BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Memaparkan catatan dengan label Muzakarah.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzakarah.... Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2020

Kuatkan Langkah ini. Ya Rabb.. (Mhsbh sem.5)



Pertama 







"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."


Sabtu, 30 Januari 2016

TAFSIR AL BAKRI-AL BAQARAH AYAT 235

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: Wahai lelaki yang ingin berkahwin, sama ada dengan cara jelas kenyataannya atau secara sindiran, apatah lagi yang membabitkan perempuan yang dalam keadaan idah, maka di sana ada hukum yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t.
Alah berfirman: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).
Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan.
Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235)

Sabtu, 23 Januari 2016

NAMA-NAMA SRIKANDI ISLAM

Dalam mencari sebuah nama yang cantik lagi dimuliakan. Jom lihat dan selak kembali sirah-sirah srikandi agung yang menjadi sayap kiri dalam sebuah perjuangan.

Semoga ruhnya mengalir dalam diri ini...Allahumma aamiin.

1. Srikandi Medan Pertempuran –Nusaibah binti Kaab

2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib

3. Pahlawan Wanita Serba Hitam –Khaulah Binti Azwar

4. Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah

5. Orang Pertama Mati Syahid –Sumayah Binti Khubath

Selasa, 20 Januari 2015

Pesanan buat diri...

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Pengalaman Seorang Hamba

"So, menurut Ust Farhan dalam menuntut ilmu agama ni kita kena tahu alat-alat dia. Kita kena ambil alat-alat dia elok-elok. Jadi alat-alat dia yang paling penting ialah bahasa arab. Kena bagi mahir. 3 tahun mesti dah boleh arab! Boleh baca, cakap dan menulis serta menterjemah bahasa Arab..."
Tambahan; seWaktu dalam kelas ust. mohd Noor, ust ada kongsi tentang seorg sahabat Ust. Yang mana dia setiap hari akan cuba aplikasikan nahw yg dh bljar. Caranya; Dia ambik satu kitab (tak kira kitab kecil atau besar) dia akan i'rab kalimah ilal kalimah. wahid-wahid. Dia xkan sambung kalimah yg lain selagi dia xdpt jawapan bgi satu kalimah. Hebat!.
Belajar bahasa Syurga ni membuatkan ana semakin hari semakin merindui untuk melangkah masuk ke dalam syurga dan berbicara bersama ahli-ahlinya. Bukankah ahli syurga nanti berbahasa 'arab? SubahanAllah, Beruntunglah kamu....
Berjuang berjuang jugak. Tapi, jangan tinggalkan Tuntutan Ilmu yg sedang kita nikmati saat ini. Kulla yaum, laa budda 'alaina muraaja'ah wa ta'mal waajibaat!


[ قال الله تعالى : ( يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم ) [ محمد : 7  
[وقال تعالى : ( ولينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز ) [ الحج : 40 

( وقوله ( وفتح قريب 
أي : عاجل فهذه الزيادة هي خير الدنيا موصول بنعيم الآخرة ، لمن أطاع الله ورسوله ، ونصر الله 
ودينه

Rabu, 9 Julai 2014

Tarbiyah, Tarbiyah,Tarbiyah.... sampai jadi Murabbiah !

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah."
(Almarhum Sheikh Mustafa Masyur)

"Tarbiyah itu melahirkan pemimpin, dakwah itu merubah masyarakat."
(Almarhum Ustaz Dahlan bin Mohd Zain)

Sabtu, 9 November 2013

"طلب العلم"

 Lama sangat rasanya tak post sesuatu dalam blog ni. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk minggu ke 9 saya menjadi mahasiswi di Tanjung Malim, Perak. Terasa pantas sangat masa berlalu. Jadi, untuk entry kali ni, biar berilmiah sikit. Nah! bacalah...ianya tentang Menuntut Ilmu. Kalau waktu kat ppt dlu, tok guru selalu sebut : "Adab Mengatasi Ilmu". Teruntuk sekalian kalinya....inilah nasihat buat diri!

Seorang hamba tidak mengetahui apa yang dicintai Allah dan diredhaiNya kecuali melalui jalan para Rasul, untuk itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan untuk menuntut ilmu. Sesungguhnya sesuatu yang paling besar untuk diwariskan berdasarkan kesepakatan penduduk bumi adalah ilmu. Dan yang dimaksud dengan ilmu adalah Ilmu syar’I yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada Rabbnya.

Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

إن الأنبياء لم يورثوا ديناراً ولا درهماً إنما ورثوا العلم

“ Sesungguhnya para Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mewariskan dinar, tidak pula dirham. Mereka hanyalah mewariskan ilmu “

Imam Bukhari ketika menyebut kitab Ilmu di shahihnya, memulai dengan menyebut Keutamaan ilmu. 

Beliau berkata: Bab “Ilmu itu sebelum perkataan dan perbuatan.” 


Kemudian menyebutkan firman Allah, “Maka ketahuilah (ilmuilah), bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (Tuhan)  yang berhak disembah selain Allah.“

Maka amal perbuatan itu tidak diterima kecuali apabila berlandaskan atas ilmu.


{Seorang hamba tidak mengetahui apa yang dicintai Allah dan diredhaiNya kecuali melalui jalan para Rasul, untuk itu NabiShallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan untuk menuntut ilmu}


 Beliau bersabda :

من سلك طريقاً يلتمس فيه علما سهل الله له طريقاً إلى الجنة

“Barang siapa menití jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah memudahkannya jalan menuju syurga.”



أخي لن تنال العلم إلا بستةٍ ……….. سأنييك عن تفاصيلها ببيان
ذكاء وحرص وافتقار وغربة ………….. وتلقين أستاذٍ وطول زمان
Saudaraku, engkau tidak akan mendapatkan ilmu, melainkan dengan enam perkara
Kuberitahukan kepadamu rinciannya secara jelas
Kecerdasan, bersungguh-sungguh, merasa amat perlu, mengasingkan diri,
bimbingan ustaz dan waktu yang lama.

Sabtu, 2 Februari 2013

Jasamu guru


Detik 31 Januari 2013, keputusan STAM diumumkan. 
!!ALHAMDULILLAH!!
Berkat kesabaran dalam sebuah penantian, tundukkan jua diri ini sujud syukur pada Ilahi atas ni'matNya yang diberi. Semua milik DIA tiada apa yang kita punya. Semuanya pinjaman dariNya.

Sedap ana ngaji kitab 'Tasawwuf' Mendidik hati mengenaL Ilahi Rabbi... Senyum Syukur. Bukan yang terbaik juga ku minta, cukup sekadar yang aku perlu. Turut tersenyum melihat sahabat2 yang berjaya mendapat pangkat MUMTAZ, JAYYID JIDDAN.
 Ku alirkan doa yang terbaik buatmu.

Selasa, 15 Mac 2011

Suatu Perjalanan…

Masa terus berlalu dalam sedar atau tidak, samada kita merelakannya atau tidak dan samada kita memanfaatkannya ataupun tidak. Ketika melihat setiap detik dalam saban hari pada bulan Ramadhan yang telah berlalu, sehingga kini berada di pertengahan bulan Ramadhan, makin terasa hakikat kehidupan ini sebagai suatu perjalanan, malah menghayatinya dengan segenap makna sebuah perjalanan.

Baru semalam rasanya, ditulis tulisan bertajuk “suatu kehadiran”, namun kini sudah di pertengahan kehadiran yang dikatakan suatu kehadiran itu. Setiap yang hadir, kemudian kan melintasi, melalui seterusnya meninggalkan dan takkan kembali. Begitulah perjalanan kehidupan yang bagaikan jalan sehala tanpa boleh berpatah balik namun tidak boleh berputus asa.

Khamis, 1 Julai 2010

Astaqfirullahalazim...Ya Allah, aku telah berZINA!!!



Ya Rabb,Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatan-MU, di hadapanMu….

Rabb….Dadaku berdegup kencang. Tangan dan tubuhku menggigil. Menantikan pengadilan di hadapan-NYA. Akhirnya malaikat itu datang. Membawa catatan amalanku di dunia. Dibukanya layar…. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. Apa yang terlihat, sungguh membuatku menyesal. Memalukan….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak bisa bicara?

“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Kudengar mata berbicara lantang. Lalu terlihat di layar, aku sedang membelek wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.