Hari ini dah masuk hari keberapa Mesir bergolak lagi...Dari Ramadhan, berterusan sehinggalah ke syawal. Hari ni dah masuk 11Syawal1434h. Mesir semakin berdarah.
Sedari kecil dalam hidup ini, aku takut pada darah.Darah yang banyak. Sakit sedikit sudah mula tercari-cari ubatnya di mana. Kadangkala luka yang kecil pun dah dianggap besar sbb tak pernah berhadapan dengan luka-luka yang bersimbah sebaldi. Aku bukan doktor yang suka melihat darah dan bermain dengan darah.
Mesir hari ini...Dipenuhi darah yang mercik di rata jalan raya. Dataran Raba'ah penuh darah para syuhada' mesir. Menitis air mataku melihat panorama ini. Pemerintahan Morsi diambil alih oleh tentera Alfatah SISI Laknatullahi 'alaih! Membunuh rakyatnya sendiri dengan rakus. Tiada langsung belas kasihan pada anak2 kecil yang kehilangan ibu, ibu yang kehilangan anak2 mereka, ahli keluarga yang tercari2 mayat adik dan kakaknya mahupun abangnya. Mereka Iblis dan Syaitan yang bertopengkan manusia. Pandanglah mereka seakan-akan mereka adalah Syaitan dan Iblis!
Yang diminta hanyalah keamanan oleh rakyatnya sendiri. Dibebaskan pemeritah yang mulia Dr. Morsi hafizahullahi alaih. Itu sahaja yang diminta. Tanpa bekalan senjata. Hanya berhimpun. Hanya minta pemerintahan Dr. Morsi diteruskan.
TETAPI...
Ini balasan Syaitan dan Iblis itu. Senjata! Peluru! Kereta kebal! Gas Pemedih Mata!
Darah terpercik di seluruh jalan. Jalan dipenuhi darah2 insan yang tidak berdosa. Darah rakyat mesir sendiri.
Lihatlah Dunia!! betapa kejamnya mereka! Iblis dan Syaitan itu...Kejam mereka tidak mengerti belas dan kasihan. Kejamnya mereka!
QUNUT NAZILAH BUAT IBLIS DAN SYAITAN ITU
"YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI MELETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI,
DAN KAMI BERLINDUNG DGNMU DARI KEJAHATAN MEREKA,
YA ALLAH, LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA,
HANTARKAN ANJING-ANJING KAMI KE ATAS MEREKA,
WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA,
WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA...
YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH!!!!
WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN,
WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN,
WAHAI TUHAN YANG MENEWASKAN BALA TENTERA AHZAB,
KALAHKAN MEREKA,
MENANGKANLAH KAMI KE ATAS MEREKA!
Allahumma aamiin...Aamiin.aamiiin.aamiiiin Ya Rabbal 'aalamiin.
Berilah kekuatan buat umat Islam di sana berhadapan musuh2 mereka Y Allah...
mereka kuat...aku terlalu lemah jika dibandingkan dengan mereka di sana. Aku sudah lemah dan longlai melihat video2 mereka.. Kuatkan mereka di sana Ya Allah Yang Maha Kuat!
Ya Allah...sebagaimana mereka menyeksa umat Islam di dunia ini, azabkan mereka semula di akhirat kelak! Ummat ini tidak akan sesekali memaafkan kezaliman mereka! Laknat keatas Musuh2 Mu Ya Allah!!
0 comments:
Catat Ulasan