Pertamanya, Syukur ke hadrat Ilahi...
Alhamdulillah 'ala ni'matil imani wal islam, wa huma min a'dzhomin ni'amah!
Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam...
![]() |
selawat yg selalu syeikh amalkan tatkala memulakan kuliah |
Tanggal 18 Jun 2013, Hari Selasa...sehingga 18 Julai 2013, Hari Khamis.
Kenangan menjadi ahli di Darul Hadis tidak akan pernah luput dari ingatan! Sayang DH!
Seminggu pertama melangkah ke sana Pak Long xdak. Ada ziarah umrah DH. Kedatangan sya ke sana adalah untuk mengisi waktu lapang dengan menuntut ilmu sebelum dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya (ISM).
Sebelum datang ke DH, sya mengikuti kursus bahasa arab di KIDU. Muasasah Darul Ulum.. di sanalah tempat Bersemadinya jasad Al-Marhum ust. Fadzil Noor (sempat menziarahi kubur ustaz di sana).
Kursus Bahasa Arab yang ditawarkan untuk pelajar2 yang bakal ke timur tengah itu sya hadiri sepenuhnya dalam masa sebulan. Kursus itu berjalan penuh selama 6 bulan. Bagi yang mampu, mereka teruskan pengajian penuh selama 6 bulan. Di sana, jumpa insan2 hebat! ustaz2 hebat! pengalaman hebat! Menekankan aspek bahasa arab dalam menguasainya, sebanyak 2 kelas dibuat. Sya masuk kelas ke 2 sbbnya sya datang lewat, masuk bulan 6. Kursus/Daurah tamat awal bulan 7. Di sana diwajibkan pelajar2 menghafal matan jurumiyyah! nahu...best! Jeles dengan mereka2 yang ada di sana. Ramai yang sudah menghafalnya. Ditambah pula dengan penghafalan surah al-baqarah. Sejuk perut la tengok depa pakat ngapai. Yang lagi seronoknya, berdialog dalam bahasa arab. Bagi meningkatkan kemahiran dalam bahasa arab, asatizah di sini menekankan aspek penguasaan bahasa. Itu yang penting sebelum dapat meneruskan dengan al-kitaabah. Mutalaah tu penting. Bestla dapat ngaji kat sana...Rasa diri kerdil sgt, tak tau apa satu... dapat ilmu baru.
Ustazah Haniza ajaq nahu.Allah2, mant0p ustazah!
![]() |
kelas ustazah haniza |
Ustaz yg paling dikagumi...Ustaz kahirul ni'mat. Setiap kali masuk belajar,ada saja taujihad dari ustaz. antaranya ustaz ada cerita mnenai Imam Ibn 'Asakir, yang mana Allah pelihara kuburnya dari dipindahkan di Damsyik,Syria. Ustaz pernah merantau di Syiria. (sya agak ustaz ni pelajar pondok, derang mungkin?).
Lagi ustaz ada cerita tentang 'HARGA MENIGGALKAN SEBUAH MAKSIAT'. Cerita tentang seorang lelaki yang sanggup menyapu tahi ke seluruh badannya semata-mata untuk menjauhi dari berzina dengan seorang wanita.
Antara taujihad ustaz lagi, "Allah Jamin Rezeki Penuntut Ilmu nie..Jangan Risau".
Cerita yang masih terngiang2 di sisi telingaku adalah cerita mengenai seorang hamba Allah yang ingin ke masjid dan selalu membawa lampu untuk menemani perjalanannya ke masjid, di tengah jalan, syaitan menolaknya lalu lampu itu terpadam dan bajunya kotor. dia kembali semula ke rumah menukar baju dan memasang kembali lampu dan terus ke masjid semula. sampai di tengah jalan syaitan menolaknya lagi..lalu dia kembali ke rumah lagi..sehinggalah 3 kali, syaitan berasa kagum pada hamba Allah tadi lalu membiarkan hamba Allah itu pergi terus ke masjid. Hebatnya hamba Allah itu!
Antara bait syair yang ustaz ada kongsikan "Kegagalan menuntut ilmu itu adalah apabila dia meninggalkan guru"..terkesan dengan bait syair ni.
Dan banyak lagi sebenarnya taujihad, nasihat, dan tunjuk ajar dari ustaz. Semoga Allah membalas segala kebaikan ustaz pada kami semua.Allahumma aamiin.
Syeikh maher,Syeikh Hasan(nigeria),Syeikh Redha surur,Syeikh Abd Aziz,Syeikh 'Aid..antara barisan masyaikh dari negara arab ngajaq kami dalam kursus nie. Seronok la dapat bersembang dalam bahasa arab! Jazakumullahu khairan jaza'...
Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tenaga pengajar di KBA 2013.
![]() |
Jun 2013 #sya ada dlm gmbar nie.. =) |
Setelah hampir 2 minggu menjalankan pengajian dalam bersama ustazah hurriyyah, barulah pengalaman bertalaqqi depan pak long hadir. Kerana sebelum ini pak long mengikuti ziarah umrah bersama ahli dh yang lain. Sepanjang pengajian di dh, Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah...
mengikuti kuliah paksi, Bersama Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. saya berada di kerusi line ke enam bersama sahabat perjuangan_Nur Liyana_di ukir mall. Syeikh memberi peringatan dan pesanan. Syeikh datang bersama anak kecilnya yang comel sangat2! Subahanallah...
"Bismikallahumma ayha wa amut" Dengan Nama Allah aku Hidup dan aku Mati.
Gelaran di dunia ini hanya tinggal gelaran, ia tidak akan dibawa ke kubur. Kerana kita semua pasti akan mati.
Syeikh tekankan untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain.adanya Iman-Islam-Ihsan.
Kemudian drpd kuliah syeikh Nuruddin, Al-Fadil Syeikh Fahmi Zam-zam mengajar kitab siirussalikin.
"Cintakan Dunia itu Punca Segala Maksiat"
Makruh kita bersahabat dengan ahli dunia (org yg cinta pd dunia bukan akhirat)
Setiap kali bertalaqqi bersama pak long, pasti...bibir menguntum senyuman, hati terasa lapang, indahnya saat itu!.
Kitab Syamail Muhammadiyyah beri inspirasi diri. Rindu yang biasa bertukar menjadi Luar Biasa.
Ingat lagi waktu mula2 ikut talaqqi Syeikh Zainul Asri..kitab muwatto' karangan Imam malik rahimahullahutaala. Hadis pertama: Bab menunaikan solat! Isteri Saidina Umar menggelupur seperti burung tatkala bermunajat kepada Allah.
tiba-tiba, masuk bab mencari isteri solehah.pasangan soleh laa...haish malu pulak ceq! rasa mcm syeikh duk tunjuk kat kita, pastu syeikh cakap "ha! tu la dia...tu la dia isteri yang solehah"..aamiiin. (perasan! klu betul pun apa salahnya -_-)
Perkenalan dengan pelajar2 ribat dh..asal dari merata kawasan dan latar belakang yang berbeza. Dengan satu tujuan yang sama ke sini. InsyaaAllah. semoga niat-niat mulia sentiasa melingkari hidup kalian =)
![]() |
kerongsang DH #sya ada satu! |
Dengan kehadiran diri yang kerdil ini ke sana. Dengan membawa rasa rindu yang biasa bertukar menjadi luar biasa! Tabarakkallah! haaza min fadhli rabbi! Terasa Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam begitu dekat dengan hati. Sunnah Baginda dijulang! Qasidah Rindu yang sentiasa diulang-ulang meniti bibir setiap ahlinya!
Menjadi 'aamil dalam mahabbaturrasul sempena Ramadhan, pada bulan Jun 2013 membuatkan perasaan cinta dan rindu itu seakan-akan memecah hati.Menyinar sanubari.
Pentas yang cantik dihiasi
![]() |
Berqasidah seakan-akan Baginda melihat kita :'( |
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan insan-insan ini. Semoga ukhuwah ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah. Syafaatkan kami Ya Rasulallah! Ya Allah, jadikan kami dari golongan orang-orang yang mendapat syafa'at Baginda Salallahu 'alaihi wasallam..
Saya hanyalah insan yang menumpang kesolehahan mereka. Semoga solehah itu juga terpancar menempias kepada saya. Wanita Solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki soleh. Alangkah indahnya dan Bertuahnya menjadi wanita solehah. Di akhirat kelak, menjadi ketua bidadari-bidadari syurga. Lebih hebat darjat wanita solehah. Allah.Allah.Ya Allah...
Allah Pertemukan saya dengan insan-insan hebat seperti mereka. Takdir Allah menemukan aku dengan mereka. Walau kita berbeza. Hati kita tetap sama! Ya Allah, berkatilah mereka...
0 comments:
Catat Ulasan