BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Jumaat, 12 Mac 2010

Jangan Menangis Kerana Cinta Manusia..



Suasana pantai pada pagi ini amat indah sekali.Sang mentari baru terbit dari ufuk timur dan mula kelihatan sinar cahayanya.Kelihatan beberapa ekor burung camar bermain riang di langit seolah-olah turut menghayati ketenangan suasana pagi ini.

Kelihatan seorang pemuda sedang duduk di tepi pantai sambil merenung ke arah laut seolah-olah sedang melihat keindahan suasana laut namun tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain-main dalam fikirannya .Matanya kelihatan cengkung dan kuyu.Rambutnya kusut-masai dan tak terurus.Jika dilihat dari wajahnya,jelas menunjukkan bahawa dia sedang berduka.Seketika,kelihatan pula seorang lelaki tua datang dan duduk di samping pemuda tersebut."Assalamu'alaikum,nak,"Pemuda tersebut tersentak daripada lamunannya. "Wa..wa'alaikumussalam...Eh,ayah," Lelaki tua yang duduk di samping pemuda tersebut mengukirkan sebuah senyuman manis dihiasi pula dengan lesung pipitnya yang membuatkan sesiapa yang memandang senyumannya akan berasa tenang."Nak,ayah faham kenapa kamu berduka,"lelaki tua itu mula mengeluarkan bicara katanya."Nak,cinta manusia tidak kekal.Terkadang kita menyintai seseorang namun tak semestinya orang yang kita cintai itu akan turut menyintai kita.

Cinta bukannya boleh dipaksa kerana ia adalah melibatkan perasaan. Nak,dengarlah cakap ayah. Hentikanlah tangisanmu. Janganlah kau mengikut emosi dan nafsumu. Bangkitlah kembali,nak. Ayah tidak mahu kerana seorang insan bernama wanita membuatkan dirimu lemah tak bermaya.,"Pemuda itu mula bersuara meluahkan perasaannya,"Tetapi,ayah. Perit sangat rasanya apabila menyintai seseorang namun tidak dibalas malah dihina dan dicerca pula,"

"Sayang,nak.Sayyidi Ahmad Ar-Rifa'i pernah berkata,"Berapa banyak suara sepatu(lenggok wanita)di sekitar lelaki telah menerbangkan kepalanya dan menghilangkan agamanya," Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan perasaan emosimu. Sekianya engkau inginkan cinta mu dibalas maka utamakanlah cinta kepada Sang Pemilik Cinta Sejati. Insya Allah cintamu pasti akan dibalas." 

"Siapakah Sang Pemilik Cinta Sejati itu,ayah?" tanya sang pemuda kepada lelaki tua itu. "Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Maha Pemilik Cinta,nak. Seandainya engkau mengutamakan cintaNya nescaya engkau tidak akan berputus asa dan akan menjadi insan yang kuat dan bertaqwa. Bersabarlah,nak. Moga-moga kamu dianugerahi Allah insan yang bertaqwa dan menyintaimu kerana Allah. Usahlah menangis lagi,jangan bazirkan air matamu kerana sesuatu yang kecil. Tangisilah dirimu kerana engkau masih terhijab dariNya..." Jawab lelaki tua tersebut sambil memegang bahu pemuda tersebut.... 

Moga2 kisah ini dapat dimanfa'atkan bersama,Wassalam...
sumber cerpen:-Dipetik dari thread iLuvislam.com

Alamak! Ulser Menyerangku....

Ulser Mulut (Ulser Afta)
Soalanku:
Jawapannya:

Latar belakang...
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.
Apakah puncanya?
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
> Stres
> Perubahan hormon
> Jangkitan
> Kekurangan zat makanan
> Alahan
> Rawatan radiasi
> Rawatan kemoterapi
Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
=> Rasa membakar di dalam mulut
=> Kesakitan
=> Ketidakselesaan yang berpanjangan
=> Hilang selera makan
=> Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
1. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
2. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
3. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
4. Makan makanan yang lembut.
5. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
6. Minum air secukupnya.

Fakta dari : www.myhealth.gov.my

Khamis, 11 Mac 2010

Jadilah WANITA SOLEHAH....


Ayat 1000 Dinar...


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Wallahua'lamuBissowab..

Rabu, 10 Mac 2010

Doa'...

Kadang-kadang kita lupa/alpa dengan dunia....Maka, ana ingin meletakkan satu video yg boleh mengambil perkataan-perkataannya menjadi doa seharian...Insyaallah.


Ianya tidak sesuai bg usia sebaya ana...Tapi, saja nak letak..Moga2 nanti kita semua akan mendapat jodoh yg baik,Insyaallah...Bagi ana lebih baik diri ini tidak mendapat cinta dari manusia yang penuh dengan hawa nafsu, cukuplah sekadar cinta hakiki buatku...

CINTA ILAHI,KEKAL ABADI!
wallahua'lam

JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN KESANNYA PADA PERIBADI SESEORANG....

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut:

Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlakupada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkansifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,sum'ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, makaakan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkanrasa sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, minta dipuji,meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika sifat ketuhanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlahpada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal'iya–zubillah.

Sahabat-sahabatku..


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!!
Tingkatan 2 (2008)
KENANGAN BERSAMA2...







PERNAHKAH anda menangis?Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.

Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Artikel asal:-iLuvislam.com

Ahad, 7 Mac 2010

Warkah buatmu...kaum hawa!

WARKAH BUAT HAWA...

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…