Puasa bukan sekadar lapar dan dahaga!
-
Dr Mohd Khafidz Soroni Bulan yang penuh barakah tiba lagi. Mudah-mudahan
Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik untuk kita berbanding
Ramadan seb...
Khamis, 28 Januari 2010
Home »
Hanya sekadar peringatan...
» INSAN...
INSAN...
Berhenti merendahkan orang lain!
Berhenti meremehkan ahli maksiat!
Kerana ini tidak akan merubah apa-apa selain menimbulkan rasa sombong kerana merasa diri lebih baik, sedangkan kita tidak tahu darjat seseorang itu disisi Allah.
Maksiat dosa yang menimbulkn rasa rendah diri dan memohon rahmat Allah lebih baik dari perbuatan ta’at yang membangkitkan rasa sombong ujub dan besar diri.
Abu Madian r.a berkata:
“Perasaan rendah diri bagi seorang yang telah berbuat maksiat dan dosa itu lebih baik dari kesombongan seorang yang taat”
Walaubagaimanapn ini tidak bererti menanggap remeh pada dosa tetapi apalah ertinya kita taat yang membuatkan kita melakukan dosa besar iaitu sombong.
Oleh itu kekurangan orang lain bukanlah untuk kita menjadi sombong tetapi jadikan ia sebagai amal untuk kita tolong orang supaya mengetahui dan memperbaiki kekurangannya
Sungguh mulia seorang yang rendah hati dihadapan orang dan merasakan semakin rendah diri dihadapan Allah. InsyaAllah....
0 comments:
Catat Ulasan