Rabu, 21 Julai 2010

KEKASIHKU…


Aku terlampau sayyyang sangat kat DIA =) Penyayang sifatnya. 

Betul ni… tak tipu punya! . Apa taknya masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct! Yang bestnya tu,bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace jer… For sure lah, KEKASIH kan!… Ish… Beruntung betul dapat kekasih cam ni. Tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa je aku boleh contact DIA.
Yang seronok tu, sebab memang betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!... Ye laa…cinta punya pasal kan… DIA tak kisah pon kalo aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku…Sebab kalo aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam la yg aku dapat. Tak kiralah material ker…spiritual ker… emmmmm memang KEKASIH sejatilah tu!. Bila aku rindu kat DIA, baca jer surat-surat yg DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye laa… cinta bagai nak rak, tetiba putus clash gitu aje. Uwaaaa….

Tapi KEKASIH aku yang ni lain, DIA tak kisah pun dengar cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA tak jeles pun. Cuma aku jer yang selalu jeles ngan DIA, sebab ramai yg jatuh cinta dengan DIA ni. So, aku pon kenalah usaha betul-betul… kata orang puutih…What U give…U get back… so, kalo aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan?.... KEKASIH aku ni baik sesangat. Perfect!. Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam… area pukul 3-4 pagi tu pon, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu lah…!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya tau… millionaire…billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi. Tu yang pemurah sangat tuh. Semua keperluan hidup aku DIA yang support… caya tak???!!... Free of charge… tapi aku tak sedap hati laa… mesti la kena hargai apa yang DIA bagi tu kan?...Mak aku kata, kalau org dah bagi, suke ke tak suka, ambik aje la… lepas tu pepandai la membalas budi… jadi, tu yang buat aku sanggup berkorban apa saja… cewwwaahh!!..DIA suruh aku belajar sesungguh.. Kalo boleh, belajar semua ilmu… sebab KEKASIH aku ni memang pandai+cerdik+bijak+genius+ect…
DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat sia-sia. DIA pun tambah saaaayyyyang kat aku kalo aku rajin belajar (cari Ilmu).

Malu la sebenarnya nak cakap ni… Ermmmm……… aku sebenarnya belum pernah lagi jumpa DIA. Lagi pun, belum bersedia la… tapi kekasih aku ni dah janji suatu hari nanti, mesti kami akan bertemu. Sekarang menghitung hari la aku ni… tapi kecut perut gak.! Takuuuut.! Maklumlah… Tak pernah jumpa. Aku mesti prepare awal-awal daripada surat-surat yg ada tu, aku tahu apa yang DIA suka, dan apa yang DIA tak suka. Mestila aku nak buat apa yg DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan…??... Tak per laa…berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yg DIA sayang, DIA bagi hadiah special yg aku sendiri tak pernah terfikir pown!... Isssyyyy…… Rindu sangat dah ni..!!

“KEKASIH ku………aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini… walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali… walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia… Itulah KEKASIH ku… ALLAH S.W.T … Cinta Teragungku……”
-INILAH CINTA YANG SUCI-
Wallahu’alam…

0 comments: