Selalu Ada Permata dibalik Derita dan Air mata
Selalu Ada Makna dibalik Peristiwa dan Bencana
"Mariah, jom kita main! sapa yang dapat keluarkan air mata dulu dia menang..." "Jom!"
Cabar seorang kakak kepada adik perempuannya malam itu. Saja untuk hilangkan rasa kekosongan bila bersama adiknya yang masih mentah itu.
"alaaa...k.tirah, nak buat macam mana? tak keluar pun..." mukanya yang comel kelihatan menyebek tanda tidak puas hati.
"Mariah buatla macam Mia yang berlakon dalam tv tu. diakan pandai buat bagi air mata dia keluar sendiri..cuba..."
"ok!". Kedua-dua puteri kesayangan abah tadi memulakan permainan mereka itu.
Dalam beberapa saat, hati kakak mula sebak dan air mata pun mengalir laju.
Lantas si kakak memaksa dirinya berhenti dari terus memikirkan perkara yang dapat membuat hatinya sebak dan mengeluarkan air matanya itu. Subahanallah! Mudahnya untuk keluarkan air mata.
Hanya dengan mengingati 'ARDHUL KINANAH'!
Ia telah merobek hati si kakak. Hancur. Sakit sangat rasa kepedihan dan keperitan itu hanya dia yang mengalaminya.
Bagai seorang kekasih yang putus cinta dan diguris hatinya dengan sebilah pisau tajam.
Sakit!
#######################################################
Lantas si kakak mengajak adiknya solat. Adiknya yang tadi hanya melihat air mata si kakak jatuh dan masih bingung bagaimana kakak boleh keluarkan air matanya.
Dalam solat, si adik tiba-tiba menangis. Kakak yang menjadi imam menyedarinya, masih sebak dalam hati memikirkan peristiwa tadi. dan dia kembali khusyuk sujud pada Nya.
Seusai solat, si kakak memandang adik yang tuduk malu kerana menangis. "adik, cuba adik ingat pulak peristiwa yang buat adik ketawa gembira dan bahagia"
Adik mendongakkan kepada melihat kakak lalu dengan mudahnya dia ketawa terbahak-bahak!
Subahanallah! Adik sudah mula tertawa. Tapi bukan si kakak.
Kakak gembira dan bahagia dapat lihat adiknya ketawa kerana mengenangkan gelagat lawak seorang ustaz di sekolahnya yang sering mencuit hati dia dan sahabat-sahabatnya di kelas.
Kakak.... kenapa si kakak masih bersedih sehingga tak nampak di mata si kakak sebuah kebahagiaan. Langsung!
Hati si kakak membisik "Kenapa....Apa yang Bahagianya dalam hidup aku? Kenapa... Kenapa aku tak nampak kebahagiaan itu?"
Si kakak Buntu dengan sebuah pertanyaan....
#####################################################
Tahun Lepas, hasrat murninya terkubur apabila dia membatalkan hasrat menyambung pelajaran ke Bumi Anbiya' Mesir dalam Bidang Syariah Islamiah bersama sahabat baiknya, Nur Liyana. Hasrat ini disokong oleh seorang abah yang sangat penyayang. Malangnya, dia membatalkan hasrat kerana "jejaka" yang sering mengusik mindanya. Dia takut hasrat murni dan suci berubah menjadi kotor. Dia takut perkara yang tidak disangka-sangka berlaku di sana. Daripada memikirkan perkara itu, lebih baik dia mengambil langkah yang terbaik buat dirinya sendiri walaupun peluang untuk ke sana aterbentang luas di hadapannya
Dia merubah arah, memilih untuk meneruskan hasrat murni ummi. Pilihan ummi untuk dia melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan. Sebuah Universiti Pendidikan di Tanjung Malim,Perak. Walaupun pelbagai anggapan negatif hadir dalam fikiran, dia menepis sekuat hati. Biarlah hasrat ummi ini tercapai. "Ketaatan kepada ummi dan abah itu penting untuk menjadi seorang anak solehah" pujuk hatinya. Sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibubapa. Abah pun akhirnya bersetuju untuk menghantarkan dia ke Perak. Dia cuba mencari segunung kebaikan sekitar universiti itu di laman sosial yang kini dapat menjadi medan pencarian sebuah kekuatan. Akhirnya, rezekinya di situ. Itu takdirnya.
Takdir. Menemukan dan Menentukan segalanya.
Di awal pengajian keseorangan tanpa ditemani insan istimewa sahabatnya yang selalu didoakan akan bersama melanjutkan pelajaran disana. Bukannya tidak dapat masuk ke situ tetapi kemasukan sahabatnya itu di second intake. Dia bersyukur sahabatnya juga ditempatkan di situ bersamanya. Tatkala itu, hatinya berdoa "Ya Allah, izinkan aku memimpin sahabatku ke SabilMu". Di bawah Pusat Islam mereka berdua bersama dalam satu usrah dan satu lajnah tarbiyyah. DIA mengatur perjalanan seorang hamba. Alhamdulillah.
"Ya Allah, andai aku mempunyai jawatan tinggi di sini pasti aku akan gembira." Lalu dia dilantik menjadi seorang penolong ketua bagi Semester Satu dalam Kursus yang dipegangnya. Dia dikenali oleh ustaz. Dia dikenali oleh semua sahabat sekuliah dan satu kursus yang sama di semester satu. Tabarakallah!
Dia yang sebelum ini belum pernah mendapatkan tugas yang berat itu. Dipaksanya juga menerima dengan hati terbuka. "Allah memilihmu."
Sepanjang semester satu. Dia disibukkan dengan berbagai tugasan. AJK Lajnah Tarbiyyah. AJK Persatuan Bahasa Arab. Penolong sem. 1 seramai 60 orang. Malamnya kadang penuh dengan tugasan dan perjumpaan dari persatuan dan lajnah mahupun daripada group study. Mengeluh ? "Allah memilihmu, berbahagialah."
Dalam kesibukan itu mungkin dia hampir terlupa ada Yang Mengatur segalanya. Di Pagi hari dia gembira dengan karenah sahabat-sahabatnya. Malamnya yang sunyi, dia terus bersujud menenagkan hatinya yang hancur. Kadangkala, dia menangis hingga ke pagi sambil tersedu-sedan. Tiada siapa yang tahu. Dia juga buntu bagaimana ingin menghilangkan kesedihan itu. Kesedihan yang telah mer0bek pintu kebahagiaan.
"Peluang Hanya Datang Sekali sahabat, andai kau sia-siakan peluang itu...masih adakah peluang yang lain?"
Mesir. Sahabatnya di sana sering menghantar gambar. Setiap kali mata menatapnya pasti pipi merasa panas akibat titisan mutiara suci dari hati. Ia keluar tanpa dipinta, tanpa dipaksa. Ia keluar secara sukarela. Dari hari kehari kesedihan itu sentiada dirasai tetapi dia cuba menepis ke tepi. Biarkan rasa itu berlalu sendiri. Peristiwa itu tak mungkin dilupakan hanya perlu diterimanya dengan hati terbuka agar dirinya tidak lagi berasa kecewa. Satu hari, dia bangkit, "sampai bila aku nak sedih, sedih, dan terus sedih?". Lalu di tajdid kan niatnya menuntut ilmu di situ. Kali ini dia semakin pulih dari kekecewaan sedikit demi sedikit.
Hadir insan yang sudi memberi kekuatan.
Sahabatnya, Alia. berkongsi kisah hidup. Katanya: "kenapa kita nak sedih atas perkara yang sudah tidak dapat diubah?. Allah kurniakan kita hidup lagi. Pandang ke hadapan sahabat! Kita tak perlu sedih pun atas perkara yang dah berlaku tu. Lagipun, kita dah tak dapat ubah lagi benda tu. Biarkan ia pergi, sahabat. Gembiralah! Alia baru nak rasa best mengaji kat sini." Sahabatnya tersenyum. Dia yang hanya mendengar kisah hidup Alia sangat tersentuh dengan perkongsian tersebut. Allah beri ujian pada setiap hamba Nya. Lain orang, lain ujian yang ditanggung. "Allah...ampunkanlah aku andai aku terlalu cerewet dalam takdir Mu. Astaghfirullahal adzim."
Sungguh! Selama dia di sem. 1, mesir tidak pernah dia lupakan. Hampir setiap hari dia dibisikkan dengannya. Dia cuba mencari segunung kekuatan dengan sebuah ketabahan dan kesabaran. Redhailah duhai hati, Ia ketetapan dari Ilahi.
Semester satu di tahun satu banyak melakar kenangan pahit dan manis. Dia yang dahulunya terasa syadid kini kurang merasai kesyadidan pada tindakannya. Terlalu banyak perkara lagha yang dilakukannya.
Memelihara terpelihara dipelihara..
Rindu tarbiyyah dahulu yg telah dilalui..
Tarbiyyah yang penuh dengan kebersihan hati..
Hampir dengan tahap kesufian..
syadid! Allah..sampai sekarang, nampak sangat tarbiyyah itu makin jauh..
Jauh...kerana diri yang dhaif ini menjauhinya.
Nampak di situ ada perkara yang perlu diperbetulkan.di tilik semula.direnung sebagai pagar bagi diri.
Rupanya... ilmu itu mudah dicari tp sukar untuk diamalkan. Belum tentu semua ilmu yg tlh dipelajari masuk lekat terus ke dada.
Manusia, bukan semuanya sempurna. Ada saja kekurangan disebalik kesempurnaan yang dirasai. Hakikatnya setiap kebaikan dan kesempurnaan yang kita nampak itu datang daripada Allah kerana Dia menutup keaiban diri kita. Satu hari dia dapat satu gelaran. Mungkin betul tepat gelaran itu dengannya.
SILENT KILLER
silent killer tu, nmpk baik, snyp, tp tu diaa bak ang!
DUSH! kena sedas dengan 'ketua'... Apala naseb badan, duk gerak elok2 dah, melampau pulak..
Ya! "Saya pasti kita takkan bertemu jika saya ditakdirkan ke Mesir. Kerana Takdir ini saya dapat mengenali mereka dan mereka dapat mengenali saya". Bahagia apabila bertemu sahabat yang selalu ada di kala suka dan duka. Sahabat yang selalu mengajak ke arah kebaikan. "Seriously, sebelum saya masuk ke alam uni ini, saya jarang sekali berhubung mahupun melayan mana-mana lelaki. Tetapi, sepanjang semester ini saya dapat lihat saya sudah membuka 'jalan' itu." dia sedar akan kesilapannya. Bukan dia yang meminta untuk menjadi seorang yang 'terbuka', tetapi dia hanya ingin berkawan dengan kenalannya. Mungkin seorang yang syadid sepertinya tidak layak untuk berkelakuan begitu. Kenalan baginya mungkin mereka hanya sekadar kenalan. Tetapi bagi mereka, bukan setakat kenalan yang mereka kehendaki. Semoga Allah menjauhi segala pintu yang membawa ke arah kemaksiatan. Inni Akhaafullah!
Beberapa hari lagi semester dua akan membuka tirainya menyambut kedatangan kami semua. Keputusan semester satu telah diumumkan dan telah tercatit didalam helaian slip kertas. Bismillah. Hanya Allah yang Tahu betapa tersingkapnya sebuah kebaikan dari situ. Ia amat bermakna walau tidak sebesar mana. Alhamdulillahi ala kulli haal... In Shaa Allah.
Nyahlah engkau wahai kesedihan! Tafaddhol ilayya Ya Masrur wa Farhun!
Ya Allah, Berkatilah Ilmu kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat kami. Golongkan kami daripada golongan ulama'.aamiin.
Ucapkan SUBAHANALLAH atas kebesaran Allah mengatur dan menetapkan sesuatu ....
http://www.k-pmmm.com/2012/12/sabar-menempuhi-ujian-dalam-kehidupan.html
SEMOGA SEMESTER YANG AKAN DATANG LEBIH BAIK DARI SEMESTER INI.
الله مستعان
SEMOGA SEMESTER YANG AKAN DATANG LEBIH BAIK DARI SEMESTER INI.
الله مستعان
0 comments:
Catat Ulasan