Isnin, 31 Mac 2014

Ummi,maafkan kakak....

Tadabbur ayat-ayat NYA
Malam tadi...Mesej k.long sampai padaku.
 Katanya, "Ummi sedang rindu pada anak ummi yang ni. Ummi demam :'( " 
Sebab apa ummi demam k.long? 
"Rumah kita ditimpa musibah hari tu sampai ummi pun dah jadi letih-letih badan dan jatuh demam"
Allah....
Malam semalam telefon abah, abah cakap perkara yang sama. "Abah, ummi, sihat?" 
 "Alhamdulillah...Abah macam ni la. Ummi tu... rindu anak ummi ni...telefon ummi ye k.tirah, abah tengah mesyuarat."
"Baik abah". Kakak tahu abah selalu sibuk dengan kerjaya. Sebabnya nak tanggung kami satu keluarga. Keluarga kami besar. Banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung.

***************************************************

Mesej k.long tadi disambungnya...
"Tau x kejadian kat umah kita?" 
K.long membuka cerita satu persatu. Innalillah...Satu musibah datang menimpa keluarga kami.
Terkejut dengan berita yang sudah seminggu berlalu tapi...baru tahu malam ni. Hatiku mula sebak dan air mata mula menitis. Sungguh! aku terbayang saat-saat musibah itu menimpa keluargaku. Terbayang akan keadaan dan suasananya yang telah membuatkan Ummiku jatuh sakit. Allah...
Air mata mula menitis laju tanpaku sedari. Terus aku capai telefon dan menekan nombor henset ummi. Malangnya, tidak diangkat. Aku cuba telefon ke nombor rumah. Ada suara yang keluar dari gegendang telefon. Alhamdulillah... :-)
"Mak lang ni.. kakak nak cakap dengan ummi bole?..." ye.
"Assalamualaikum" suara gembira hadir menyapa.
"Waalaikumussalam...ummi sihat?"
"Alhamdulillah...."
Perbualan telefon antara ummi dan aku panjang sangat dan aku dapat rasakan yang ummi gembira sebab aku telefon ummi malam ni. 
Ummi bercerita saat2 waktu musibah menimpa. Ummi mengangkat moyang sendiri dari katil ke atas kereta untuk berpindah tempat. Hatiku sebak, aku menahannya sekuat mungkin.
Bertanyakan khabar, ummi tak cakap yang ummi demam. Sedikitpun tidak mengeluarkan perkataan demam itu. 
Aku sedih bila bercakap dengan adik yang bongsu, Dik Yah. Dia cakap, "Ummi demam sekarang ni. Ummi dah ambil ubat. Dik Yah pulak demam campak, ada 28 biji topok..." suaranya gembira.
Adik...andai adik tahu, kakak sangat risau keadaan itu. Adik gembira saat adik sakit... 
"Jaga diri dik yah, makan ubat tau! Jangan main hujan." Nasihat seorang kakak.
Ummi sakit. Adik pun sakit.
"Dik yah buat apa waktu musibah menimpa keluarga hari tu? Abang-abang semua laungkan azan..., dik yah buat apa pulak?"
"Dik yah xtahu nak buat apa...dik yah tengok musibah tu ja."
Mungkin kerana dia masih kecil dan kerana itu kali pertama dia melihat kejadian tersebut menyebabkan dia ter'duduk' sendirian hanya memandang sepi.
Ini ujian buat keluarga dan aku. 

Kali ni aku berasa sedikit terkilan kerana...dalam keadaan yang penuh dengan dugaan, aku masih di sini. 
Ummi, abah dan tok menyuruh aku pulang dengan kadar segera.
Tapi....hari ini baru aku tahu akan musibah ini.

Yang telah mengajarku erti "perhubungan yang perlu"! Ya!
Tiada siapa yang akan memahami kerana hanyalah aku insan yang faham dan telah menghadapi perkara ini.

Menyesal...mungkin. Tapi, jangan pernah ulangi perkara yang kita sesali.
"اللهم احفظ أسرتي"

0 comments: