Aku mengenali siapa dirimu, dari mana asalmu, aku juga tahu kau bagaimana..
Wahai hamba Allah…
Tak usahlah kau memaksa dirimu berubah disaat kau mengenali diri ini,
Aku pernah mendengar lagu drama yang bertajuk’tasbih cinta’…
“Kau berubah saat kau mengenal dia…”
Tidak! Tidak!! Perlukah kau berubah saat kau mengenali seseorng yang engkau minati?
Apakah semua itu membawa faedah? Membawamu ke syurga?
Ingatlah, jika kau ingin berubah, ubahlah seikhlas hatimu…
Hanya kerana Allah S.W.T yang telah menciptakan semua makhluk di dunia ini.
Saatku mengatur langkah, tak usahlah kau ekori…
Kau hanya menyakiti diri, kerna ku tidak tahu kemana harusku pergi…
Hanya satu jalan yang sedang dilalui.. Menuju redha Ilahi…
Jihad melengkapi diri, yg x kan pernah ku akhiri.. Jgn kau menggangguku lagi,
hati-hati dengan karenah manusiawi, takut membawa kearah kegagalan diri…