagainya.
Sekali lagi kita harus ingat, bahawa apa yang dilakukan oleh generasi dewasa, terutamanya yang telah dianggap matang, idola yang dipuja, contoh ilmuwan dan politikus yang unggul, peribadi dan personaliti yang terpilih, pemidato dan penceramah yang popular dan dikagumi ramai, semua golongan ini menjadi contoh kepada masyarakat termasuk anak-anak muda yang bakal mengambil tempat generasi kini.
Oleh itu tunjuklah contoh dan teladan yang baik kepada mereka, terutamanya, dalam mengeluarkan kata-kata dan dalam lagak kelakuan kita.
Kalau tidak prihatin kepada hal itu pun, ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w seperti yang disebutkan di atas iaitu manusia haruslah berhati-hati bercakap, berbicara dan bertindak, kerana hal itu merupakan amanah Allah s.w.t yang harus dipergunakan sebaik-baiknya sebagai mensyukuri nikmat-Nya yang amat berharga dan bernilai itu.
Semoga kita dapat menyaksikan lebih banyak forum, perdebatan, perbincangan dan perbicaraan yang berbentuk ilmiah, toleransi, beretika, bersopan, beradab dan bertamadun.
Gambar sekadar hiasan

ADAB makin Luntur dek kemajuan teknologi masa kini!


Dunia semakin hari semakin berubah. Era globalisasi mempengaruhi perkembangan teknologi dari masa ke semasa. Kemajuan teknologi ini menjadikan dunia ini berkembang pesat tanpa sempadan dan batas.
Kemajuan teknologi ini juga menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku dari segi adat dan nilai. Nilai-nilai ketimuran semakin terhakis. Agama dan nilai murni, keprihatinan dan kasih sayang digantikan dengan teknologi.
Buktinya orang lebih gemar memegang telefon bimbit daripada al-quran. Kenapa kita membiarkan teknologi yang hadirnya untuk membantu kita ke arah kemodenan menjadi alat untuk menghapuskan nilai di dalam diri kita?
Tidak dapat dinafikan hakikat bahawa kemajuan teknologi seperti adanya komputer, jaringan internet, kemudahan media sosial dan kewujudan alat siber yang lain juga memberi seribu satu manfaat kepada kita.
Dengan adanya media sosial, kita akan mampu untuk menyambung silaturahim dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai yang berada jauh.
Kemajuan ini juga membolehkan kita untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan info secara cepat dan pantas. Namun penyalahgunaan kemajuan teknologi inilah yang membinasakan kita.
Di sini, ingin saya kongsikan tentang tips dan cara tentang bagaimana kita oleh mengelakkan daripada membiarkan kemajuan teknologi dari menghapuskan adab dan nilai moral di dalam diri kita.

#1- Hadkan Masa Penggunaan Gajet

Remaja sering menghabiskan hampir sebahagian waktunya dengan menggunakan gajet. Kerja seharian di rumah, kerja sekolah dan aktiviti lain bersama rakan diabaikan.
Anak-anak seharusnya diajar untuk membantu dan menolong ibu bapa dengan melaksanakan kerja rumah. Sama halnya dengan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, jika tidak dikawal, maka anak-anak sudah pastinya akan mengabaikan kerja sekolah mereka akibat terlalu leka dengan gajet.
Oleh itu, masa yang dihabiskan bersama gajet haruslah dihadkan. Gunakanlah gajet ketika hanya ingin mendapatkan dan melaksanakan kerja-kerja penting dan keperluan sahaja. Jangan biarkan gajet merampas waktu-waktu solat dan waktu-waktu kita bersama Allah.
Jangan biarkan ibadah dipercepatkan hanya kerana ingin menggunakan gajet. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang rugi. Allah S.W.T berfirman tentang masa yang mana bermaksud;
“Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”Surah al-Asr

#2- Sebarkan Maklumat Yang Terbukti Kesahihannya

Fitnah menfitnah dan gosip, saling memburukkan antara satu sama lain adalah sudah menjadi kebiasaan di internet dan laman sosial.
Kita tidak lagi merasa takut dan gentar dalam menyampaikan dan menyebarkan komen dan pandangan negatif ke atas seseorang sehingga ianya menyebabkan terjadinya salah faham, dendam dan boleh menyebabkan pergaduhan.
Seharusnya sebelum kita menyebarkan sesuatu maklumat atau sesuatu info, pastikan apa yang ingin kita sebarkan itu adalah perkara yang sudah terbukti kesahihannya dan sekiranya sahih pastikan perkara itu adalah perkara yang positif dan tidak memudaratkan penerima. Ingatlah Allah S.W.T berfirman di dalam tentang bahaya fitnah yang bermaksud:
“Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”Surah al-Baqarah : 191
Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita sampaikan.

#3- Melayari Laman Web Yang Bermanfaat

Terdapat begitu banyak laman web, video dan gambar lucah yang disebarkan di internet sehingga ianya sudah menjadi tidak terkawal lagi. Adanya iklan-iklan yang mengghairahkan yang disebarluaskan dengan sengaja untuk mengangkat nafsu syahwat sudah pun tersebar luas di internet.
Ianya tanpa disedari telah dilayari oleh berbagai peringkat umur sekalipun. Anak-anak yang masih kecil, yang tidak dikawal dan diselidiki penggunaannya mungkin sahaja menjadi peminat tegar video-video ini.
Buktinya ada sahaja kita dengar di dada-dada akhbar bahawa pelajar sekolah pun sudah tahu dan mengamalkan seks dengan rakan-rakan di sekolahnya. Laman web dan video pornografi ini merosakkan minda dan tingkah laku dan adab seseorang. Remaja dan dewasa sekalipun turut terlibat.
Oleh itu, gunakanlah internet untuk mendapatkan perkara yang bermanfaat sahaja. Terdapat banyak laman web, video yang bermanfaat yang boleh kita dapati di internet.
Bahkan terdapat pelbagai platform dakwah, ceramah-ceramah agama, video motivasi dan alunan ayat suci al quran yang boleh diakses dan ditemui dengan mudah di internet.
Bagi anak-anak pula, ibu bapa haruslah mengawal gerak geri mereka dan latih mereka untuk melihat animasi yang dapat membentuk adab dan moral di dalam diri mereka.

#4- Gunakan Gajet Ketika Perlu Sahaja

Masyarakat menggunakan gajet hampir di mana sahaja mereka berada. Ketika bersama keluarga, bersama kawan-kawan dan sanak-saudara, gajet tidak pernah terlepas di tangan dan selalu dipegang.
Hormatilah dan raikanlah ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan kita. Hentikanlah penggunaan gajet ketika bersama mereka. Ambil masa untuk mengeratkan hubungan, bertemu mesra dan bergurau senda bersama mereka.
Jangan biarkan masa kita bersama mereka berlalu begitu sahaja hanya kerana terlalu ketagih dengan gajet.
Lebih parah apabila ibu bapa sendiri mengabaikan hak anak-anak kerana terlalu asyik dengan gajet dan laman sosial sehingga waktu bersama anak-anak diabaikan begitu sahaja. Ada juga isteri-isteri yang tidak sempat mengemas rumah dan memasak untuk suami hanya kerana ghairah menggunakan gajet.
Islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan ummatnya. Islam tidak pernah menghalang kemajuan teknologi di dalam kehidupan manusia.
Namun kemudahan itu perlukan digunakan dengan sebaiknya supaya kita tidak melanggar batas-batas dan adab-adab yang digariskan di dalam agama. Teknologi pasti akan memberi banyak kebaikan sekiranya digunakan dengan sebaiknya.

Wallahu'alam.

