Jumaat, 22 Januari 2016

Kaki ini terus melangkah...Muhasabah sem.4

Semakin meningkat dewasa, Semakin bermasalah... hmmm. hampir mengeluh putus asa.. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, 2 tahun sudah di bumi pendidik ini.
Masa pantas berlalu pergi...memberikan cebisan kenangan yang penuh makna. Semester satu sudah jauh bercerai di belakang masa lalu, InshaaAllah, semester lima bakal melamarku pada September akan datang.
Apabila ana mula menulis setelah berakhirnya semester, tahulah bahawa ia adalah untuk memuhasabah kembali keadaan yg telah brlaku sepanjang
semester ini. Buat apa klu banyak kali menulis bagi ''MUHASABAH'' andai diri tetap diTAKUK yg LAMA?. Buang masa ja! Audit diri itu WAJIB setiap hari. Kitakan Umat Islam. Slogannya Mudah! "Jadikan hari ini LEBIH BAIK dari semalam. Pertamanya, Alhamdulillah. Tahniah diri! sebab dapat mengharungi semester ini. Kalau ada 5 bintang, semester ini...dia bagi 1 bintang saja pada diri. SEDIH SGT. Itu yg termampu untuk diluahkan. Mungkin muhasabah semester lepas hanya menjadi frame yg tergantung dalam dinding fikiran. Hanya menjadi hiasan sebagai penyeri ruangan yang bersarang....


AKADEMIK

Kelaut. Setiap kali kelas berlangsung, org dah tahu dia akan masuk setelah kuliah bermula. Masih terngiang lagi dalam Kelas ustz. Zarima. Apa yang paling sedih sekali, ustzh merupakan 'mak' dia, tp..dialh anak yg paling teruk. Ustazah...maaf sangat. Pernah dia ditengking dlm kuliah sbb kehadiran, sbb tugasan forum dlm myguru. Sentap sgt time kena marah dengan ustazah kesayangan dia. Ustazah marah sebab ustazah sayang pada anak didiknya...bukan BENCI terus, seperti halnya ibubapa terhadap anak mereka. Malu pada pensyarah-pensyarah.
Dimana nama pelajar bermasalah yg tersenarai adalah juga nama diri dia. Sungguh, tak sangka dengan apa yang dah tertulis. 'AKU'???. Wah, Femes kerana kesalahan. Betapa TERUKnya dia. Kalaulah ummi abahnya tahu, tentu mereka sedih dengan dirinya. Tak sanggup rasanya buat mereka begitu. Mahasiswi yang sangat bermasalah. bukan setakat mahasiswi, ttp jgk ahli yg brmslah..... Adalah seperti biasa apabila tamatnya semester, akan keluar result exam. Jatuh. dia jatuh lagi kali ini. Pipinya basah lagi. Tak sanggup bagitau ummi abah. Sudah tentu mereka sedih. Sedih sangat....Tapi, dah memang dia yang buat agar resultnya banyak tu ja dapat, jadi...tak dak apa yg dia nak kata,

Lemahnya....

TAKLIFAN

Bermula dengan segala perkara yang terpenting antara yang lain, portfolio sebagai timb.Helwi sem ini tak bergerak langsung. sebagai s/u pulak tak memainkan peranan dengan baik. Kedua-dua s.u ljnh dan batch. Sudahnya pulak sbgai penolong batch...sehinggakan berlaku pergaduhan antara mereka. Dia tak dapat counter langsung.

Masalah batch yang sudah bersarang banyaknya....Ya, kawan batch tengok terlalu banyak masalah dan kekurangan yg ada pada dirinya. Mereka mempersoalkanya. Yang paling dia terkilan adalah, saat dan waktu mereka berusrah bersama senior sem8, namanya disebut dan dipersoalkan mengapa dia ini ada banyak taklifan, padahal....'jalannya' tak. 'Tak reti nak jaga MASA'. ini salah. itu salah. dan sebagainya. Dia taknak jadi asbab diorg tak join usrah sbb tengok org yg mcm dia... Innalillah....dia buat mcm tiada apa yg berlaku.

Ae.Em.Ci. Dia dah banyak conteng arang pada organisasi tu. Dia rasa teruk sangat.... Dia malas nak buat kerja. Sekalipun dia dapat taklifan, dia tak dapat buat dengan baik atau sehabis baik pun. Dia sangat lemah bab organisasi. Kafim berlangsung dgn sgt baik-medan dakwah yg mantap. Time tu dia belajar utk berorganisasi dan mengarah dengan baik. Tp, ada satu program amc yg mana diberi taklifan sbgai ajk trtinggi, tp dia xdpt laksanakan.





Dia nangis sbb pihak tertinggi universiti lambat meluluskan kertas kerja dan banyak pulak prosedur yang pihak mereka inginkan. Dia tak kuat untuk berhadapan semua tu, lastly, program tetap berjalan..tp tidak bagi bahagian dia. Sedih... sangat sedih. Bukan setakat itu sahaja.....Sejak telah digelar UP dlu, dia dah mula 'lari'. 'Lari' untuk berhadapan dengan mad'u. Sungguh dia rasa dirinya tak mampu.

Bukan nak koreksi diri, tapi...nak tanam, bukan setakat tanam, aku nak timbus terus apa yang ada dlm dirinya supaya org tak kenal dia. Dia nak hidup sendiri. Taknak jumpa org ramai lagi. Dia nak org tak kenal dirinya... Dia tak layak utk berada di tempat setinggi tu. Antara pengalaman yang tidak dapat dia lupa adalah dia tercabar sgt dengan satu taklifan program yg diberi. Dahsyat xdahsyat...dia counter semua ajk. dialah ajk yg tertinggi sehinggalah yg terendah. Sampai saat dia rasa meluat dengan 'taklifan'. Kenapa buat dia macam tu?. Dia benci pada yang memilih dirinya. Satu hari...dia masuk rumah tiada siapa di dalam rumah tatkala itu, pintu dikunci. Dalam keadaan gelap gelumat, dia menangis sendirian dan menjerit sekuat hatinya. Dia bercakap sendiri, kenapa dia dapat semua ni..... Dia tak pernah mintak pun untuk jadi seperti ini. Tangisan dan keluh kesah itu akhirnya berakhir setelah tamatnya program. Sepanjang program tarbiyah itu, dia rasa 'sesuatu'. Dia cuba untuk 'menerima' apa yang bakal berlaku. Semua pengisian di dalam program tersebut berjalan dengan sangat baik. Dia gembira dan senang hati. Allah bantu sebab ia program tarbiyyah. Pada mulanya dia marah, tp di akhirnya...dia memohon maaf kepada yang telah memilih dia sbgai ajk tersebut. Dia rasa bersalah kerana memikirkan hakikat pemilihan itu semuanya datang dari Yang Maha Esa. Semoga Perkara tersebut tidak berulang lagi....


Sesuatu yg mengajarnya erti tabah adalah saat berusrah bersama mad'u. Targetnya tidak tersasar bila dia ingin benar-benar melihat mad'unya ke lnch. Hampir setiap hari pertemua diatur. Kadang-kala ia berakhir sehingga ke malam kemuncak, sehinggalah atas dari 12am. Dia tetap konsisten. Mad'unya yg sudah faham itu tak mungkin dia lepaskan. Benar dan Hanya Allah Yang Tahu saat mad'unya dapat ke lnch. Air mata kesyukuran mengalir. Tp, selepas itu pula ada dnnr.dnnr ini dia tidak sempat mengejar dek kerana tugasan esainment yang banyak bertimbun yg telah dia kumpulkan.....Apabila masuk ke dlm msyuarat bersama nuqoba' yg lain, Allah. kerdilnya diri. Dahsyat pengorbanan nuqoba' yg lain atas diri mad'u masing-masing. Mereka benar2 mengenali antara satu sama lain. Sedih pulak bila melihat seorg nqbh yg menangis krn mad'unya tidak lepas utk ke sna. Dan....dia pulak, hanya mendengar dan memerhati. Allah ingin mengajarnya sesuatu. Sungguh! rasa dirinya tak mampu berdiri lagi.

Sampai satu tahap, Allah memberi 'cuti' pada dirinya, setelah asyik dia yang mendapat tugasan. Last sem ni, banyak tugasan yang memerlukan tenaga tp dia tak tawarkan dirinya. Dia rasa lemah..lemah lagi utk bangun memegang taklifan itu dan ini. Sungguh! dia rasa dirinya tidak layak.

Lemahnya dia...

SAHABAT....

Bermula dari perhubungan yang akrab sebagai seorang sahabat. Dia bertuah sebab dapat berada dalam kalangan ahli. Bersahabat dengan mereka membuatkan dia suka untuk terus berjuang. Tp, dia bukan sahabat yang baik buat diorang. Dah banyak kali...sahabat2 selalu berpesan dan banyak berpesan agar dia berubah. JAGA MASA. Dia selalu buat mereka BENCI pada dia sebab masa. Seorang sahabat pernah lari darinya... sebab tak jaga masa. Maaf sahabat. Itu Kekurangan bagi dirinya. Dia cuba untuk berubah. Dia cuba--


Sungguh, dia sangat lemah....









KEDIAMAN

Terima kasih kolej ungku omar yang menjadi tempat berteduh hati sepanjang Sem 1 sehinggalah Sem 4 ini. Berbagai ragam manusia dia temui di sini. Siapapun mereka, pasti akan tetap berada dalam gambaran akal tanda mereka telahpun bertemu. Pernah berkhidmat pada hari terbuka -KITA KUO- sbgai skuad persiapan tempat, tp dia tetap fail bab pengurusan masa. Dia
selalu turun lewat. Lewat. Lewat. Lewat. Lagi, Lagi dan Lagi...




Dalam rumah, dia digelar 'bibik' hehe. Kalau bab bangun pagi tu, dialah yg selalu lewat. sebabnya, dia...hmm. hmm. dia sangat, sangat dan sangatlah lemah....dia Senang dan seronok berada di sisi ahli rumah tersebut.



Terutama kak ummi yg banyak nasihat dirinya.
"Malikatul Qalbie" akan terus terpahat di hati...
azZahra bakal mewarisi tahta beta di sini--

Demi Allah! dia tidak layak berada di Zahra dengan keadaannya yang seperti itu. Banyak sgt FITNAH yang dia telah buat. Dia sangat lemah dan lelah dengan semua yang telah dia tempuhi....



HATI

Bermula dari Raja dalam diri. Sem ini terlalu banyak masalah yang berlaku akibat penjagaan yang kurang dari segi rohani. Mutabaah Amal cuba untuk selesaikan, namun hasilnya kelaut jugak. Tapi...tergedik. Nak jugak bagitau pada si dia yg dia dah jatuh hati. Padahal, amal fardhi masih a littel bit 'secoet'. Sungguh, dia menyesal sgt bagitau si dia. Fedup dengan dirinya sampai malas nak ambik port pasal masalah ni. Tapi...respon si dia, POSITIF gila!. Wah! si dia yg excited lebih dari dirinya. Maaf wahai insan yg telah dia luahkan perasaannya. Maaf sangat kerana dia tidak bersabar dengan perkara tersebut. Dia menyesal. Tapi, dia tak sanggup buat diri si dia rasa 'down' dan 'xyakin' dgn perasaannya. Sungguh, ianya lillah. Semoga Allah beri keyakinan pada diri si dia. Maafkanlah dia... Dia banyak menyusahkan si dia. Dia banyak mengganggu hidup si dia. Sebab dia kagum pada si dia. Sudahnya, dialah yang teruk sangat. Dia inginkan kebahagiaan itu.

Tapi, dia lemah......

Antara Iman dan Nafsu. Dia bertarung jua. Kesudahannya?. Bagaimanakah.....?

REFLEKSI
Dengan Nama Allah... Semester inilah yang PALING BERAT dan BESAR cabarannya. Satu-demi-satu ujian ditempuhi. Ujian demi ujian dilalui. Setiap hari dan setiap ketika datang sahaja ujian Allah pada dirinya. Selepas satu-satu-selepas satu-satu. Mungkin itu suatu petanda yang baik bagi dirinya. Dirinya sedang berperang dengan nafsunya tatkala ini. Berperang agar Imannya menguasai dan mengalahkan nafsu. Segalanya dilihat indah pada awalnya, tp hanya yang telah lalui dapat merasai segala-galanya kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Tiada manusia yang tiada masalah di atas muka bumi ini. Setiap insan itu ada masalah mereka dan apa yang penting adalah CARA bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bukan hanya mengutip masalah tp xtahu solusinya bagaimana.
Bila FEMES yang kau kejar apabila menapaki jalan ni, KELUARLAH kau darinya! Ia tidak memerlukan org yang hanya inginkan NAMA dan PANGKAT! Jalan ini bukan untuk manusia yang TAMAK! Berhenti mengejar perkara tersebut....
Kembali kepada fitrah diri. Lakukan segalanya LILLAH. BILLAH. TALLAH. Jalan ini untuk insan yang tawadduQ, di dalam diri mereka sentiasa ada sifat INFIRU! kerana mereka faham dan yakin bahawa mereka adalah ANSORULLAH.
Ubah attitude dan pemikiran nescaya ubah segalanya.
Tak percaya?. Acu cuba try test sem depan.

#Wahai si pembaca yang sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah, Mohon doakan dia agar dia tetap istiqamah menapaki jalan ini dan lahir sifat INFIRU di dalam dirinya....sepertimana yg tlh dia perkatakan sewaktu diTB#

Idaman. Kau perlu berubah !


BISMILLAH. lillah.billah.tallah!  

Sollu 'alanNabiy! ;-)
nama pena NURULNUR @ INAS INFIRU!

0 comments: