BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Memaparkan catatan dengan label sahabat... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat... Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2015

Pesanan buat diri...

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Rabu, 27 Februari 2013

Buka Minda dan Hati (Pacebook oh Pacebook)

||Sedar lah Wahai Wanita/Perempuan/Gadis||

Ambo lihat,majoriti fb islamik samada laki atau perempuan,semuanya status islamik yg meleleh leleh...
*Meleleh2 tu makna kata yang cintancintun tu laaa...

Yg lelaki trutamanya,bila buat status yg meleleh2 mcm tu,akan dpt byk gile likes dari kaum hawa menunjukkan mereka suka status tu,tak kurang juga yg suka pd penulis status tu....

*lagi dahsyat bila suka kat penulis...
 _MasyaAllah_MasaLah2_

Maka ambo terfikir.....

Adakah muslimah2 zaman skrg sudah hilang smgt jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?

Bukan ambo nak suruh pmpuan2 islam jd ganas...cuma ambo terfikir bila terbaca kisah2 sahabiah,mereka lemah lembut tapi sgt kental,hati sekuat besi waja,tak mudah cair dgn lelaki ajnabi,tak meleleh2 bila ckp psl cinta,tak tergedik2 bila laki cuit... 

*cuit tu maknakata mai dekat nak chat ke hape ke mende lagi laa utk mendekati si perempuan...

Maka ambo pun mngmbil langkah utk jadikan fb ambo sbg 'malaikat maut' bg kaum hawa...utk mentarbiah hati mreka agar kuat!kental!tabah!

Kalau hari2 ambo bg status meleleh2,cinta krana allah,lelaki soleh utk pmpuan solehah,cinta itu fitrah,carilah suami soleh dan bnda2 leleh yg lain...  *hehe

Muslimah yg terhasil mcm mna?

Walaupun bpurdah,btdung lbuh,ikut usrah,ikut msturat...


Jumaat, 4 Jun 2010

TEMAN..


Teman,
Ku andai semalam satu kenangan yg suram,
Bila persahabatan terputus di tengah jalan,
Ku harapkan impian jadi kenyataan,
Namun, Ku kecewa,
Tiada baris kata yg dapat ku lafazkan untukmu,
Gambarkan erti pengorbananmu,
Tiada syair indah termampuku ciptakan,
Biarpun terluka,
Hidup penuh pancaroba dan gelora,
Ketabahanmu, Ku korbankan bahagia...

Teman,
Aku fikirkan mendung berterusan, Tapi kini,
Tuhan sajalah yang tahu perasaanku,
Maafkan aku meninggalkan mu..,
Itu aku lakukan kerna persahabatan...

Teman,
Sesungguhnya persahabatan memerlukan kesetiaan,
Tanpa kesetiaan,Oh! tidak beerti..,
Teguhkan Iman, Hadapi dugaan,
Alangkah bahagianya, Jika mendapat sahabat setia..,
Hilangkan rasa curiga, Seiiring bersama...


PERSAHABATAN : Bermula dgn secebis senyuman, Berputik dgn gurauan, Berbunga dgn sebuah kemesraan.

PERPISAHAN : Mengajar erti keikhlasan, Prinsip diri, Menghargai, Mengetahui kelemahan diri.

So.., Persahabatan lebih bermakna untuk di kenang!!!
SALAM SAHABAT!!SALAM RINDU!!