Rabu, 10 Mac 2010

JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN KESANNYA PADA PERIBADI SESEORANG....

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut:

Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlakupada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkansifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,sum'ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, makaakan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkanrasa sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, minta dipuji,meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika sifat ketuhanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlahpada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal'iya–zubillah.
Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada hamba-hamba- Nya.Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik lahirlah pada diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbangrasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.

Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawake mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorangitu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dariseseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalamkekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh AllahTaala.Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah diatakut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadiorang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadiorang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji.Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah,jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, merekatetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalamarus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkanatau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

PERINGATAN:Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayatimaka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasabertuhan tidak akan timbul. Maka ibadah yang semacam ini bukan sahajatidak dapatmelahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapiakan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyakitu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasadiri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyangdan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Zahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami zahir dan batin! Engkau perlihatkanlahperkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami.
Amin, ya Rabbal alamin.

0 comments: