MAHA SUCI ALLAH yang misteri ketentuan dan ketetapanNYA tidak dapat diduga dan diteka oleh sesiapa. Benarlah, God always move in a mysterious way.
![]() |
Rahmat Allah itu LUAS ! |
Dear special guest,
Thanks alot for your visiting! Please don't come back after you came here because this is my secret diary of life...shuuuuh~ ha. ha. For this entry, I will show you something..."dah! saja nak cakap b.i, padahal bukan teror sangat pun b.i ni..so sorry"
Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi kekuatan buatku dan sahabat untuk terus melangkah ke hari yang akan datang. Adalah tidak adil bagiku andai muhasabah di semester lalu di nukilkan di sini. Semester dua di tahun satu telah pun menutup tirainya apabila berakhirnya kertas peperiksaan akhir kami, BMW Wacana di dewan besar dimana ia telah mengukir sejarah hitam dalam hidupku apabila handfon android plus sim card yang bernombor sekian-sekian telah ghaib entah ke mana. Sampai sekarang masih tidak ditemui walau dicari berkali-kali. Bak kata seorang senior "dia xboleh ada dua, kena ada satu saja. Kalau ada dua memang salah satu akan merajuk..." Hmm...xsangka pulak yang handfon tu akan merajuk dengan diri ini. SubahanAllah! Innalillah...
Eh, lari tajuk dah kita.
Kalau disem lepas, disebalik kegembiraan tersimpan luka yang dalam bila ardhul kinanah menyapa fikiran. Tapi Alhamdulillah! di semester ini, dia menemui seGunung kegembiraAn! Melangkah longlai bukanlah jalan bagi seseorang untuk berjaya dalam hidupnya. Terkenang masa lalu yang keterlaluan akan merebut kegembiraan bertandang ke hati dari mensykuri nikmat yang ada di hadapan mata sekarang. Apabila kesedihan itu di letakkan ke tepi, hidup ini terasa amat bermakna. "Ada sesuatu yang DIA nak kamu buat di sini." Masih terngiang-ngiang kata naqibah 2 buatku. Kekuatan demi kekuatan dicari kerana dia tahu perjalanannya di sini bukan hanya terhenti di setakat ini sahaja tetapi Ia masih panjang. Biarkan kesedihan itu berlalu kerana dia sudah jemu untuk memikirkan tentangnya.
Maka, perjalanan hidup ini pun diteruskan dengan semangat dan jiwa yang baharu...
IKHWAH wa AKHAWAT kabir yarjiq ilaiNa
Di semester ini senior2 akan pulang ke Malaysia setelah beberapa bulan mereka berada di Yaman dan Oman untuk praktikel sem 7. Tidak sabar untuk bertemu senior-senior at49 yang bakal menyambung semester 8 bersama di universiti. Malam pertemuan pertama menjemputnya untuk ke Masjid KSAS dan secara tidak langsung bertemu beberapa insan yang baru pulang dari sana. Wajah-wajah mereka kelihatan 'nur' yang menerangi. Sedap mata memandang, Manis lagi pertemuan dan ikatan yang telah terjalin. Ukhti Mahbubah wa Jamiilah, Adilah Hafizah yang baru pulang dari Oman merangkap sahabat k.ngah dan juga sepupu iparnya adalah insan pertama yang dijumpai di sana. Pertemuan indah itu terikat dengan sebuah senyuman yang akhirnya bertamu dalam sebuah bulatan gembira yang pastinya menyegarkan jiwa dan semangat untuk terus berjuang di sana. Ramai yang ditemui malam itu tanpa perancangan dan ia berlaku secara kebetulan. Dalam hati time tu duk kata "Bertuahnya dapat jumpa awal dari kawan2 yang lain" hihi. Pada masa yang sama juga di masjid tersebut, dapat berkenalan dengan ukhti Mardhiyyah yang pulang dari Yaman. Itu antara akhawat kabir yang ana bertemu mesra aula dari yang lainnya.
Bukan terhenti di situ sahaja pertemuan pertamanya, ia bersambung pula dengan pertemuan yang indah pada malam perjumpaan pertama lajnah tarbiah rapi sem ini dengan kehadiran ust. Faisal Ibrahim import dari Yaman sebagai pentazkirah dan pemberi motivasi mengenai 10 muwassafat tarbiah buat kami yang berada bawah naungan pusat islam upsi. Malam itu merupakan malam pertama di mana dia mengenali seorang senior lelakinya. Kali pertama pandang muka macam seorang pelakon, bila teliti lama-lama (haish, xbaik!) memang layak digelar ustaz. Syeikh kabir at49 kami. Haibat2 ikhwah wa akhawat fatrah tsamaaniah ni. Dalam sem ni saja rasa teruja dapat bertemu dengan senior yang mantap semuanya.
Pertemuan itu seterusnya dibawa ke suatu majlis makan malam bersama semua ikhwah wa akhawat kabir kami. Malam INTIM itu disajikan dengan makanan dan aktiviti menarik bagi kami mengenali mereka dengan lebih dekat. Setiap dari mereka memperkenalkan diri masing2.Ada yang bersyair dan berkongsi pengalaman dalam bahasa arab! Kami nganga dengar xfaham..huhu (yang betulnya kami kagum). Last2 terjemah jugak dlm bhs melayu. Ternyata malam tu barulah dapat tau bahawa ust2 yang sedang bertaaruf dihadapan kami semuanya dah berpunya. Hehe...sampaikan alif kata, "melepaslah ko, syathirah". Biasalah, kalau nak diikutkan apabila kita berada di sem yang terakhir pengajian ni, pasti status masing-masing akan berubah. Malah terdapat juga akhawat yang sudahpun melangsungkan walimah. Baarakallahulakum ajma'ien. Malam tersebut merupakan salah satu malam terindah dan malam yang sangat memberi motivasi kepada diri untuk meneruskan lagi langkah kaki di universiti ini. Melihat kepada pencapaian hebat mereka, ia terus menyuntik semangat agar lebih berusaha dan berhimmah tinggi di sini. Mesir dah melayang entah kemana~ Tapi...dalam hati memang berhasrat agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke ardhul kinanah. Allahumma aamiin. Semoga Allah memilih diriku dan sahabat yang lain.
Mengenali mereka memang tidak mencukupi jika diberi tempoh hanya beberapa bulan sahaja. Segala gelagat dan aksi yang telah dipamerkan sepanjang pengenalan pasti akan dirindui. Semoga tali perhubungan yang telah terjalin antara kami kekal kukuh hingga ke akhirnya. Mereka telahpun menamatkan alam pengajian diperingkat Ijazah dengan begitu cemerlang sekali. Ada yang berakhir dengan 4flat dan terus diberi kontrak sebagai tenaga pengajar di uia-pj, ada yang sedang mengajar sebagai guru ganti dan sebagainya. Semoga ikhwah wa akhawat kami ini terus menyinar di persada perjuangan sebagai murabbi bagi mendidik dan melahirkan lebih ramai para ulul albab di era globalisasi kini. Seterusnya memartabatkan bahasa syiar Islam ini di mana sahaja mereka ditempatkan. Seronok dapat kenal mereka. Alhamdulillah! Allahuakbar!
![]() |
Pasti merindui mereka |
Happy Circle (Bulatan MasruruNa)
Apabila berbicara mengenai happy circle ini pasti yang ada di minda generasi sekarang sudah pun berbeza sudut pandang dari generasi yang lalu. Pada saya, generasi y sekarang tidak lagi memandang bahawa happy circle ini hanyalah membosankan dan berbicara soal agama semata-mata. Terlalu jumud dengan pemikiran mereka bahawa usrah~membosankan. Lalu mad'u pun lari lintang pukang bagai lipas kudung, cuba mencari jalan keluar dari bulatan tersebut. Pendekatan yang di bawa oleh naqib sendiri memainkan peranan yang teramatlah penting bagi meyakini mad'u akan pembawakan yang baik dan segar dalam bulatan tersebut.
Ha! Pasti bagi dirinya dan sahabat yang lain ingin mencari kebaikan di saat diri memerlukan kata taujihat. Sepanjang di universiti ini, dia mencari,menyelusuri dan menjejaki pelbagai cabang dan jalan hidup Islam. Selain mengikuti Rakan Pusat Islam, dia juga ada mengikuti sebuah ngo secara tidak sedar.
Sebelum bertemu dengan 'bulatan gumbira' yang sebenar. Dia terjebak dengan satu ngo yg digelar 'pembina' selama satu sem. Walaupun tak pernah join program mereka, dia sudahpun bergelar ahli pembina setelah membayar wang RM5.00 apabila selesai mengisi borang daftar ahli baru. Dengan tiada ilmu mengenai ngo ini, dia dengan sukarelanya menawarkan diri untuk menjadi ahli. Apa tidaknya, pendekatan seorang kakak mendekati adiknya tanpa rasa jemu, menjadikan dia sangat berminat untuk sertai mereka. Pembina merupakan satu ngo yang berwajah islamic. Antara aktiviti mereka yang menarik adalah usrah. Hampir setiap minggu mereka mengadakan usrah dan setiap kali usrah itulah dia disibukkan dengan perkara lain sehingga tidak dapat menyertai usrah mereka. Satu hari, ada event besar yang akan dilaksanakan oleh pembina dihujung minggu. Semua ahli akan dikumpulkan bersama. Menarik!. Malangnya, dia tidak memilih untuk bersama mereka. Entah kenapa.. seakan-akan ada sesuatu yang menghalang. Dua orang sahabatnya juga menyertai ngo ini. Mereka siap 'masuk' dengan kakak-kakak yang amat baik hati ini. Mereka juga tidak terlepas untuk bersama dalam usrah yang dilakukan. Dia pernah melihat kedua orang sahabatnya itu membawa senaskah al-quran untuk menyertai usrah mereka. Dalam waktu yang sama, dia disibukkan oleh perkara lain.
Selama dia tidak bersama dalam usrah ngo tersebut, selama itulah dia menyertai usrah yang katanya di pegang oleh Rakan Pusat Islam bersama ukhti tersayang lagi tercinta, k.Ain Roslan. Subahanallah. Pendekatan usrah yang dibawa sangat menarik minat hati. Ia menyentuh hati sanubari yang sedang memberontak. Sentiasa gembira dan bersyukur dapat bertemu insan sesolehah k.ain. Tawadduqnya k.ain bila dia berhadapan dengan kami, selalu sahaja dia berkata dia bukanlah insan yang layak untuk memberi kepada kami. Tetapi, usrah ni kan perkongsian hati! Jadi..kami tidak pernah kisah akan hal tersebut. Walaupun dia hanya mengambil jurusan at46 multimedia, tetapi agama tetap tumbuh di dalam dadanya. Itulah yang membuatkan anak usrah kagum padanya. Istiqamah mereka menjalankan usrah ini membawa kepada pertemuan bersama sahabat seperjuangan yang lain. Kerana Allah, Kepada Allah, Atas Takdir Allah. Allahuakbar! dari situ dia mula mengenali insan yang hebat itu.
Usrah bersama k.ain roslan berakhir tatkala mereka bersama-sama mengelilingi sekitar KSAS menaiki basikal (atau orang kedah panggie gerek). Depa kayuh gerek waktu tengah hari. Time tu palapes duk buat latihan kat padang tat tu. Kayuh punya kayuh sampailah kat atas bukit tinggi! Best Oo! Sudahnya, berderai air mata tatkala perkongsian k.ain dalam bulatan gembira tu mengenai perjuangan Rasulullah. Hati sayu mengenangkan Kekasih Allah. Andai Baginda masih hidup apakah yang akan Baginda tuturkan pada ummatnya hari ini.
Berakhirnya usrah itu tak bererti mereka akan terpisah. Tidak. Mereka hanya berpisah dalam bulatan kecil itu sementara. Mungkin disebabkan oleh kekangan masa yang terpaksa ditempuh oleh k.ain, mereka bertukar naqibah. Naqibah seterusnya bertemu mesra di Masjid biru, Masjid Al-Mursydin. Kali ini diberi peluang untuk berusrah bersama senior bahasa arab. Ukhti Adilah Hafizah. Tenang dan penuh ilmu. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya dirungkai dalam bulatan kali ini. Lebih matang dan exspert dari yang dulu. Betul cakap k.ngah, dari sinilah kita latih diri kita menjadi insan berguna dan menggilap pribadi. SubahanAllah. Jalan seterusnya. Allah memilih mereka. Dia dan mereka di tempat itu! Segalanya bermula di situ.
![]() |
Dari sini dia mula mengenalinya |
It's Begin...
situasi 1:
situasi 2:
situasi 3:
situasi kenal :
*soalan yg amat simpati "syathirah, kamu ok?.."
*saya cukup benci orang yang mggrg. (sambil berpaling wajahnya seakan-akan dia benar-benar membenci diri ini)
" Perjuangan itu gerun dan mengerikan, hebat dan dahsyat menggerunkan hati. Bagi mukmin di sini harga dan nilainya. Perjuangan itu bagai sampan di laut. Di atas lapang tiada perlindungan. Di bawah air yang melambung dan menggunung. Menongkah gelombang yang datang melanda. Kiri kanan depan dan belakang. Angin yang menderu tidak tahu bila datang. Hujan badai yang datang menyerang bak singa lapar yang garang. Kadang-kadang terdampar di batu karang. Penumpang menerima nasib berlainan. Ada yang jatuh ada yang tenggelam. Yang pandai berenang berpaut ke sampan. Ada yang berjaya berenang ke tepian, sekali lagi dia melayar sampan. Harapnya hanya pada Yang Esa.
Ya Allah...bantulah kami hidup di dunia dan akhirat."
Dia tidak pernah terfikir akan jadi begini dan tidak pernah memikirkan akan adanya perkara ini. Dia baru belayar, dia baru mula ingin mendayung kayu sampannya. Masih bertatih dalam sebuah pelayaran hidup nan suci. Percayalah! Satu sahaja.Segalanya kerana Allah. Semoga Allah merahmati mereka atas jalan ini. Allah memilih dia dan sahabat yang lain dalam sebuah bekas yang sama. Inilah, jalan hidup mukmin sebenar.
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Tsabat. Istiqamah. Qawiy!.
Saat Allah membuka tirai hijab ini buat dia, saat itu juga dia bersyukur kerana Allah telah memilihnya. Ia merupakan satu kekuatan baginya untuk terus berada di bumi murobbi itu. Memang berada di jalan ini kekadang membuatkan dia lemah dan tersungkur menangis sendirian. Hakikatnya, Allah sedang memanggilnya untuk terus bangun bersujud dan mengadu padaNya. Sungguh! Rahmat Allah terlalu luas.
![]() |
Benarlah. HikmahNya terlalu luas... |
Persahabatan
Sepanjang sem ini dia ditemukan dengan insan yang mengajarnya erti persahabatan sebenar. Setiap insan pasti mempunyai kekurangan masing-masing dan begitu juga dengannya. Dia ni dah la seorang yang pemalas. Lambat buat kerja. Speachless. Childish. Happier. Yang paling orang tertekan dengan dia ni....time management yang very failure!.
Ok. Dia bukan budak 'alim. Bukan budak pandai. Bukan budak wara'. Pendek kata dia Bukan budak yang baik sangat la! Kalau nak diikutkan, memang dia ni budak mischievous kut! Cuma...dia tak la nak tunjuk depan kawan-kawan dia. Sopan.Malu-malu. Tu memang dia!. Pemalu gila-gila. Kalau nak tau, bila dia terpaksa atau orang memaksa dia buat sesuatu, dia akan buat. Tapi...kalau dia berada dalam keadaan yang tidak terpaksa atau tak dak orang memaksa, memang dia malu nak buat apa segala jenis kerja yang berkaitan dengan masyarakat ni. Tahap malu dia memang tinggi lah!. Hatta, dapat tengok la kalau time presentation dia...hurh~ that is she.
Kepada sahabat yang Syathirah sayang sangat... Alia, Aqilah, k.nadWa, Anis, Faeza, Afifah, Husnul Najwa, Huwaida. Hampa tau, hampalah insan istimewa yang telah tirah letakkan dan sematkan di lubuk hati. Setiap dari hampa ada cerita masing-masing. Syathirah sayang hampa semua kerana Allah. Allah takdirkan pertemuan yang baik antara kita, andai tirah ada buat salah pada hampa, moga kesalahan tirah dimaafkan. dan...bagi tirah, hampa semua memang sahabat dan kawan yang sangat baik! Hampa tak pernah buat salah pada tirah. Tirah sentiasa memaafkan hampa semua sebab tirah dah sayang sangat kat hampa 8 orang ni, semoga Allah memelihara rasa sayang tirah pada hampa. Kekal sehingga ke SyurgaNya. Sepertimana baiknya pertemuan kita di dunia ini, seperti itu juga tirah harapkan di akhirat kelak. Biar kita semua berkumpul semula di bawah naungan 'arasyh Allah kelak. Allahumma aamiin.
Seakan-akan dia ingin memberitahu satu dunia bahawa mereka telah banyak mengajar dia menjadi sahabat sejati dan membangun diri. Alkisahnya, memang mereka tidak pernah terfikir akan dipertemukan di sini kerana perancangan Allah itu terlalu misteri.
Sahabatnya, Aqilah othman a.k.a kakak! Kebaikan kakak terhadap dia amat dia sanjungi. Mana mungkin kebaikan seorang insan boleh dilupai...kan?. Dialah pembuli. Dialah penawar tatkala hati ini dilukai. Dialah pembakar semangat. Dialah segalanya. Sungguh! Tak dapat digambar dengan kata-kata.
Ya Allah, kakak... Andai kakak tahu, kadang kala memang tirah akan terasa dengan semua yang kakak buat pada tirah. Tapi kan, tirah xpernah rasa benci kat kakak pun. Kakak, sebenarnya selama tirah bersahabat dengan kakak.....kakak dah bukak hati tirah. Banyak perkara yang kakak dah ajar tirah. Kak xsedar pun apa perkara tu. Kak xpernah sedar pun perkara tu.
Kakak.... a.k.a Aqilah, syathirah ni teruk sangat, xmacam kakak. Kakak baik sangat! Tirah xtau nak gambarkan macam mana kebaikan yang kakak dah buat kat trah.
Sejujurnya...tulus dari hati. Syathirah sayang sangat kat kakak. a.k.a Aqilah. Rasa bahagia kak bila jumpa kak. Seriously, tirah suka duk dengan kakak sebab kak seorang yang ceria dan positif sekaligus menceriakan dan membuatkan tirah positif jugak.
Kakak....
Segunung air mata dah turun ke pipi tirah ni...
Terima kasih kakak atas pengajaran yang kakak beri kat tirah selama kita bersahabat. Dan selama kita duk satu bilik.
Tirah ni.....sedih duk kat upsi. Sebab hati tirah masih tak dapat terima biah yang campur mcm kat upsi. Fikiran tirah kadang kala asyik terbayang biah kat mesir. Sebab tirah nak jadi macam depa yang ngaji kat mesir. Biah solehah dan pengajian yang penuh tawadduq. Sedih selalu...
Tapi hari ni, bila senyuman kakak hadir.... Tirah rasa macam satu anugerah yang tak ternilai dengan kata-kata kak. Kakak.....kakak dh runtuhkan kesedihan tirah sedikit demi sedikit. Tirah rasa BEEEEEessSSSSssssttttTTTtt SSsaaangGggatttttttTTTt dapat jumpa kakak!!!!!!!!!!
Kakak.....Aqilah,
Tirah sayang sangat kat qilah!!!
Sangat2.!!!
Sebab Allah temukan tirah dengan Qilah.
Bahagia mula mengisi ruang hati.
Kesedihan semakin dihakis pergi.
Aqilah, sungguh tirah nyatakan kat sini,
SYATHIRAH SAYANG AQILAH KERANA ALLAH.
Kalau tirah xsampai bumi murobbi ni, kita xkan bertemu kan?
ALHAMDULILLAH....
Sayang kakak kerana Allah.
Yang Ikhlas menulis dengan hati yg dalam,
Adik, aka Syathirah Mustafa.
############
Alia! Malam tu, tirah ada dengar Alia cakap alia sayang tirah.. Hehe. Tirah sedarla waktu alia cakap tu. Alia...tirah pun sayang kat Alia jugak!
Kalau nak tau, Alia dengan Aqilah ni depa cuba buat thirah jadi berdikari selama duk satu sem ni. Depalah orang yang selalu beletiaq klu tirah ada buat salah. Baik giler depa! Macam kakak beletiaq kat adik Ooo! Best kena beletiaq ngan depa! Haha.
Sweet la bersahabat dengan insan-insan macam depa ni. Sangat sweet! Suka duka tangis dan tawa bersama.
K.wa ngan anis. Selalu pulak duk dengaq tirah mengadu domba pasal macam2 perkara. Depa dua ni pun sweet. Dah la dua2 comel. Sorang macam mak. Sorang lagi macam baby. Haha. Teringat 'baby tuA' !!! Kalau hati tirah sakit, tirah share ngan depa. Mak lah yang selalu bagi nasihat. Yang ni tak kena. Yang nu tak kena. Semua tak kena aihhh!! Hiii... Mak memang lagu tu. Haih,Tak baek!
K.wa...dia tegas tapi macam baby.manja sangat plus cumel ja! Peminat korea nombot satu nih. Tirah suka panggie k.wa tiga kali laju-laju. ''K.wa,k.wa,k.wa!!!'' dia cakap macam mak cik kg dia duk panggie.
