BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Rabu, 7 Jun 2017

Bulan Madu di Syurga *JULAIBIB*

Kisah Sahabat Rasulullah SAW, "JULAIBIB"


Julaibib merupakan seorang Ansar. Ketika Nabi sampai ke Madinah, beliau masih kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Akan tetapi hatinya telah terpaut dengan Islam dan diri Rasulullah SAW sejak kali pertama baginda sampai ke Madinah lagi. Beliau meninggalkan segala keseronokan alam kanak-kanak bersama rakan sebaya, kerana hatinya telah dipenuhi kecintaan terhadap baginda SAW.

Julaibib hidup sebatang kara. Beliau tak punya keluarga atau harta. Tempat tinggal beliau adalah masjid Rasulullah. Beliau adalah ahli suffah. Makan dan minum hanya sedikit, hasil pemberian orang kepadanya.

Julaibib adalah budak yang disenangi semua orang. Gelagatnya menghiburkan dan keberadaannya menyenangkan. Dia bebas keluar masuk rumah sesiapa sahaja di Madinah. Tiada yang menutup pintu kepada beliau. Para wanita juga tidak merasa segan, kerana Julaibib masih budak.

Apabila Julaibib meningkat remaja dan akil baligh, suatu hari Rasulullah bertanya kepadanya.
"Inginkah kamu untuk berkahwin wahai Julaibib?"

Beliau menjawab:
"Siapalah yang mahukan aku. Aku budak miskin, tak mampu beri nafkah dan apa-apa mahar."

Baginda menjawab:
"Aku akan carikan kamu perempuan solehah. Dan Allah akan mencukupkan rezeki kamu berdua."

Beberapa tempoh selepas itu, Rasulullah SAW bertemu seorang lelaki Ansar lalu berkata:
"Kahwiniku akan anakmu si fulanah."

Lelaki itu dengan gembira berkata:
"Ya wahai Rasulullah. Ya. Semoga Allah menambah kemuliaanmu dengan hubungan ini."

"Bukan aku inginkan anakmu untuk diriku". Balas Rasullah SAW

Tersenyap lelaki itu.

"Lalu untuk siapa?" Soal lelaki itu kebuntuan.

"Untuk Julaibib." Jawab baginda ringkas.

Tatkala itu terus hilang kegembiraan di wajah lelaki tersebut. Beliau berkata:
"Nanti dulu wahai Rasulullah. Aku mahu berbincang dengan ibunya dahulu. Aku tak mahu buat keputusan besar ini tanpa bertanya padanya."

Lalu lelaki itu pulang dalam hati yang gundah gulana. Dia tahu isterinya pasti tak mahu bermenantukan orang seperti Julaibib. Dalam waktu yang sama beliau tidak tergamak mahu menolak lamaran Rasulullah.

Sampai di rumah, beliau menyampaikan hasrat Rasulullah. Seperti dijangka, isterinya menolak keras. Berlaku pertikaman lidah yang agak hebat sehingga keduanya meninggikan suaranya.

Akhirnya si suami mengalah. Beliau tidak mampu memujuk isterinya. Si isteri tetap berkeras tidak mahu bermenantukan Julaibib.

Dalam keadaan hampa, lelaki itu bersiap untuk menuju Rasulullah SAW. Sebelum berangkat keluar, anak gadisnya yang mendengar pertengkaran kedua ibubapanya keluar dari bilik dan bertanya:
"Siapakah sebenarnya yang meminangi diriku?"

Si Ibu pantas menjawab:
"Rasulullah pinang kamu untuk Julaibib. Tapi aku tolak pinangan itu."

Gadis solehah itu terus bersuara:
"Kenapa begitu? Sampai hati ibu. Sanggup menolak permintaan Rasulullah. Demi Allah. Aku tak akan sekali-kali sanggup menolak sebarang permintaan Rasulullah.

Penuhilah permintaan baginda. Sesungguhnya Nabi lebih utama menentukan urusan orang beriman dari diri mereka sendiri.

Berikan aku pada Julaibib. Percayalah bahawa Allah tak akan sekali-kali sia-siakan nasibku."

Si ibu senyap tidak terkata. Si bapa terus menuju Rasulullah dan menyampai khabar gembira itu. Baginda SAW turut bergembira dengan berita tersebut lalu berdoa:
"Ya Allah. Limpahkanlah kebaikan untuk si gadis itu. Jangan kau susahkan hidupnya."

Maka termeterailah ikatan kasih kedua mereka. Julaibib dan isteri selamat diijab kabulkan. Cinta dari dua insan yang saling tidak mengenali, tetapi disatukan oleh sebaik-baik manusia.

Belum sempat Julaibib menikmati hari-hari bahagia bersama, tiba seruan jihad dari Rasulullah kepada umat Islam, untuk bersama keluar berperang di jalan Allah. Julaibib meninggalkan tempoh bulan madunya, menyarungkan baju perang dan menyahut seruan baginda SAW.

Ditakdirkan Allah, umat Islam memenangi peperangan tersebut. Rasulullah SAW mengumpul tenteranya sebelum pulang dan dipastikan agar tidak ada yang tertinggal. Setelah semua sahabat dikumpulkan, baginda bersabda:
"Ada sesiapa lagi yang masih belum jumpa?"

Para sahabat menjawab: "Dah tiada wahai Rasulullah."

Nabi berkata:
"Tapi aku masih tidak jumpa di mana Julaibib. Tolong carikan beliau."

Maka sahabat kembali ke medan perang dan mencari di setiap sudut tanah, di manakah perginya Julaibib.

Akhirnya di kawasan tentera musuh, mereka menjumpai satu jasad menyerupai Julaibib. Terbujur kaku berlumuran darah di sisi tujuh bangkai musuh.

Para sahabat segera menyampaikan berita itu kepada Rasulullah. Rasulullah bergegas ke depan jenazah Julaibib lalu berkata:
"Tujuh orang ini telah dibunuh oleh Julaibib. Dan mereka juga membunuhnya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya."

Rasulullah memerintahkan para sahabat menggali kubur di kawasan itu. Baginda sendiri yang mendukung jasad Julaibib, menurunkannya ke kubur, membaringkannya di lahad, dan menimbus sang syahid itu dengan tanah.

Sungguhpun Julaibib baru sahaja merasai kehangatan cinta bersama isteri yang baru dikenali, semua itu tak menghalang dirinya dari melupakan tanggungjawab sebagai hamba Ilahi. Kasih Julaibib kepada makhluk tidak sekuat kasihnya kepada Allah dan Rasul. Kedua pemuda syurga dan gadis solehah itu wajib dijadikan contoh buat semua yang sedang kemaruk berkasih. Jangan tenggelam dalam lamunan cinta, sehingga terabai tanggungjawab untuk agama.

Usah sedih dengan nasib Julaibib. Beliau kini sedang bahagia bersama bidadari syurga. Sudah tentu isterinya sendiri menjadi ketua para bidadari. Mereka mungkin tak sempat menghabiskan bulan madu. Tetapi tuhan mengganjarkan pakej berbulan muda di syurga, selama-lamanya. Apakah ada yang lebih indah dari itu?

Usah risau dengan nasib balu Julaibib. Beliau telah menjadi buruan ribuan jejaka beriman. Doa Rasulullah terhadap wanita itu menjadikan dirinya amat berharga di mata setiap yang mencari keberkatan hidup.

Tapi risaulah dengan nasib kita. Apakah perhubungan kita diredhai Allah? Apakah ia direstui Rasulullah? Apakah bahagia ini akan kekal hingga ke syurga?

12 Ramadhan 1438
7 Jun 2017

_(Alang Ibn Shukrimun)_

#SiriSahabatdisisiRasulullah

Rabu, 31 Mei 2017

PraKTIKAL yang kritikal . (Sem7)

Alhamdulillah masa ni, kuat rasa dalam hati untuk menulis lagi. Maka hati berkeinginan dan jari jemarilah yang bertindak mengiyakan atau mendustakannya... dah lama sangat tak tulis dalam blog kesayangan nih. Acewah! kesayangan sangat kan. . ..

Bias hidup selama dalam sem tujuh ni sangat memberi makna yang terlalu besar buat diri.
Hanya yang mengalami mengetahui segalanya.
Apa yang nak dikongsikan di sini adalah :

(PERTAMA)
KeIkhlasan.
Ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Pada mulanya, aku akui ikhlas itu sukar dicapai...tp, bila aku tajdid semula niatku di sana maka tatkala itu aku temui penawar yang Wah! Hebatnya kuasa Ikhlas...!

(KEDUA)
KeSetiaan & KeCurangan dalam Persahabatan Ukhuwah 'fillah'.
Di sana aku tinggal dgn sahabatku Afifah dan Anis. Sahabat sekepala, sahabat seikatan Iman. Aku tak pernah tak sayang dua org hamba Allah ni. Melainkan....ahhh! Aku malas membuka cerita lama. Yang hanya akan membuatkan aku kesal atas tindakan ku. Aku diam seribu bahasa. Aku perhati satu per satu tingkah laku mereka. Aku kesal. Namun apa dayaku untuk menarik semula cerita yg telah berlaku. Duhai Anis dan Afifah, maafkan lah diriku ini sepanjang fatrah kita di sna. Sungguh aku syg kalian keranaNya.! Maafkan segalanya.

(KETIGA)
KeCurian, KeMalangan dan KeSakitan.
Di MMI juga ada berlaku kes kecurian yg aku pun tak sangka akan terjadi sedemikian.
Walaupun begitu, aku tetap bersangka baik atas apa yg telah berlaku.

Seterusnya peristiwa kemalangan yang tak dapat dilupakan sampai hari ini. Alkisahnya, haritu memang aku penat sikit. Lepas balik dari sekolah, mcm biasalah aku menunggang motosikal kesayanganku balik ke rumah sewa. Dalam beberapa meter saja nak belok ke simpang rumah tersebut, tayar motoku terseret dengan batu-batu kecil di hadapan simpang. Tanpa aku sedar, moto tak dapat dikawal dan aku rebah! bersama teman sepraktikalku di atas moto. Alhamdulillah, lepastu ada beberapa orang yang sudi membantu bawa moto ke tepi dan tumpangkan aku dan temanku itu ke klinik berdekatan, membawa masuk ke bilik kecemasan. Mulanya aku ingat sudah hilang kaki kiri ku itu, tapi dengan izinNya jua, lukanya kecil kerana terseret saja. Tapi, aku berjalan sudah tak seperti org biasa la waktu tu. Dapatlah mc seminggu ke beberapa hari. Sadis amat.! Cuma aku bersyukur Allah masih menyayangiku dan memberiku peluang berjalan dengan dua kaki ini. Alhamdulillah...

Antara peristiwa lain yang tak dapat dilupakan juga adalah...Gastrikkkk menyerang tubuhku. MashaaAllah! Sakitnya hanya Allah yang tahu. Pedih sgt perut ni dan tak dapat nak fokus buat kerja apa pun waktu tu, aku ingat lagi yang hanya dapat masuk dalam perutku waktu itu hanyalah bubur nasi dan air shj... Dan dari situ juga aku belajar untuk tidak lagi membiarkan perut ini kekosongan tanpa diisi kerana aku bakal menyakiti diri sendiri. Aku serik!.

(KEEMPAT)
KeMatangan.
Dalam mengawal emosi perlu ada kematangan dan di tempat yg betul. Aku juga perhatikan bagaimana kematangan seseorang itu dgn tutur katanya. Semanis apa pun seseorang itu, tutur katanya melambangkan dia. Andai hanya menyakitkan hati org, dia tetap tak matang dlm berbicara!

(KELIMA)
Catitanku...

"Harini dalam sejarah" 10 November 2016, Khamis, 8.30a.m


  • Ustazah Maleha - semalam dah berjanji untuk datang sekolah betul-betul pukul 8.30 pagi. Sampai sekolah pukul 8.45 pagi. Hanya Allah yang Tahu, diri ini ditutupi malu sampai ke hari ini.
  • Masuk dalam bilik Ustazah, Ustazah adakan sesi Refleksi dengan Syathirah dan Hanya Syathirah di situ. 
  • Banyak sangat input hasil pertemuan singkat itu sehinggakan tertunduk malu sesungguh-sungguhnya diri ini dengan sikap yang tidak baik sepanjang aku di sana. 
  • MAAHAD MAARIF AL_ISLAMIAH
  • Harini betul-betul aku rasakan bahawa MMI adalah sangat bermakna buatku.
  • Dari awal jejakku di sini aku dapati kecilnya Maahad ini tidak bermakna aku tidak akan 'belajar' apa-apa. TIDAK!
  • YA!!! Aku BANYAK SGT belajar dari MMI.
  • Ustazah Maleha Terbaik !
  • MMI Terbaik !
  • 5 bintang khusus buat MMI !
  • Kata Ustazah Maleha "Ini adalah kali yang pertama MMI menerima kehadiran guru praktikal ke sini. Menerusi itu, Ustazah meluahkan rasa kesalnya ke atas perkhidmatan professional kami di sini.
  • Secara peribadinya, memang maahad terpaksa menghadapi pelbagai ragam dan karenah pelajar, itu adalah biasa bagi semua guru hatta pengetua sendiri pun menghadapi perkara tersebut.
  1. Kecuaian kami menghantar RPH tatkala diminta oleh pengetua (Jumaat@Isnin)
  2. Silibus PSI - Kata Ustazah "Ustazah sanggup mengorbankan madah ini buat antuma jalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Tapi...Ustazah kecewa kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan.
  • Kemudian datang Ustazah Zaleha..(PK Kurikulum) yang telah cuba buat yang terbaik untuk membantu kami sepanjang praktikal. Tiada langsung rasa ingin memBULI sebagai ayat psikologi yang mereka berikan kepada kami . Tidak serupa langsung seperi kawan-kawan praktikal lain. Tiada satupun tugasan berat yang diberikan kepada kami. Tiada!.
  • Namun, apa yang amat mengecewakan adalah apabila tugasan-tugasan kecil yang diberikan jua bermasalah dan sambil lewa. Itukah tugas seorang guru yang professional ??!.
  • Cara mereka sudah profesional pd kita, tp bagaimana kita mendepaninya dgn profesional atau tidak...!
  • Aku bahagia dgn pertemuan singkat itu. Dan akhirnya aku memohon maaf pd ibu dan ayah yg sering dibicarakan sedangkan mereka org baik² saja.
Ustazah juga sempat bertanya tadi... "Adakah kamu ingin menjadi insan yang mendahului masa atau insan yang tepat masa ataukah yang terlajak masa ?". Fikirkan.

Ustazah Zaleha (Ummi) adalah seorang yang sangat menjaga MASA. Belajar dari Negara JEPUN sana. Jepun sangat tepati masanya...

"Ya Allah...tidak ada teguran yang lebih indah dari harini...."
"Sesungguh-sungguhnya aku benar-benar terharu dengan segala bait kata yang diungkapkan kepadaku".
"Beberapa das tembakan menusuk jantungku...pecah, dan mencantum kembali. Aku telah jatuh cinta..."

  • Konklusi yang dapatku nukilkan adalah, Ustazah Maleha mengajar semua guru-guru akan sebuah :
  • Keperihatinan terhadap pelajar dan guru
  • Tanggungjawab dalam bekerja
  • Amanah seorang guru dalam kerjayanya
  • Mendahului Masa
Kata Ustazah Zaleha (Ummi) lagi : "Kalau settel semua kerja mula dengan awal pagi, segalanya lancar bak mentari menyinari".

Rasa nak rakam semula apa yang dinukilkan dan dinasihati tadi. PENUH EMAS & PERMATA.

Akank kenang hingga ke akhir hayatku nanti. Terima kasih warga MMI terbaik !!!!

Menyesal tiada guna lagi. Maafkanku duhai MMI, jika hadirku hanya untuk membebankanmu. Aku tahu, aku berdosa, ampuni salah dan silapku semua...

 #Andai diberi peluang buat kali keduanya, Inginku ukirkan dengan sebuah nilaian perbuatan atas segala nasihat dan tunjuk ajarmu padaku.
#Tangisan hari ini akanku ingat sampai ke hari esok,
#Inginku lihat apakah MMI telah mencorakku menjadi guru yang dewasa kelak!
#Siapa aku bermula hari ini.
#Siapa aku Esok bermula dengan apa yang aku baca
#Siapa aku Esok bermula dengan apa yang kudengar hari ini.

Antara koleksi yg menjadi kenang-kenanganku sepanjang di MMI :










Benarlah, PENGALAMAN itu MEMATANGKAN
Terima Kasih Ustazah Maleha dan seisinya !
Ku mula menyayangimu segenap jiwaku !

N A S I H A T ustazah Jadi U B A T sepanjang Hayatku !
T E R I M A K A S I H M M I !

#Al-Fatihah buat arwah Ustazah Maleha.

Khamis, 12 Januari 2017

Rindu pada Tarbiyyah itu...

" Akhi, ana rindu kepada sosok al-akh itu. Dulu dialah yang tarik ana dalam tarbiyah ni. Tapi, sekarang dia pula menjauh. Hilang dari pandangan. "

Seorang al-akh meluahkan rasa rindunya kepada al-akh yang lain.

Tipu lah!. Siapa kata tak rindu sosok tubuh itu.

Antara perkara yang biasanya akan paling kita ingat ialah,
insan yang pertama-tama menjebakkan kita dalam tarbiyah ini.

Bila kita dah mula rasa manisnya tarbiyah,
mulalah kita buat 'trowbek'.

Pernah tak ada insan yang dulunya sangat bersemangat tarik anda dalam tarbiyah,
Akhirnya,
Dia pula yang hilang?.

Dia yang setup halaqoh anda,
dia yang melompat-lompat ajak anda ke daurah sejarah,
dia yang berapi-api bagi anda tazkirah.

Tsabat.

Anda perlu faham erti tsabat.

Kita tak tahu apa yang mungkin menimpa al-akh kita itu.

Doakan dia dalam doa-doa kita.

Tapi kita?.

Belajarlah untuk terus tsabat,
untuk terus ikhlas.

Ahad, 8 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Permulaan yg baik untuk insan yg baik.
Biiznillah. Dengan BISMILLAH ku melangkah...
Tahun baru, azam pon baru. Niat baru.
Tiada kata. Hanya ingin mencoret GOALS yg Bakal dilakukan pada tahun 2017 : 😊

Tahun Ni, FOKUS perlu lebih utk Fardhul Muslim.
Bergariskan 10 Muwassafat Tarbiyyah, perlulah difokuskan kepada...

🐝 MENJAGA MASA : Jadi insan yg senantiasa mendahului masa ! MMI terbaik !!!! 🌻
💪Esaimen AWAL !
💪OT ! On time ! :#no more Late&Last !
💪GOT "Grad On Time"
💪Janji mesti ditepati, sebelum berjanji,,,tengok kemampuan diri.

🐝 MAMPU BERDIKARI :
💪Sekurg²nya dpt buat perniagaan kcil²an
💪MATANG dlm bersuara dan tindakan.
💪Selesaikan MASALAH yg timbul dgn sesegera yg boleh.

🐝 LUAS PENGETAHUAN :
💪20 buah buku habis dibaca
💪Terutama Bab Politik Pas, Tarbiyyah
💪Fiqh dan Sirah
💪Dpt bertalaqqi di pondok sekurang²nya seminggu.

🐝 BERMANFAAT PD ORG LAIN :
💪Team PDI ameerah,Kedah
💪Bantu J dan Ahlinya
💪Ada masa Join program J

#Perkara wajib utk diri SETIAP JUMAAT
🚨TAHAJJUD 🚨DHUHA

Dan selebihnya percaya pd diri, InshaaAllah. Permudahkan Ya Allah. Semoga Allah jaga dia. Amiin.
Allah..Jadikan tahun ini tahun yg terbaik sepanjang di UPSI.

P/s 'tak fokus pd perkahwinan, ilmu tu dia mai sendiri dlm pembelajaran kehidupan. Allah atur, kita rancang. Moga DIA beri yg terbaik. Moga Allah redha. Moga Allah Jaga.'

Bicara soal Perkahwinan...

"Apa matlamat perkahwinan bagi awak?"

Bila soalan itu dilontarkan, dia terdiam.

Baru terfikir barangkali.

"Mahu ke syurga bersamanya kan?"

Dia angguk.

"Tapi bukan senang untuk melangkah berdua bersama-sama.

Sedangkan melangkah kaki sendirian ke masjid pun berat, inikan pula berdua jika yang tak pernah angkat kaki ke rumah Allah.

Sedangkan nak sujud dahi ke sejadah waktu qiam pun boleh bilang dengan jari sendirian di tengah malam, inikan pula nak gerak pasangan di sebelah yang tengah nyenyak dalam lena.

Sedangkan hati dan jiwa sering tidak sabar, mudah marah dan emosi bila dicuit ujian masa penat belajar, penat menunggu bas, penat buat kerja rumah, mudah merajuk dengan mak ayah.

Inikan pula nak sabar dengan pelbagai kerenah pasangan yang berbeza."

Saya beritahu begitu, riak wajahnya nampak tidak bersetuju.

"Tak mengapa, semuanya boleh berubah lepas kahwin. Dia didik saya, saya nasihati dia. Bukankah pernikahan itu saling melengkapi?"

"Ya, itu tak dinafikan. Suami sebagai pembimbing buat isterinya. Tapi cuba lihat si ayah, mudahkah didik anak perempuannya dari kecil untuk solat, tutup aurat, ikut syariat hingga dewasa?

Ia memerlukan masa kan?

Kalau ada yang berubah tiba-tiba 360 darjah dalam masa sebulan kahwin, saya tak rasa itu perubahan yang kekal lama.

Sekejap sahaja, nanti dia akan kembali pada perangai lama semula.

Masing-masing ada tabiat tersendiri, ia bukan mampu diubah dalam masa sehari. Sebulan belum tentu, Setahun pun tak dijamin. Bergantung pada proses didikan dan bimbingan.

Bukan mudah suami nak dengari nasihat isteri jika tidak pandai berhikmah kata, bukan mudah isteri nak ikut cakap suami jika tak kena dengan lagunya."

Dia diam lagi.

Saya biarkan dia berfikir, dan fikiran saya juga turut terbang hingga ke akhirat.

"Jadi, bagaimana nak sampai pada matlamat?"

"Jika benar-benar seorang muslim ingin bernikah kerana Allah, segalanya akan dilakukan selari dengan kehendak Allah.

Sedaya upaya lakukan yang terbaik kerana Allah. Buktikan dengan amal soleh di sisi-Nya.

Bukan dengan semakin tenggelam dengan hawa nafsu perasaan semata. Bukan dengan buat apa yang kita suka sahaja. Tapi apa yang Allah suka tak mahu ikut pula.

Jika kelak rumahtangga dibadai ujian hebat, iman tidak gentar bergolak.

Keduanya akan sama-sama kembali pada Allah, kerana asas permulaannya mereka mulakan dengan Allah.

Namun jika permulaan itu rapuh, maka tiang rumah juga mudah bergoyang bila ditiup dengan angin dugaan.

Esokkan bila bergaduh, jangan tanya 'Kenapa awak kahwini saya?

Jangan jawap 'Hanya sebab saya cintakan awak.'

Kerana cinta mudah musnah bila hilang rasa tenang, rasa bahagia.

Tapi jika kerana Allah saya menikah, maka cinta itu akan tetap utuh dan teguh bertahan kerana Allah. Cinta itu selari dengan tanggungjawab, tunaikan hak pada yang berhak."

Dia mulai mengerti.

"Awak cakap macam awak dah ada pengalaman je."

Saya tergelak kecil.

"Apakah perlu terjun dalam laut dulu baru tahu laut itu masin dan dalam?"

"Belajarlah dari pengalaman hidup orang. Tanyakan pada mereka tak perlu banyak-banyak soalan.

Hanya tanyakan apakah matlamat perkahwinan baginya? Dan apakah yang sedang dia siapkan untuk sampai pada matlamat itu?"

"Ketahuilah, di saat kita sedang teruja untuk bernikah, ada yang sedang retak menanti belah, sedang hebat dilanda cerai dan talak, sedang hebat bermandi air mata dengan sikap pasangan.

Tiada orang yang ingin duka, semua inginkan bahagia dalam rumahtangganya.

Namun jika tidak kena caranya seperti agama, meranalah jiwa sedangkan begitu indah Allah jadikan berpasangan dan pernikahan untuk cepat sampai pada syurga-Nya."

"Boleh bagi sifir mudah? Kesimpulan dari semua ini?"

"Taqarrublah pada Ilahi. Itu jalan bahagia hakiki. Bila kita dekat dengan Tuhan, tiadalah DIA biarkan urusan kita uruskan sendiri dengan ikut kata hati.

Akan nanti DIA atur satu-satu dengan penuh cermat dan teliti. Akan nanti kita akan berpaut kuat dengan DIA selalu berada di sisi."

"Syukran awak."

Saya senyum.

"Tenang-tenanglah dengan janji Ilahi.

*** ** ***
Membaca Tulisan : Al-Arifi

Bait Muslim K.ngah & Abg Ngah