BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Isnin, 31 Mei 2010

KITA NAK 5 PERKARA...

Lima perkara yang kita semua mahu dan kita usahakan untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.Sama-sama kita ingat pesanan dari Rasulullah saw:
1. Barang siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
2. Barang siapa yang tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
3. Barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan
4. Barang siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
5. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Dapatkanlah ia sementara waktu masih ada...
#Jangan tinggal SOLAT!!
Wallahua'lam..

Jumaat, 28 Mei 2010

Surat Cinta Untukmu...AKHI..


Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.—Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.


“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”


Jujur kukatakan bahwa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladzim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu? Akhifillah, Alhamdulillah Allah mengaruniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, karunia itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini justeru menimpa orang-orang yang ku hormati sebagai pengemban risalah da’wah ? Siapakah di antara kita yang salah?


*********************************************************************

Jumaat, 21 Mei 2010

Wahai diri!!


“Senja usia melamar diri
Biarpun masih muda
Namun bukan jaminan
Untuk tidak kembali padaNya
Lautan yang tenang bisa ombak mengganas
Inikan pula manusia kerdil
Yang begitu rakus meratah dunia
Ada apa dengan dunia?
Sehingga kita terpana
Dengan sedikitnya nikmat
TuhanKelalaian menerjah
Tatkala gagah menguasai diri
Sukar sekali melawan nafsu
Apa nasibku Tuhan,
Tika aku dipanggilMu pulang
Membawa bekalan apa
Setelah Engkau memberiku kehidupan
Gembirakah aku dijemputMu
Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana
Erat genggaman azam
Untuk memperbaiki diri
Namun khuatir
Apakah nasib di penghujung
Sedang Hidayah milik Tuhan
Bisikkan pada hati
Milik Tuhan kini selamanya
Jangan sombong sujud menyembah
Pohon doa husnul khatimah"

Rabu, 12 Mei 2010

IMTIHAN...penggal pertama *o*...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ana akan menduduki sebuah peperiksaan..Bg ana ppriksaan ni besar dan penting la juga untuk mengetahui tahap prestasi kita selama kita belajar...Dah 4 bulan dah belajar,apakah kita dapat daripada pembelajaran kita tue?..Dalam pperiksaan juga, kita diuji dengan pelbagai jenis soalan...Uji tahap ke berapakah kita agaknya..Untuk menghadapi pperiksaan, semua org perlulah membuat persediaan terlebih dahulu...Seperti dalam peperangan/pertempuran lah..medan peperiksaan menguji tahap pembelajaran...tapi, medan peperangan menguji tahap kekuatan daya tahan...Mesti ada kelengkapan peperangan yg mencukupi...seperti peperiksaan...kelengkapan alatan menulis,kefahaman dikumpul balik,penghafalan,pembacaan...mesti sedia ada...Jika kita tak membuat persediaan, adakah kita akan menang???Tanpa senjata,boleh kah kita berperang??...Sah-sah awal-awal pun dah kecundang kan?...Ha, apabila kita dah buat persediaan, jgn pula kita lupa nak buat last revision pada mlm hari peperiksaan..tau!! .




Kita mesti ingat untuk buat 'last revision' supaya kita dapat tengok kali terakhir...mungkin semasa kita buat revision tu,kita terjumpa tempat-tempat yg belum kita baca...nasib baik jugak tu..kan...Ana ada satu cerita ..kisah benar nie..Apakah akibatnya tak buat last revision masa mlm ppriksaan..Semoga mendapat pengajaran dari cerita ana ni yer..^_^

Isnin, 10 Mei 2010

Ahad, 9 Mei 2010

HARI BERMAKNA!!!

SELAMAT HARI IBU!
Ucapan ini khas ku tujukan buat insan yang amat ku sayangi...Bergelar Ummi...
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik katamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
~anakmu~2010