Rabu, 14 Ogos 2013

ELAK DIBUAI CINTA SEWAKTU MASIH DIGELAR PENUNTUT 'ISMP' dll

Mbek dari blog http://qistinasumaiya.blogspot.com/2012/12/cara-mengelak-dibuai-cinta-semasa.html

1. Tetapkan ciri-ciri pasangan pilihan anda ke tahap paling perfect. 


Faham tak? haha.. Qist tahu tiada manusia yang sempurna. Kalau saya pun, bila orang tanya akan jawab.. Nak jejaka kaya yang kacak lagi bijak dan beriman.. tambahan, atlet sukan.. =p

Korang ingat qist saje-saje je ke? 

Ciri-ciri ini penting, contohnya kaya.. Semasa belajar, kita susah nak jumpa lelaki kaya, sebab semua student kan?  Kalau ada pun, duit si bapak.. haha.. Bila si dia tidak menepati ciri-ciri yang kita mahukan, automatik kita akan elakkan diri dari jatuh cinta pada dia.. =) This really work.


2. Yakinkan diri, kamu lebih layak untuk dapatkan yang lebih baik..


My mum pun dah banyak kaliii nasihatkan. Jangan bercinta, dia pun belum tentu masa depannya. Kadang kala bila berkenan sangat ngan si dia, siap tunjuk kat parents lagi..Papa cakap.. "Dia tu siapa? Lawyer? Doktor?" Sob sob.. Cinta terhalang.. hak hak.. 


Paling tak pun, mohon perasan diri lebih baik dari si dia tu. 

Pujuklah hati tu, yang kamu ni lawa, dia tu tak hensem mana.. Kamu ni pandai, dia tu assignment pun malas buat.. hoho.. 


3. Yakinkan diri, dia sesuai untuk orang lain... =(


Qist pernah suka kat seorang mamat ni. Dia memang the best among his friends. Harta dia ada, muka hensem, ilmu agama pun ok, atlet sukan, akhlak pun baik, otak pun brilliant.. Sebab dia memang dari family sebegitu.. Hmmm harapan lah.. 


Bila kita pun dah putus harapan, rasa cinta tu akan pudar jua akhirnya.. Bila jumpa orang yang berkali-kali ganda lagi baik, kita akan dengan rendah dirinya melepaskannya pergi.. sob sob.. 


4. Lihat keburukan dan kekurangan si dia..


Secara psikologinya, bila dia ada keburukan, rasa suka tu akan tawar.. Sebaiknya senaraikan segala kekurangan dia.. 

Contohnya...
1. Dia suka datang kelas lambat.. 
2. Assignment pun malas buat.. 
3. Suka berjoli... Duit kerap habis di awal semester.. haha..
4. Suka kacau perempuan..
5. Dia gelak macam pondan.. XD  ewwww.. 

Amaran: Sila cari keburukan dia sebelum cinta semakin berputik.. Sebab bila hati dah suka sangat, kentut pun bau wangi.. hadoii.. 


5. Anggap dia layan semua perempuan sama.. 


Sesetengah orang, bila dia tengok orang tu macam sweet gila kat dia.. Dah jatuh hati dah.. Kalau nak tahu, perempuan ni makhluk yang kuat perasan. Pantang orang layan special sikit.. 


Pernah juga dilayan sebaik begini.. Tiap kali jumpa, dia akan tegur.. Kadang kala nak membeli, dia akan belanja.. Bila tengah sedih, dia akan tanya.. Sangat caring.... Walaupun dia layan kita sorang je begitu, anggaplah mungkin dengan orang lain pun dia buat benda yang sama... Dah takde specialnya lagi... Kita je perasan sebenarnya..


***Itu sebab kena bataskan pergaulan, untuk elak ramai yang menaruh harapan..... 


6. Percaya pada diri, cinta itu hanya mainan jiwa si "forever alone"


Bila tengok orang kahwin, dia pun nak kahwin.. itu biasa..

Bila tengok orang couple, dia pun nak couple...
Bila tengok orang bermesra, dia pun nak jugak...
Bila tengok pakwe bagi makwe hadiah, dia pun teringin... alahai..

Ubahlah diri.. Kita fikirkan kebaikan jadi single.. ehem.. =D


***Bila tengok kawan habiskan duit utk couple, berbanggalah sebab anda berjaya menjaga harta anda dari orang yang belum pasti..

***Bila tengok kawan patah hati sebab frust, berbanggalah sebab 
diri anda jauh dari perkara nonsense camtu..
***Bila tengok kawan anda happy dating, berbanggalah sebab banyak masa anda digunakan untuk study.. 
***Bila kawan anda failed dalam exam sebab banyak buang masa bercinta, berbanggalah sebab usaha anda berbalas..
***Bila kawan anda dah telah dinoda, berbanggalah sebab anda lebih bermaruah.. =)

7. Tanamkan rasa jelek pada pasangan yang buat maksiat..


Korang ingat berpegang tangan tu sweet? 

Dating dalam semak sampai kena tangkap basah tu romantik? 
Serahkan jiwa raga dan dara tu bukti loyalty? 

Astaghfirullahalazim... 

Bak kata orang, perempuan kalau bercinta, IQnya rendah.. Apa laki  nak, semua dia bagi.. Tak kiralah dia tu siapa.. Please, pandang jelek pada maksiat.. Bila korang anggap itu biasa, tu yang tak rasa berdosa bila buat. Tu sebab perempuan kalau boleh kena tegaskan diri.. =)

8. Lihatlah mereka yang berjaya menahan diri dari cinta.. =)


Cinta itu tidak hina. Malah sangat mulia.. 

Cinta pada manusia itu tidak salah, malah ianya fitrah.. 
Bergantung pada kita mengawal rasa cinta itu.. 

Yakinlah Allah akan menjaga dirimu, saat anda menjauhi zina.. 

Cemburulah pada sahabat yang berjaya, kerana tahap fokus yang tinggi pada pelajarannya.. 
Lihatlah betapa mulianya perempuan yang menjaga diri.. Mereka tidak berseorangnya, yang menjaga mereka adalah Allah.. =)

9. Kasihanlah pada mak ayah.. 


****Ada orang yang cinta tidak berpada-pada, sampai lalai dalam pelajarannya.. Tak kasihan ke pada mak ayah yang kecewa dengan sikap kita? Punyalah harap anak belajar sampai berjaya.. 


****Ada orang berlagak kaya, belanja anak orang itu ini dengan duit mak ayah.. Tak rasa bersalah ke? Mak ayah penat-penat cari duit, senang-senang nak habiskan macam tu je? Kita tak berhak nak minta dia belanje itu ini.. Guna duit ayah dia lak tu.. Kamu bukan sesiapa untuk merasa duit ayah dia.. Langsung tak berhak! 


***Ada orang terlalu cinta. Sampai kata kekasih diturut sangat... Tapi kata mak ayah, tak dituruti.. Tak rasa berdosa ke? =(


***Ada orang kata diorang dah bertunang, tapi mak ayah tak tahu pulak? aik.. kenapa belakangkan mak ayah? Mereka menjawab, "kalau perempuan dah bersetuju untuk dijadikan isteri, dah kira tunang tu..." Kita lebih tahu sama ada kita betul-betul sedia atau tidak ke arah perkahwinan.. Sayangnya ramai yang mempermainkan agama.. Title tunang tidak bererti dia milikmu sayang.. =) Masih ada batasnya... 


10. Cinta itu tidak boleh dihapuskan, maka cuba alihkan... =)


Kalau benar nak menjaga, alihkan rasa cinta itu kepada yang lebih berkuasa... Pelajarilah agama, muliakan dirimu.. =)

Kalau rasa rindu sangat dengan si dia, bacalah al-quran.. Bisiklah pada Allah betapa kamu sangat rindu dia.. 


Kalau rasa nak mesej dia, mesejlah kawan sendiri atau keluarga.. Rapatkan diri dengan kawan.. Baru hati tak rasa sunyi sangat.. =)


Ya, alihkan cinta.. alihkan cinta... 




#Jika belum siap untuk melangkah lebih jauh dengan seseorang, maka cintailah dia dalam diam... =)

karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ..

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan hubungan yg tidak diredhai Allah SWT,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu ..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu ..

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ..

.............
karena dalam diammu tersimpan kekuatan ..
kekuatan harapan ..
hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ..
bukankah Allah SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya ??

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ..

jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

"aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg tak kan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM.. mnjdi caraku untuk mencintaimu..."

(Hamba Allah)

psssttt!! datang lamar saya sesudah saya habis ISMP ye...sbb konfem waktu tu ummiabah saya dah bagi 'greenlight'! 

0 comments: