Dalam Islam, kekecewaan adalah perasaan manusiawi yang dapat dihadapi dengan berbagai cara. Penting untuk tidak larut dalam kekecewaan dan mencari hikmah di balik pengalaman tersebut. Sikap terbaik adalah menerima, mengambil pelajaran, dan berserah diri kepada Allah.
Meniti di fikiran lagu yang bertebaran di alam maya,"Tahun ini tahun akhir,, tahun akhirku menangis,,
ku berdamai dgn takdir, Tahun ini Tahun akhir..." -Berdamai dgn Takdir.Betapa aku cuba sedaya upaya untuk bangkit semula melawan perit yang dirasa.
Masih menapak di SeTia bersama segunung bebabanan tanggungjawab yang masih digalas cuma beza kali ini terasa sepi dan sendu malah di tambah dgn rasa marah dan benci bercampur baur perasaan dalam sekeping hati yang dahulunya terasa segalanya nikmat dan indah kini bertukar wajah. Kalau ia dapat digambarkan dengan warna boleh dikatakan dari warna warni itu semuanya kini menjadi hitam kelam tiada putih yang tersisa.
Ya, aku sedang kecewa berbaur amarah.
Tapi aku tidak membiarkan ia berlarutan sahaja tanpa ada perbincangan dari yang memutuskan keputusan, pihak kaunselor sekolah dan juga yang seangkatan dengannya. Rata-rata bawahan melahirkan kata yang sama mungkin hati kita serupa. Sekejam ini kami terkena dan aku tidak akan pernah rela. Hanya menitipkan bingkisan kata yang mungkin madahnya tidak sehebat dendam amarah di dalam dada, asalkan ia terhias di blog yang usang tidak diisi sudah lama.
Apa yang ingin dikongsi adalah, sampai ke tahap ini telah aku berjaya melihat satu demi satu pengorbanan serta kejayaan yang dirasakan pada peribadiku tidak mampu lagi begitu (i need rest). Di tangga ini telah kudaki, setinggi ini juga aku telah memandang tanpa mendongak meninggi diri. Aku bersyukur tidak sombong dan angkuh dgn kudrat dan keistimewaan yang telah aku miliki kerana hakikat semua kenikmatan sementara itu hak milik DIA yang Maha Esa. Kejayaan kita ke tahap yang tinggi itu tidak semuanya suka, semestinya disebalik kejayaan ada duka yang telah kita belajar sepanjang pelayaran ke tahap yang tinggi itu.
Sebelum kekecewaan ini datang menyinggah segelap ini dalam kisah hidupku, aku telahpun didendangkan dengan kisah seseorang yang terlalu hebat dalam IT sekolah. Bermula di zaman pkp dia berdiri seorang diri belajar itu dan ini sehingga dia sendiri menceritakan kepadaku bagaimana dia mengalami 'burnout' atau depression akibat daripada itu. Hari demi hari berlalu, pentadbir dengan sengaja mengeluarkan namanya dari team IT tanpa sedikitpun perbincangan dgnnya. Kekecewaan yang dia rasa juga membuatkan aku rasa bersalah walaupun bukan aku yang menukarkan dia (k.jaja). Rasa salah lagi tinggi apabila mereka meletakkan namaku sebagai penolong setiausaha unit IT demikian dgn cg.haris (s/u). Begitulah, aku belajar dari situ satu demi satu. Aku tidak dipaksa juga, aku terima dgn rela dgn hati terbuka untuk
belajar benda baru.
Tahun 2022.
Itu kekejaman yang pertama aku belajar tp bukan aku yg kena.
Susahnya nak comunicate masatu hanya Allah yg tahu.
Nangis, jumpa kaunselor, k.sal tanya itu ini begitu begini ibarat seorang 'penyelamat'.
Tambahan : Aku merupakan seorang ibu dengan anak kecil yang masih bertatih dan perlukan dakapan, juga perhatian penuh kasih sayang dari seorang ibu, anakku Amin & Aman masing2 berumur 2 tahun dan 1tahun.
(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI ADALAH TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )
Setahun berlalu, 2023. Aku masih dalam tanggungjawab yang sama. SU time tu dah bertukar kpd k.Fazie. Bagusnya sy punya su ni sbb thinkthanker terbesar dlm unit, dia bahagikan tugas mengikut yg sepatutnya dan meletakkan tugas2 tersebut kpd yg sepatutnya. Tatkala itu bebadan terasa seperti dilepaskan sedikit demi sedikit.
Tambahan : Aku pregnant dan mendapat anak ke-3.
(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI ADALAH TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )
2024. Juga kekal dengan tanggungjawab yang sama.
Tambahan : Aku seorang ibu kepada anak kecil yang masih bayi tatkala itu bersama 2org abangnya.
(KENAPA SEBUT PASAL ANAK? KERANA KERJA INI BUKAN SETAKAT BERGERAK DI SEKOLAH SAHAJA BAHKAN JUGA AKAN MEMBAWA KITA SEHINGGA KE RUANG RUMAH. JIKA DALAM TEAM INI, RUMAH BUKAN TEMPAT BEREHAT, TETAPI ADALAH TEMPAT BEKERJA KEDUA SELEPAS SEKOLAH. THIS IS THE TRUE COLOUR!!!! )
Biar aku kongsikan antara kejaayaan peribadiku tahun 2024. (Tidak termasuk tugasan yang sgt prioriti)
Aku siapkan 102 Slide penerima anugerah Majlis Apresiasi Kokurikulum & Hal Ehwal Murid 2023.
- Time ni laptop aku dah nazak sgt, huruf2 pun dah nak tercabut dan aku hanya letakkan salotip pd laptop tu. Kerja? Tetaplah berjalan.
- Diorg letak aku & k.jah sahaja untuk settelkan 102 slide ini. Kau rasa?. Ya! Mmg aku sendiri yang siapkan semuanya, k.jah ada juga buat tetapi limit timescreen dan kemahiran yg kurang, aku terpaksa topup.
- Pukul 2, 3 pagi aku masih siapkan di rumah. Org lain kerja hanya di sekolah kan? Kerja ku dibawa SAMBUNG SEHINGGA ke dalam rumah.
*Anugerah aku terima masa ni TIGA anugerah buku blak terbaik (PPIM), Kelas Terbersih, GP Aktif Persatuan (PAI)
BUKU PROGRAM 2024 :
(AJK) PEMACU SETIA - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
(Banyak kertas membazir waktu ini sebab asyik tukar-tukar maklumat last minit)
BUKU MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (SPM'23)
- Buku & Gambar backdrop fotografer
- Tambahan maklumat last2 minit is a must kat sini!
BUKU KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN 2024
(Print sendiri je yang ini, letak reben biru kecil comei tu)
BROSUR PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
- Solat Hajat & Bacaan Yaasin 2024
- Majlis Iftar Jamaie & Solat Tarawih
POSTER & BANNER 2024 :
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2024
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024 - Arahan k.Sal
PENGESAHAN PENEMPATAN MURID T.1
PERATURAN BERPAKAIAN SESI 2024/2025 - Arahan k.Sal
RAMADHAN 2024
IFTAR JAMAIE 2024
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN 2024
DAN BANYAK LAGI BANNER/POSTER YG DIARAHKAN !!!
BELUM TERMASUK KERJA DIGITAL YANG LAIN
GCR ERPH PENTADBIR, GCR GEGURU, MOE, PKL, PKLD, BAUCER BUKU 100% STUDENT.
MONTAJ 2024 :
MONTAJ PERPISAHAN PN. SHIRIN
MONTAJ PERPISAHAN PK PTG (PN.AZLINA) - Time ni aku buat biasa2 saja sbb dendam dgn kemenangan Kemerdekaan Kelas yang Buyers Tak Hape-hape. Kelas aku penuh dgn sudut merdeka, starting dari pintu masuk sampailah sudut merdeka belakang tu, bukan dia tengok pun! . Kitorang kalah dgn kelas yg kosong tp ada bangunan tinggi itu yg diagungkan!
- Dari sini kekecewaan pertama mula mengetuk AKU!
MONTAJ PERPISAHAN PK PTG EN. SULL HAZRY
MONTAJ IHYA' RAMADHAN ,
MONTAJ PENUTUP IHYA' RAMADHAN,
MONTAJ IFTAR JAMAIE,
MONTAJ ISRA' MIKRAJ,
MONTAJ MAAL HIJRAH,
MONTAJ MAULIDURRASUL,
DAN BANYAK LAGI LAH KLU NAK SEBUT!
HANTAR STUDENT/PENCAPAIAN 2024 :
Tilawah ADNI (Safiyyah Mubarakah) Tempat KEDUA (ZON) KETIGA (DAERAH)
PPIM - Menguruskan wakil ke Perkhemahan Negeri
- Menguruskan wakil 12 puteri utk Jobweek fasa 1 & fasa 2 Negeri
- Hari Puteri bawa 2org Puteri ke SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan
- Kawad Kaki sekolah (Tempat ke-3)
SUKAN GURU-GURU AGAMA NEGERI SELANGOR
(JOHAN BERKUMPULAN - PING PONG)
KELAS TERBERSIH 4X
KELAS MERDEKA TEMPAT-2
Kelas aku penuh dgn sudut merdeka, starting dari pintu masuk sampailah sudut merdeka belakang tu, bukan dia tengok pun! . Kitorang kalah dgn kelas yg kosong tp ada bangunan tinggi itu yg diagungkan!
- Dari sini kekecewaan pertama mula mengetuk AKU!
BELUM AKU SENARAIKAN BADAN IHSAN SEKOLAH YANG AKU PEGANG LAGI! PENUH PENTADBIR DALAM TU. MENGURUSKAN DUIT BAYARAN PENTADBIR DAN STAF SERTA GURU-GURU!!!
17 JULAI 2024 : LAPTOP AKU ROSAK TERUK. Suami hadiahkan laptop baru.
*Syukur Ya Allah aku diangerahkan dgn seorang suami yang sangat memahami kehidupan kerja seorang isteri yang bukan sahaja bekerja di sekolah tetapi kerja buat tersebut berlaku juga di rumah ibarat kerja non-stop. suami tempat aku luahkan segala isi hati. dia memahamiku semuanya. Adanya suami ini ibarat aku masih sangat bahagia.
Dan tahun ini 2025. Tahun keempat dalam team masih yang sama.
AKU BURNOUT!!!
AKU STRESS!!!
Last tugasan yang aku sedar semua ini hanya ibarat aku 'dibuli' semata-mata adalah selepas aku dapat task :
MONTAJ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2024
- Haritu berlangsung hari Sabtu, terduduk aku, sebelum hari kejadian Jumaat tu balik sekolah aku menangis... "suami cakap cukuplah apa yang dah diberi untuk sekolah. Stop!"
- Sabtu, aku duduk di meja makan ada Atikah Rohim, k.Nadiah Noor, k.Siti Zubaidah. Luahan perasaan bermula dari situ, k.Siti yang buka hati dan fikiran aku untuk aku jadi yang biasa sahaja tak perlu jadi yang istimewa, kita ada keluarga yang perlu dijaga. Tanpa kita pun sekolah tetap akan berjalan maju macam biasa.
Sungguh aku berterima kasih kepada 2 susuk tubuh ini, K.Siti & K.Fazie.
Ya! dibelakangku masih ada kawan2 yang melihat kerja kita, yang adore dgn apa yg kita buat, Jangan mengalah, terus melangkah!
Tahun Gelap Tahun ke-6 dalam Perkhidmatan (noktah) #Aku Tidak Mahu Lupa Kisah Gelap Ini !
TAHNIAH! TAKZIAH! AKU TELAH TERKENA.
SESI PETANG YANG MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DG41/DG9 BAGI TAHUN 2024 BUKAN AKU!!!!!
Kerana kehadiran, kehadiran dan terus kehadiran! Mulut celaka mereka membutakan mata mereka melihat apa yang telah aku beri kepada sekolah.
Cukuplah ia memberi pengajaran yang sangat besar dalam perkhidmatan ini. Sesakit ini Pentadbir SeTia yang baru-baru belaka telah membuatkan hariku ibarat kosong apabila kaki menapak di situ.
Semoga SeTia takkan nampak lagi aku, aku ingin HILANG dari SeTia.
Doaku "Ya Allah, Pindahkan aku segera ke sekolah yang dapat menerima aku dan ahli sekolah yang tidak bersikap kejam dan zalim seperti ini lagi! Jauhkan aku dari tempat2 yang menzalimi diriku. Ameen Ya Rabbal 'Alamiin.