Afifah ni lembut perwatakannya. Serius, lembut dia dengan manusia sekeliling,lembut lagi dia dengan Tuhannya. Allah...hambamu ini sangat berhati mulia, muliakan dia di sisimu. Solehahnya dia. Syathirah hanya menumpang kesolehan mereka. Kerana hakikatnya, syathirah ni bukan solehah.
Faeza antara org yang suka mai melawat umah kami. Masuk bilik buat macam umah sendiri tuh! Besala mai malam balek umah dia pagi. Yang ni orang hebat. Sayang dia...
Husnul Najwa pun, dia ni garang la. Tapi...garang-garang dia baik jugak. Kikiki. Kalau sekali dia bagi nasihat, tirah selalu suka! Suka berdamping dengan dia. Suka dengaq dia cakap. Nasihat sebagai ubat. Teguran adalah hikmat utk berubah. Berubah kearah yang lebih baik.
Huwaida! Sem satu duk serumah ngan dia. Sem ni xserumah dah. Dia duk depan umah tirah. Ada sekali dia marah. Sebabnya, ''time'' la! Fail urus masa dengan baik membuatkan dia marah pada tirah. Marah dia sebenarnya marah yang positif kut. Marah tanda sayang orang kata. Hehe. Semenjak dia marah tirah tu, tirah selalu rasa bersalah dan takut sebab dah buat dia marah. Tirah xserapat sem satu. Sedih sebab buat dia rasa marah. Yda, tirah minta maaf.... Tak lama lepas tu, tirah pi rumah dia. Borak2 tentang macam-macam. Dia ni budak bijak pandai. Dekan selalu! Sebab rajin. Orang rajin ni, dia akan dapat apa yang dia nak. Tirah menyesal tau x waktu buat yda marah. Tirah pun dah anggap dia sahabat baik tirah sendiri. Waktu mula masuk sini pun rapat dengan dia. Bersalah pulak bila dah tak rapat macam dulu.
Yda.....tirah sayang yda...
"Ya Allah, peliharalah rasa kasih sayang yang telahku titipkan buat mereka. Muliakan kedudukan mereka. Jika mereka dalam kesedihan, berilah kekuatan kepada mereka agar senyuman kembali terukir di bibir setiap dari mereka. Sayangi mereka Ya Allah. Jadikan mereka muslimah,mujahidah, mukminah solehah...
Allahumma aamin,tsumma aamin."

![]() |
Jadi insan yang memberi manfaat |
Addarsa...
Aseefah ya ummi wa abi..
Kakak terlalu leka dan lalai dalam menelaahnya.
Bergerak itu perlu dan mesti.
Belajar itu juga perlu dan mesti sayang...
Ia bergerak seiringan.
Jangan kau kata disebabkan banyak bergerak membuatkan kau lalai.
Jangan kau kata banyak perkara yang masih perlu difikirkan membuatkan kau leka.
Semuanya bergantung atas diri sendiri.
Usaha kali ini tidak seperti yang engkau dapati dahulu di sem satu.
Kerana ia diukur dari segi...
Man Jadda wa Jada!!
Sem depan masih ada. Semoga kau tak lagi lalai dan leka sayang. Allah ada. Minta padanya. Usah berdalih dan usah beralasan lagi. Tukar keselesaan diri kau. Kini....kau tidak lagi seperti dahulu.
Dahagakan ilmu itu perlu!
Tawadduq itu la budda 'alaiki!
Ok! Ahammu syaik.....ALHIMMAH!
(( Himmatu rijal taqtho'u jabal ))
![]() |
Hari esok pasti ada tapi belum tentu ia milik kita! Waspada. Gunakan hari ini sebaiknya. Alhamdulillah. Syukur. |
Sekian sahaja coretan kali ini. Sudah berbelas-belas helaian di nukilkan di sini. Ya, adik mintak diri dulu. Semoga sem depan lebih baik dari sem ini. Bakal jadi senior kepada junior. Allah. Terus melangkah dengan gagah! Tukar keselesaan. Tukar segala kekurangan menjadi kesempurnaan. Tak usah fikir perkara yang lalu kerana perkara itu tidak mungkin berulang. Lihat dan pandang ke hadapan menuju RedhaNya...
Yakin! Innallaha ma'ana! Man Jadda wa Jada!
Wallahu'alam.
0 comments:
Catat Ulasan