"Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad "Wahai diri ..
Usahlah membesar-besarkan kesalahan dan kekhilafanmusehingga engkau mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan sehingga engkau mencampakkan dirimu ke dalam kehancuran sehingga engkau merasa terputus dari RahmatNya dan natijah akhirnya menimbulkan persangkaan yang buruk padaNya..
Wahai diri ..
Sesungguhnya ...Dia Maha PengampunYa Ghaffar ...Ya Ghaffar ....Ya Ghaffar
Ampunkan akan kesalahan-kesalahanku
Ampunkan akan kekhilafan-kekhilafanku
Ampunkan akan dosa-dosaku .....
Wahai diri ..
kerana dengan kesalahan-kesalahanku kerana dengan kekhilafan-kekhilafanku kerana dengan dosa-dosaku ...
Tersembunyinya di dalamnya kasihMu Terlindungnya di dalamnya hikmahMu ...
kerana kesalahan ...
kekhilafan dan dosa-dosaku merupakan "penghalang" penghalang bagi ujub di dalam diriku penghalang bagi riyak di dalam diriku pada ketaatan buatMu yang merupakan sebesar-besar dinding ..
yang merupakan sebesar-besar hijab ...
pada adab diriku antara aku hambaMu dan diriMu Tuhanku ..
Wahai diri ..
bersyukurlah padaNya yang disebutkan as-Syakurukerana kekhilafan ini kerana kesalahan ini kerana dosa-dosa ini tidak memalingkan kamu dari memandang selain diriNya ...
tidak memalingkan dari menyaksikan selain dariNya ...
seperti halnya ujub dan riyak di dalam ketaatan yang menyebabkan kamu memalingkannya dari memandang diriNya ..
bersyukurlah ...
kerana kekhilafan ini kerana kesalahan ini
kerana dosa-dosa ini Megundang kehambaan yang bertambah makin bertambah dekatmu padaNya yang Maha Pengampun
Yang tidak mengharap pada kehambaan diri selain DiriNya
Yang tidak berhajat pada kehambaan diri selain DiriNya bertambah hampir padamu
wahai diri menuju kepada Dia ..
menuju pengampunanNya ...
itulah pintu Sifat "dibelakangnya" pintu DzatNya
Wahai diri ..
Lihatlah hikmahNya
sekiranya jika tidak kerana kesalahan ...kekhilafan dan dosa-dosa itu lebih baik bagi dirimu ...nescaya tidak Dia membiarkan kesalahan ..
kekhilafandan dosa-dosa pada dirimu itu "bersatu selama-lamanya" ...Mungkin inilah antara hikmahNya kekhilafan ...kesalahan dan dosa-dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu agar "bersih" istiqamah ketaatan kamu kepada Dia ...
kerana ia peringatan yang memenuhi rahmat buatmu wahai diri yang lalai lagi leka .
Akhir sekali aku bermohon padaNya buatmu wahai diri ..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya LathiffDengan keberkatan dan kemuliaan kekasihMu Penghulu diriku Saiyidina Muhammad putra Abdullah al Hadi s.a.wYa Robbi Solli 'alan Nabiyyi Muhammadin , Khairil Anaami Waman bihi yutashaffa'uAku bermohon padaMu ..Ya LathiffAku merayu padaMu ..
Ya Lathiff
Jadikanlah kekhilafan ..kesalahan ...dan dosa-dosa yang telah aku lakukan
sebagai perpindahan buat diriku dari kehinaan maksiat padaMu kepada kemuliaan ketaatan kepadaMu ya Lathiff ..Allhumma Amin ..
MIN:muridin-halaqah.net-
MIN:muridin-halaqah.net-
0 comments:
Catat Ulasan