BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Memaparkan catatan dengan label Muslimah... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muslimah... Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2016

Wahai Perempuan...Jangan Perasan !



Wahai perempuan,
Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa.
Sbb mmg naluri seorang lelaki bersikap baik pd perempuan. 

Apabila
Bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. 
Tak ada yg special. 

JANGAN PERASAN. 

Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan

salam, bkn bermakna dia tertarik tetapi dia sdg menjalankan
sunnah. 
Bila diantara kawan²mu hanya kamu yg disapa, 


JANGAN PERASAN
. 


Mungkin kebetulan cuma nama kamu yg dia ingat.
kebetulan. 

JANGAN PERASAN. 

Bila satu masa dia balas chat kamu dgn
emoticon senyum atau gembira, bkn bermakna dia ada perasaan
dgn kamu, mungkin emoticon tu skadar utk mencairkan suasana.
cukup itu saja. 

JANGAN PERASAN.
Kdg rasa kecewa tu dtgnya drpd kita
sndri sbb kita slalu keliru dlm mentafsir sikap lelaki. 
Mmg lumrah
seorang perempuan mudah terbuai oleh prasaan. 

Oleh itu wahai 
lelaki, 

bila ada perempuan yg sdg bersedih, jgn kamu dtg utk
menghiburkannya. 

JANGAN BIARKAN DIA PERASAN. 

Tak perlu tawarkan
bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri
atau bila kwnnya bole membantu. 

JGN BIARKAN DIA PERASAN. 


Jangan bergurau dgnnya ttg soal hati, bergurau ttg perasaan dgn seorang
perempuan bknlah sesuatu yg lucu. 

JGN BIARKAN DIA PERASAN.

Jaga
kehormatan seorang perempuan dgn tidak bersikap manis pd
mereka kerana bnyk perkara yg tidak disngajakan bole mnyebabkan
mereka 
PERASAN...

so perempuan . JANGAN PERASAN k!.
😏


Selasa, 20 Januari 2015

Pesanan buat diri...

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Rabu, 9 Julai 2014

Tarbiyah, Tarbiyah,Tarbiyah.... sampai jadi Murabbiah !

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah."
(Almarhum Sheikh Mustafa Masyur)

"Tarbiyah itu melahirkan pemimpin, dakwah itu merubah masyarakat."
(Almarhum Ustaz Dahlan bin Mohd Zain)

Isnin, 28 Januari 2013

Warkah Cinta



Hari tu ana terbaca suatu warkah ni. Ternyata ia di tujukan untuk ana. Tak sangka la pulak ada yang sudi memberi warkah ini. Kebetulan waktu itu ana baru ja lihat drama 'warkah cinta' antara wardah dan amir mukhlis. Terpegun dengan sifat Amir Mukhlis yang begitu menjaga hatinya tambahan seorang hafiz pula tu. Terpikat pun ada dengan perwatakannya. Tapi.. persoalannya di sini, masih adakah seseorang seperti watak amir mukhlis itu?.. biarlah waktu menentukan segalanya. Moga dirimu tersimpan untukku... Terima kasih atas warkah yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap diriku. Aku mendoakan dirimu dari jauh walau siapapun dirimu...

Bermula penulisan ini...


Jumaat, 25 Januari 2013

Panggilan keduaku ke Kelantan


::Muzayyanah DhiyauL Islam (yang Dihiasi Sinaran Islam):: 
♥ Pengalaman indah bersama tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila! teringat kata seorang sahabat "menerima sesuatu kekurangan itu sebagai suatu kesempurnaan..Itulah kesempurnaan yg sebenar.."

Ahad, 25 Disember 2011

Bukan aku...

Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya tahta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fathimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..

Rabu, 28 April 2010

DI manakah cantiknya seorang wanita??


Wanita...
Mungkinkah cantiknya pada sepasang matanya yg jelitanya menggoda,
Atau...
Mungkinkah pada bibirnya yg sering menguntumkan senyuman manis,
Atau...
Mungkinkah pada suaranya yg lembut bernada,
Atau...
Mungkinkah pada gerak-gerinya yg bijak menarik perhatian,
Atau...
Mungkinkah pada pakaiannya yg cantik bergaya,
Atau...
Mungkinkah pada hatinya yg sentiasa luhur dan ikhlas, yang sentiasa rindu pada tuhannya, yang sentiasa baik akhlaknya....
YA! Kini, ku temui jawapannya!!!
Indahnya serta cantiknya seorang wanita bukanlah hanya pada luaran, tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya...Ingatlah akhawat sekalian, kecantikan seorang perempuan bermula dari hatinya, Yang bersih dan suci...
BENTUKLAH DIRIMU WAHAI BUNGA-BUNGA ISLAM DENGAN KELOPAK KEIMANAN DAN KETAQWAAN, HIASILAH KEMBANG MEKARMU DENGAN SIFAT MAHMUDAH UNTUK MELETAKKAN DIRIMU SEBAGAI PUTERI SOLEHAH...
"Malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri & nama,
Tiada siapa yg akan boleh merampasnya melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri...,
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobahkan dan jua dari dibinasaknnya.,
Wahai putriku sayang,..Kau bungan terpelihara...Mahligai syurga itulah...Tempatnya...~"