Ahad, 23 Jun 2019

First Time Posting As An Ustazah Syathirah ... 18 FEB 2019

Bismillah.. hari ini telah menunjukkan angka 6 pada tanggal bulanan. Sedar tidak sedar telah aku habiskan separuh tenagaku selama GENAP 4 bulan di SMK yang terletak di Shah Alam itu. Dan baru malam ini tergerak jari jemariku untuk menekan butang keyboard laptop Dell hitam kecil milikku ini... Bukan apa, terlalu banyak yang aku pendam dan ingin luahkan di sini..
Padahal bertimbun lagi kerjaku yang belum langsai...

Alkisah First Postingku as an Ustazah di smk ini.. Aku kagum dengan bangunan batunya yang besar dan luas. Surau sekolah yang gah berada di tepi padang. Padang sekolah yang besar, dewan serta datarannya semuanya Megah terbina di situ. Rupanya sekolah yang aku jejak ini masih muda lagi bangunannya. Tahun 2011 ia terbina sempurna dan tersergam indah di situ. Maka tidak kisahlah dan tidak hairanlah aku bangunannya semua terukir indah dan sempurna mata memandang....Bukan terletak di kawasan berbukit bukau tetapi di bandar yang penuh dengan kesesakan jalanan.

Aku tinggal di rumah warden smk TAR, Klang dan aku keluar dari situ seawal sejam sebelum finger-print memandangkan jaraknya yang menghampiri sejam jika jalannya sesak dan penuh kenderaan lain di jalanan. Highway Bukit Raja yang selalu aku lalu mengambil 0.60sen dari hartaku. eh.. Maka aku pergi ke sekolah itu akan melepasi dua tol dan balik dari sekolah akan naik satu tol... maka, sehari burn utk tol saja rm1.40 mcm tu. Cubalah kalikan dengan seminggu persekolahan. hehe...Jadi, tak hairanlah walaupun naik Axia (kreta kecil milikku yg aku dapat awal bulan 5 haritu...saja nak beli Axia, sebagai kereta kedua kami suami isteri) penemanku bersama smartag meluncur laju melepasi tol. HMMM...

Ok...itu cerita ku bersama tungganganku di atas highway dan fizikal sekolahku.

Bahagia tak dengar cerita tu?.

Bagiku, First Posting ini adalah ibarat Nikmat dalam Ujian.... Ujian kesenangan. Pada pandangan aku, guru-guru bukan sahaja pelajar malah ibubapa di sana semuanya berharta dan kehidupan mereka mewah, penuh dengan kemewahan dunia fana...Mataku jua tertumpu dengan kesenangan di sana. Kemewahan mereka bergaya dengan kenderaan masing-masing. Aku tidak sesekali cemburu.. Malah, aku sering ingatkan dan tajdidkan niatku di sana. Aku adalah insan biasa. Yang Allah hadirkan di sana atas HIKMAH-NYA tersendiri.

dan aku Redha atas KetetapanNya buatku.

Walaupun ia adalah sebuah perkara yang jauuuuuuuuuuhhhhhhhhhh dari jiwaku ini. Tetapi nikmat dan ujian ini, aku yakin dan percaya, Allah ingin aku lebih dekat memohon dan berhajat akan pertolongan kepadanya.

Semoga Aku terus Gah Berdiri Teguh dan Kuat di Situ.
Aku Tidak akan Berputus Asa Atas Dakwahku di Sana.
Dakwah Bil-Hal.Bil-Lisan.

Semoga dakwahku di sana nanti akan terhasil sesuatu. Doakan aku...



Ahad, 5 Mei 2019

TAZKIRAH SENTAP UTK PASANGAN SUAMI ISTERI

Betullah tu. Dulu wanita tidak bekerja. Skrg sama2 kerja. Konsep perlaksanaan dah berubah....

Kalau dengar orang tua apabila suruh cari isteri, antara alasan dan nasihatnya:
"Ada orang jaga makan pakai kau.."
"Nampaklah kau terurus sikit.."
"Dapat makan sedap. Balik rumah semua terhidang.."
"Taklah teruk sangat kena kerja.. Ringan banyak beban tu kalau beristeri nanti.." 

Ini antara sebab yang biasa saya dengar daripada nasihat orang tua kepada lelaki yang bujang tentang KENAPA MEREKA PERLU BERKAHWIN.

Ya, yang banyak ditekankan kepada orang lelaki apabila berkahwin adalah FAEDAH dan OPPORTUNITY yang lebih baik mereka akan dapat jika mereka berkahwin, sehingga perkahwinan ini akhirnya tertanam sebagai sesuatu yang MUDAH dan TEMPAT MENGAUT FAEDAH untuk lelaki.

Kahwinlah..
Ada orang gosokkan baju. Kalau dulu bersiap untuk ke tempat kerja jam 5.30 pagi sudah bangun, sekarang, jam 6.30 pagi bangun pun masih sempat. Sebab? Baju dah siap seterika. Yeah, kahwin maknanya boleh dapat tidur extra.

Kahwinlah..
Ada orang siapkan makan pagi. Kalau dulu, bangun pagi lambat, asyik tak sempat nak makan. Sampai ke 11 pagi baru sempat sarapan. Kalau kahwin, bangun-bangun lagi dah terus boleh makan. Dah siap makan, tinggalkan saja pinggan mangkuk cawan di meja makan dengan isteri. Pandailah dia uruskan. Kita? Acah-acah gelabah sebab dah terlambat. Isteri lambat? Tak apa, itu masalah dia. Pandai-pandai dia jawab dengan bos dia. Yeah, kahwin bermakna dapat lebih kebebasan masa.

Kahwinlah..
Tak perlu lagi dah makan di luar. Mahal dan tak dijamin bersih! Kalau berkahwin, balik rumah makanan sudah terhidang, boleh makan sedap-sedap. Belanja pun jimat. Jimat bukan sebab makan di rumah saja, tapi kadang-kadang boleh buat-buat lupa beli barang dapur. Ada isteri tolong top up dan belikan segalanya. Yeah, kahwin untuk kita dapat extra duit belanja.

Kahwinlah..
Boleh tidur nyenyak. Dulu kena set jam nak bangun Subuh. Subuh pun selalu terlajak. Sekarang. Tak apa. Ada isteri yang PERLU BANGUN lebih awal, ulang alik 3, 4 kali kejut dan kejut sampai suami bangun. Dulu, kalau tidur balik, terlajak bangun! Lambat ke tempat kerja. Dah kena marah dengan bos. Kalau dah kahwin, tak apa tidur semula, pandai-pandailah isteri datang berkali-kali kejutkan kita macam kanak-kanak tak faham bahasa. Yeah. Kahwin maknanya kita boleh kembali jadi kanak-kanak Ribena.

Jadi, kahwinlah wahai lelaki. Kerana urusan kita akan banyak dipermudahkan. Kahwin memang best!

Tak hairan, lepas berkahwin, lelaki bertambah senang. Perempuan? Bertambah bengang.

Makin lama lelaki kahwin, makin menjadi-jadi miang. Maklumlah, kahwin ini urusan senang. Bila-bila pun boleh sembang tentang nak tambah lagi seorang. Urusan senang, kan? Hari-hari dia sembang bila nak tambah lagi seorang.

Perempuan? Di rumah dah macam medan perang. Semua benda dia perlu uruskan. Jaga anak yang tak pandai jaga diri. Jaga suami yang tak pandai jaga diri juga. Beban kewangan, pendidikan anak-anak, urusan pertukangan di rumah, urusan sekolah anak-anak dan segalanya. Tapi tak apa, memang wanita diajar macam itu dari dulu lagi.

"Apanila dah berkahwin, tak macam dulu lagi.. Kita kena berkorban.. Hidup kita berubah 100% dan sangat mencabar.. "
"Kahwin ni, tak boleh berkawan sangat dah.. Suami itu raja, jaga suami macam jaga raja.. Dunia lain dah tak ada buat kita. Ada suami saja.."
"Kalau dah kahwin, jangan susahkan suami. Layan suami dan seluruh keluarga dia. Jangan bagi dia buat apa-apa, isteri solehah dia yang buat segalanya."
"Jaga suami elok-elok. Kau kena pandai jaga diri. Bukan jaga diri je, pandai jaga suami apatah lagi.. Suami lari, kau yang berdosa!"

Ini perbezaan antara 2 pesanan tentang 1 tanggungjawab yang sama, tetapi kepada 2 golongan yang berbeza.

Wanita dipesan perkahwinan sebagai medan berkorban.
Lelaki dipesan perkahwinan medan mengambil kesenangan.

Hasilnya, kepincangan yang kita lihat dalam institusi rumah tangga kita pada hari ini.

Hal ini menjawab kenapa wanita banyak berkorban dan TERKORBAN selepas berkahwin.

Perkahwinan adalah medan lelaki menambah kesenangan, menurunkan kesusahannya kepada sang isteri. Dan perkahwinan bagi perempuan adalah medan pengorbanan, meninggalkan segala kesenangan dan KETENANGAN diri dan bersusah-susah untuk suami.

Ini adalah gambaran perkahwinan yang tempang dalam masyarakat kita.

Budaya ini perlu dihentikan. Islam tidak pernah ajar bahawa perkahwinan adalah suatu yang MUDAH BAGI SUAMI. Ya, perkahwinan adalah sesuatu yang BERAT DAN MENAMBAH BEBAN buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.

Anak perempuan diajar, perkahwinan sesuatu yang berat dan susah buat mereka. Anak lelaki diajar, perkahwinan adalah sesuatu yang indah dan senang buat mereka.

Maka, lahirlah KONFLIK TANGGUNGJAWAB di dalam institusi kekeluargaan.

Suami menjadi lebih wanita dari sang isteri. Isteri menjadi lebih lelaki dari sang suami.

Hakikatnya yang perlu kita ajar kepada generasi kita. PERKAHWINAN ADALAH SUSAH DAN BERAT BAGI SEORANG PEREMPUAN, DAN PERKAHWINAN ADALAH SESUATU YANG JAUH JAUH JAUUUUH LEBIH SUSAH DAN BERAT BAGI SEORANG LELAKI.

Mengapa jauh lebih susah bagi lelaki?

Kerana ALLAH meninggikan darjat lelaki dan menjadikan mereka KETUA  keluarga, kapten kapal yang bertanggungjawab atas SEGALANYA, sedang wanita cumalah anak kapal yang menumpang kebijaksanaan, kegagahan dan kehebatan ketua kapalnya. Sebagai pembantu, bukan sebagai pengemudi segalanya.

Biar lelaki faham, hakikat dan maknanya bila dia ambil anak dara orang untuk dijaga dan dididik. DIBUAT TEMAN BAIK. BUKAN DIBUAT BIBIK.

Biar wanita juga faham, hakikat dan maknanya apabila dia disunting seorang lelaki. Untuk dikasihi, untuk disyukuri, untuk dikhidmat seikhlas hati dalam POLA GIVE AND TAKE, DAN BUKAN POLA PARASITISME yang paling banyak berlaku pada hari ini.

Kepincangan rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini, antara puncanya adalah kesilapan warisan ini yang memberi pesan dan fahaman kepada lelaki, bahawa perkahwinan bukan medan menabur bakti, tetapi perkahwinan adalah medan kau diperaja dan memperguna sehingga LUNYAI kudrat seorang isteri.

Ini adalah kesilapan warisan yang mesti kita hentikan.

Generasi ibu bapa zaman kini, harus BERIKAN GAMBARAN SEBENAR tentang perkahwinan SECARA ADIL kepada anak-anak.

Perkahwinan bukan parasitisme SEORANG HIDUP DAN SEORANG LAGI AKAN MATI, tetapi perkahwinan, adalah PERKONGSIAN HIDUP, iaitukedua-dua jiwa sama-sama hidup memberi dan menerima kasih sayang, cabaran, kesusahan, tanggungjawab, amanah dan sebagainya.

Perkahwinan adalah medan yang payah.
Tolonglah, jangan ambil mudah.
Baik di pihak wanita, mahupun lelaki.

Pada masa akan datang, saya akan menulis cara kita sepatutnya mengajar kepada anak tentang perkahwinan. Biar anak lelaki kita tenang bahagia tanpa dosa di sisi anak perempuan kita, biar anak perempuan kita, terbela terjaga di sisi anak lelaki kita. Bukan nak suruh mereka kahwin atau faham apa itu kahwin di usia muda, TETAPI UNTUK MEREKA FAHAM PERANAN MEREKA DI SEBALIK JANTINA YANG ALLAH CIPTA. Ini tujuan Mariage Education dalam Islam.

Saya berpendapat, ini adalah antara syllabus parenting antara yang paling kritikal untuk disentuh pada zaman ini.

Saya tidak menulis ini untuk membangkitkan gender war antara lelaki dengan perempuan. Tetapi TERIMA DAN HADAPLAH, ini adalah REALITI YANG MENGGAULI MASYARAKAT kita pada hari ini.

Selagi ianya TIDAK BOLEH DIBICARAKAN SECARA TERBUKA DAN BERHEMAH SEBEGINI, selagi itu kita tidak akan dapat mewujudkan kesedaran baru tentang HAKIKAT PERKAHWINAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN KINI.

Hakikat perkahwinan tidak dapat difahami KECUALI kita terlebih dahulu memahami HAKIKAT PERANAN sebagai seorang lelaki dan wanita.

Dan hakikat peranan ini TIDAK BOLEH difahami, melainkan dengan jalan didikan yang betul sedari anak-anak kita kecil lagi.

Kita tidak boleh mengubah generasi lelaki yang sudah berkahwin pada hari ini, tetapi kita BOLEH MENDIDIK DENGAN BAIK ANAK-ANAK LELAKI kita yang BAKAL MENJADI SUAMI dan BAPA kepada anak-anak orang lain satu hari nanti. Kerana ini, saya menulis dan berkongsi.

Selama ini, dalam masyarakat kita, DIDIKAN KITA ADALAH BERPUSAT KEPADA ANAK PEREMPUAN. Kini tak boleh lagi. Didikan kita harus dipusatkan dengan TEPAT DAN GIAT baik kepada lelaki mahupun perempuan.

Bagi perempuan yang membaca tulisan ini, kenali peranan anda untuk MULA MEMBERI NASIHAT YANG BENAR DAN ADIL tentang perkahwinan kepada anak lelaki dan perempuan kita.

Bagi lelaki yang membaca, FOKUS KEPADA MEMBETULKAN salah faham ini yang banyak berlegar di sekeliling kita, walau kita tidak terlibat sama. Kerana kita juga punyai anak perempuan yang bakal kita serahkan kepada lelaki-lelaki lain.
Menjadi adalah tanggungjawab bersama untuk kita perbetulkan kepincangan ini.

Percayalah, amat jelas bagi kami yang menghadap luahan masalah rumah tangga pada hari ini,  bahawa punca kepincangan yang berlaku adalah kerana KONFLIK TANGGUNGJAWAB YANG BERLAKU DALAM KALANGAN GENERASI LELAKI DAN WANITA KITA PADA HARI INI.

Tulisan ini bukan untuk kita ego mempertahankan diri, tetapi untuk kita sama-sama bermuhasabah diri.😉😊

Rabu, 7 Jun 2017

Bulan Madu di Syurga *JULAIBIB*

Kisah Sahabat Rasulullah SAW, "JULAIBIB"


Julaibib merupakan seorang Ansar. Ketika Nabi sampai ke Madinah, beliau masih kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Akan tetapi hatinya telah terpaut dengan Islam dan diri Rasulullah SAW sejak kali pertama baginda sampai ke Madinah lagi. Beliau meninggalkan segala keseronokan alam kanak-kanak bersama rakan sebaya, kerana hatinya telah dipenuhi kecintaan terhadap baginda SAW.

Julaibib hidup sebatang kara. Beliau tak punya keluarga atau harta. Tempat tinggal beliau adalah masjid Rasulullah. Beliau adalah ahli suffah. Makan dan minum hanya sedikit, hasil pemberian orang kepadanya.

Julaibib adalah budak yang disenangi semua orang. Gelagatnya menghiburkan dan keberadaannya menyenangkan. Dia bebas keluar masuk rumah sesiapa sahaja di Madinah. Tiada yang menutup pintu kepada beliau. Para wanita juga tidak merasa segan, kerana Julaibib masih budak.

Apabila Julaibib meningkat remaja dan akil baligh, suatu hari Rasulullah bertanya kepadanya.
"Inginkah kamu untuk berkahwin wahai Julaibib?"

Beliau menjawab:
"Siapalah yang mahukan aku. Aku budak miskin, tak mampu beri nafkah dan apa-apa mahar."

Baginda menjawab:
"Aku akan carikan kamu perempuan solehah. Dan Allah akan mencukupkan rezeki kamu berdua."

Beberapa tempoh selepas itu, Rasulullah SAW bertemu seorang lelaki Ansar lalu berkata:
"Kahwiniku akan anakmu si fulanah."

Lelaki itu dengan gembira berkata:
"Ya wahai Rasulullah. Ya. Semoga Allah menambah kemuliaanmu dengan hubungan ini."

"Bukan aku inginkan anakmu untuk diriku". Balas Rasullah SAW

Tersenyap lelaki itu.

"Lalu untuk siapa?" Soal lelaki itu kebuntuan.

"Untuk Julaibib." Jawab baginda ringkas.

Tatkala itu terus hilang kegembiraan di wajah lelaki tersebut. Beliau berkata:
"Nanti dulu wahai Rasulullah. Aku mahu berbincang dengan ibunya dahulu. Aku tak mahu buat keputusan besar ini tanpa bertanya padanya."

Lalu lelaki itu pulang dalam hati yang gundah gulana. Dia tahu isterinya pasti tak mahu bermenantukan orang seperti Julaibib. Dalam waktu yang sama beliau tidak tergamak mahu menolak lamaran Rasulullah.

Sampai di rumah, beliau menyampaikan hasrat Rasulullah. Seperti dijangka, isterinya menolak keras. Berlaku pertikaman lidah yang agak hebat sehingga keduanya meninggikan suaranya.

Akhirnya si suami mengalah. Beliau tidak mampu memujuk isterinya. Si isteri tetap berkeras tidak mahu bermenantukan Julaibib.

Dalam keadaan hampa, lelaki itu bersiap untuk menuju Rasulullah SAW. Sebelum berangkat keluar, anak gadisnya yang mendengar pertengkaran kedua ibubapanya keluar dari bilik dan bertanya:
"Siapakah sebenarnya yang meminangi diriku?"

Si Ibu pantas menjawab:
"Rasulullah pinang kamu untuk Julaibib. Tapi aku tolak pinangan itu."

Gadis solehah itu terus bersuara:
"Kenapa begitu? Sampai hati ibu. Sanggup menolak permintaan Rasulullah. Demi Allah. Aku tak akan sekali-kali sanggup menolak sebarang permintaan Rasulullah.

Penuhilah permintaan baginda. Sesungguhnya Nabi lebih utama menentukan urusan orang beriman dari diri mereka sendiri.

Berikan aku pada Julaibib. Percayalah bahawa Allah tak akan sekali-kali sia-siakan nasibku."

Si ibu senyap tidak terkata. Si bapa terus menuju Rasulullah dan menyampai khabar gembira itu. Baginda SAW turut bergembira dengan berita tersebut lalu berdoa:
"Ya Allah. Limpahkanlah kebaikan untuk si gadis itu. Jangan kau susahkan hidupnya."

Maka termeterailah ikatan kasih kedua mereka. Julaibib dan isteri selamat diijab kabulkan. Cinta dari dua insan yang saling tidak mengenali, tetapi disatukan oleh sebaik-baik manusia.

Belum sempat Julaibib menikmati hari-hari bahagia bersama, tiba seruan jihad dari Rasulullah kepada umat Islam, untuk bersama keluar berperang di jalan Allah. Julaibib meninggalkan tempoh bulan madunya, menyarungkan baju perang dan menyahut seruan baginda SAW.

Ditakdirkan Allah, umat Islam memenangi peperangan tersebut. Rasulullah SAW mengumpul tenteranya sebelum pulang dan dipastikan agar tidak ada yang tertinggal. Setelah semua sahabat dikumpulkan, baginda bersabda:
"Ada sesiapa lagi yang masih belum jumpa?"

Para sahabat menjawab: "Dah tiada wahai Rasulullah."

Nabi berkata:
"Tapi aku masih tidak jumpa di mana Julaibib. Tolong carikan beliau."

Maka sahabat kembali ke medan perang dan mencari di setiap sudut tanah, di manakah perginya Julaibib.

Akhirnya di kawasan tentera musuh, mereka menjumpai satu jasad menyerupai Julaibib. Terbujur kaku berlumuran darah di sisi tujuh bangkai musuh.

Para sahabat segera menyampaikan berita itu kepada Rasulullah. Rasulullah bergegas ke depan jenazah Julaibib lalu berkata:
"Tujuh orang ini telah dibunuh oleh Julaibib. Dan mereka juga membunuhnya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya."

Rasulullah memerintahkan para sahabat menggali kubur di kawasan itu. Baginda sendiri yang mendukung jasad Julaibib, menurunkannya ke kubur, membaringkannya di lahad, dan menimbus sang syahid itu dengan tanah.

Sungguhpun Julaibib baru sahaja merasai kehangatan cinta bersama isteri yang baru dikenali, semua itu tak menghalang dirinya dari melupakan tanggungjawab sebagai hamba Ilahi. Kasih Julaibib kepada makhluk tidak sekuat kasihnya kepada Allah dan Rasul. Kedua pemuda syurga dan gadis solehah itu wajib dijadikan contoh buat semua yang sedang kemaruk berkasih. Jangan tenggelam dalam lamunan cinta, sehingga terabai tanggungjawab untuk agama.

Usah sedih dengan nasib Julaibib. Beliau kini sedang bahagia bersama bidadari syurga. Sudah tentu isterinya sendiri menjadi ketua para bidadari. Mereka mungkin tak sempat menghabiskan bulan madu. Tetapi tuhan mengganjarkan pakej berbulan muda di syurga, selama-lamanya. Apakah ada yang lebih indah dari itu?

Usah risau dengan nasib balu Julaibib. Beliau telah menjadi buruan ribuan jejaka beriman. Doa Rasulullah terhadap wanita itu menjadikan dirinya amat berharga di mata setiap yang mencari keberkatan hidup.

Tapi risaulah dengan nasib kita. Apakah perhubungan kita diredhai Allah? Apakah ia direstui Rasulullah? Apakah bahagia ini akan kekal hingga ke syurga?

12 Ramadhan 1438
7 Jun 2017

_(Alang Ibn Shukrimun)_

#SiriSahabatdisisiRasulullah