Khamis, 4 November 2010

KEJERNIHAN HATI...


Setelah sekian lama tangan ini tidak menaip sesuatu ke dalam blog ini, akhirnya diberi kesempatan juga oleh Allah S.W.T agar menulis lagi di ruangan yang ada ini. Jika sebelum ni hanya asyik menulis dan menaip tentang 'syarikat' yg bakal di tubuhkan sahaja...walaupun smramm belum b'akhir krn ditunda ke Isnin mgg hdpn. Almaklumlah, banjir melanda negeri Kedah ini. Salah satu ujian yang diturunkan Allah S.W.T kpd hambaNya agar mereka sentiasa mengingatiNya.

Ana nk tulis mengenai kejernihan hati yang mana ana terbaca dalam sebuah buku kecil. Walaupun ianya kecil, tetapi terkandung manfaat di dalamnya. Mari lihat apa yang ada dgn tajuk ini...

Mereka yang memiliki hati yang jernih, justeru dalam hidupnya akan:

>Timbul rasa malu terhadap ALLAH kerana terasa sentiasa diawasi dan diperihati.

>Timbul rasa takut kepada ALLAH kerana terasa sentiasa berada dalam kekuasaanNya.

>Timbul rasa syukur atas segala nikmat-Nya.

>Timbul kemahuan untuk melaksanakan syaria't ALLAH tanpa tertangguh-tangguh kerana maut boleh datang tiba-tiba.


Apabila terbaca tentang semua ini, maka, timbul pertanyaan dalam diri...Apakah aku sudah tergolong dalam mereka itu...yang bersih hati..serta mempunyai kejernihan hati. Subhanallah!

0 comments: