“..bila bersandar pada makhlukNya,tika terpisah,rasa kehilangan,tika terasing rasa ditinggalkan,jiwa menderita gelisah sentiasa.Biar bersandar hanya pada Tuhan,merasai cukup hanya denganNya,Allah sentiasa dalam jiwa.Biar terlihat tidak punya apa-apa,tetapi hati kaya dgn rasa kasih, dan cinta Ilahi,menjadi cahaya penyejuk jiwa…”
Kita selalu beranggapan kasih sayang antara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain, tetapi masih tidak dapat menandingi kasih sayang Allah S.W.T kepada hambaNya. Hakikat sebenarnya, Allah S.W.T sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.
Sebagai contoh: "Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat, Allah sayangkan kita.. Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita.. Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan, janganlah hampa.. Ini bukan kerana Allah bencikan kita tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."