BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2020

Kuatkan Langkah ini. Ya Rabb.. (Mhsbh sem.5)



Pertama 







"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."


Sabtu, 9 April 2016

Sakinah Mawaddah wa Rahmah -Barakah

Menyingkap kamar hati yang selama ini
telah banyak terluka dan derita
Dalam meniti titian bahagia
Ketika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Apabila rasa benci terbit di hati
Rasa itu menyelimuti diri keseluruhannya.


Mungkin sudah sampai ke penghujungnya.
Sudah tiada lagi difikirkan tentangnya.
Rasa aman dan tenteram dari gangguan ancaman manusia.
Semoga ada yang terbaik menantinya.
Bukankah bersendiri tanpa terikat dengan apa² itulah yang sebaiknya.
Letakkan Allah dan Rasulullah dia atas segalanya.

Semalam. Rasa ini kembali bertaut padaNya.
Sepanjang di sini apa 'bekalan' yang bakal diijazahkan buat diri.
Selain ijazah bhs arb dgn pndidikan. Selain dnt. Selain ikon pdkwh&prkdrn?
Mana maratibul amal yg pertama?
Sudah sempurnakah amal fardhul muslim sendiri?

Bukah kau dahulunya berjiwa besar ?
Hafizah to be.
Muhaddist to be.
Mutarjamah.
Ustazah Murabbiah.
Mahfudzah Majahadah.

Allahu rabbi....

Kadang ia hanya palsu...


Apa sahaja yang akan berlaku...
"Have Faith in Allah"
"Jangan pernah berhenti berdoa"
"Semoga Esok Allah Ganti dengan Yang Lebih Baik"
"Allahu Musta'an"

Selasa, 16 Februari 2016

Tukar lagi BH (New my-Blog Header).. ! Jom main dgn PS ^^

Mula berjinak dengan PS ni start dari Sem4 kut klu xsilap, ada hamba Allah yang tolong masukkan perisian PS dalam Laptop ceq ngan sahabat-sahabat ceq. Mantan MMK KUO. Sapa tak kenai ngan Shah tu, budak multimedia. Alang-alang dia buh anti-virus, terus mintak ngan dia nak masukkan Ps jugak. Sahabiah MMK ramai yang dah expert ni. Terutamanya kak Ummi Ibtisam. Haha...diala yang banyak tulung Ceq dalam Ps ni. Selain kak Ummi, yang ceq jelesnya dengan sorang sahabiah nama Husnul Najwa! Pergh....! Santek-santek dia punya hasil Ps.....siap buleh buat kartun lagi...

Jadi...bila dah ada PS a.k.a Photoshop dalam Lappy ni apa kata kita manfaatkan. Mana tau suatu hari ia berguna buat Ummah! Allahumma aamiin. InshaaAllah, sedang berjinak-jinak jugak masuk ruangan multimedia muslimat kedah. Moga jadi suatu saham di akhirat kelak. Selagi mana buleh bantu, kita bantu.. Huntunglah yang dah expert main Ps ni. Ceq ni baru beginner ja... 

Al-kisahnya ceq mula berblogging ni dah lama dah. Sejak form3 (2009) lagi klu xsilap. Itupun main-main ja. Naik form4 baru nak serius sikit. Dah berapa banyak blog yang cuba cipta. Guna macam-macam jenis dah. Ada yang berbayar dan ada yang free. Ceq ambik yang free ja..asalkan buleh menulis. Salah satu minat selain minat main Edit-edit Gambaq ni, menulis pun ceq minat jugak. Time dulu, berblogging kutip ja mana-mana artikel yang berguna masukkan dalam blog. Suka pulak ceq masuk blog then baca balik apa yang dah di 'paste'. :p 
La ni...Banyak artikel/post yang ditulis sendiri dan hanya beberapa yang di ambil dari yang lain buat diri. Banyak dah blog yang bermanafaat yang ceq jumpa dalam alam maya ni. Selain dari blog ceq...hu hu~ 
*tarik nafas dalam-dalam....hembus perlahan-lahan.

Ahad, 24 Januari 2016

[Mesej dari k.ngah di Mesir]

Mesej pendek ni k.Ngah hantar sewaktu sem.4 dulu. Bila tiba Imtihan, boleh lihat semula pengorbanan abah dahulu. Penyuntik inspirasi dan semangat!

Assalamualaikum... 

Saja nk kongsi dgn Abd.salam.. 

Cerita pasai abah suatu ketika dulu.. nk besarkan k.long, k.ngah, k.tirah, salam, barr, jalil, hadi dan mariah.. 

Sabtu, 9 November 2013

First time ride a scuter to Scho0l?!




Kumulai penulisan entry kali ini dengan Lafaz mulia yang tidak pernah lekang dari kuntum bibir tatkala memulakan sesuatu pekerjaan "sejahtera ke atas kamu serta rahmatNya dan keberkatanNya"...


Nak cerita tentang sebuah sekuter baru jenama 'ICON' comei kut... memang dari dulu berhasrat sangat untuk mempunyai sebuah sekuter.

Almaklumlah orang ayu ni mana boleh naik motor yang kelia2 kan... kena naik motor yang kiut macam tuan lae (hehe.. perasan sat na... jangan duk marah... >.<)

Cakap fasal perasan ni... kelmarin ada hantar mesej kat 2org kawan baik ni melalui SMS (sistem pesanan ringkas) kat last mesej tu tertuliS 'di edit oleh insaN yang KiUt'... ok!

Datang sekolah es0k pagi tu.. teRus buat muka dua-dua oranG... ehehe

Saya memanG tak seKiUt anda berduA tapI... lebih Kiut Kan3...

***DUSH***

------------------------teeet----------------------------

Selasa, 27 Ogos 2013

Sarang Kehidupan Mengimbau Kenangan

Pertamanya, Syukur ke hadrat Ilahi...
Alhamdulillah 'ala ni'matil imani wal islam, wa huma min a'dzhomin ni'amah!
Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam...
selawat yg selalu syeikh amalkan tatkala memulakan kuliah

Sabtu, 24 Mac 2012

Qubbatul Hadra'

Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasallam...

Ya Rasulullah..

aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Rabu, 29 Februari 2012

JOM!! Blajo 100 perkataan klate~



1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit

Selasa, 21 Februari 2012

~Hatiku Berdebar Menunggu~


Ana dah buat permohonan untuk terus meneroka ilmu ke darul quran. Baru buat permohonan je...x sampai lagi waktu untuk dipanggil ke temuduga dan xsampai lagi waktu untuk menjejakkan kaki ke sana.. Sebelum apa-apa, dah sejuk hati ni tringin sgt-sgt nak gi sana cepat-cepat...tut..tut... bila trbaca satu coretan dr seorg akhi ex-DQ, yg mana dia mngengkan kehidupan aman di sana. Jadi, ana pun copy cerita dia ni dri blog dia: http://ilasyahid.blogspot.com/ : J0m baca apa yg mnarik sgt nih?.....

Khamis, 16 Februari 2012

Kelebihan Al-Quran




Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mampelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W: "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Rabu, 1 Disember 2010

__:Senyum Itu Sedekah:__



APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu.
Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.

Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai.

Baginda menyebut:Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)

Isnin, 30 Ogos 2010

~MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus..sama2lah kita ambil iktibar..~

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!