Selasa, 29 Mac 2011

Kasih Sayang ALLAH S.W.T



“..bila bersandar pada makhlukNya,tika terpisah,rasa kehilangan,tika terasing rasa ditinggalkan,jiwa menderita gelisah sentiasa.Biar bersandar hanya pada Tuhan,merasai cukup hanya denganNya,Allah sentiasa dalam jiwa.Biar terlihat tidak punya apa-apa,tetapi hati kaya dgn rasa kasih, dan cinta Ilahi,menjadi cahaya penyejuk jiwa…”




Kita selalu beranggapan kasih sayang antara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain, tetapi masih tidak dapat menandingi kasih sayang Allah S.W.T kepada hambaNya. Hakikat sebenarnya, Allah S.W.T sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh: "Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat, Allah sayangkan kita.. Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita.. Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan, janganlah hampa.. Ini bukan kerana Allah bencikan kita tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."


Ingatlah saudara saudari semuslim yang disayangi,


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Q.S. 51:56)


Allah S.W.T tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah S.W.T mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah S.W.T kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah S.W.T kepada kita? Beribadah dengan seikhlas hati bukan kerana takutkan nerakaNya atau mahukan syurgaNya.


Tapi atas dasar cinta.


InsyaAllah, di akhirat nanti kita akan dapat menatap wajah Allah. Di mana ianya merupakan nikmat yang terbesar dan puncak kenikmatan syurga. Tetapi kerana Allah juga sangat mencintai kita, maka Allah pun menghendaki agar kita siap menatapNya iaitu dengan menciptakan makhluk yang namanya Neraka untuk membersihkan limbah-limbah diri kita yang menghalangi kita menatapNya. CintaNya mendahului amarahNya.


Maka, sudah siapkah kita untuk menatapNya?


Bagaimana untuk siap menatapNya jika kita sendiri tidak pasti sejauh mana kita kenal Allah?


Akhir kata, Masihkah kita enggan menghadapNya ? Masihkah kita menghadapNya dengan takut ? Bukankah Allah lebih layak untuk dicintai daripada ditakuti ?


I Love U Allah, saya sayang Allah sangat-sangat, saya rindu Allah sangat. Rajin-rajinlah mengucapkan kata cinta ini..Bukankah kata-kata kita itu satu doa?


Berusahalah untuk mencapai rasa cinta terhadap Allah…InsyaAllah, Allah mengetahui usaha kita..~


0 comments: