Hari tu ana terbaca suatu warkah ni. Ternyata ia di tujukan untuk ana. Tak sangka la pulak ada yang sudi memberi warkah ini. Kebetulan waktu itu ana baru ja lihat drama 'warkah cinta' antara wardah dan amir mukhlis. Terpegun dengan sifat Amir Mukhlis yang begitu menjaga hatinya tambahan seorang hafiz pula tu. Terpikat pun ada dengan perwatakannya. Tapi.. persoalannya di sini, masih adakah seseorang seperti watak amir mukhlis itu?.. biarlah waktu menentukan segalanya. Moga dirimu tersimpan untukku... Terima kasih atas warkah yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap diriku. Aku mendoakan dirimu dari jauh walau siapapun dirimu...
Bermula penulisan ini...
Assalamualaikum wrt. wbt.
Untukmu, Bakal isteriku..
Bermula penulisan ini...
Assalamualaikum wrt. wbt.
Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini
di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula
mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu
tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku
mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana
diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku,
baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu
tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku
mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk
bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna'
di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba
mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika
dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis
lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku
menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus
mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak
bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku
diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf
digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan
Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan
perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku
tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak
meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan
wanita."
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk
makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir
kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka
meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu
kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku
sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara
ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz
untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas
pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari
solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian
menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku
merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku,
tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana.
Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku
disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari
dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku
bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian
diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis
mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi
cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah
sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan
agama. Dan jika kau memilih agama,
engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku
jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan
syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop
halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi
Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati
kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan
kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi
mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian
agamaku.
Dariku, Bakal suamimu.
Ingin mencari yang menghafaz 30 juzu' Al-Quran...Tapi, diri ini bukan seorang 'hafizah' malah sering lalai dlm mntadabbur Ayat2 Nya
Ingin mencari yang memakai jubah dan berserban putih...Tapi diri ini bukanlah seorang niqabis malah sering mempamerkan wajah di hadapan ajnabi lain padahal berjanji padaNya akan menjaga ia sebaik mungkin
Ingin mencari yang solatnya berjemaah dan selalu diangkat menjadi Imam...Tapi, diri ini solatnya belum tentu berjemaah malah kadangkala sering lalai dan alpa dalam menunaikan perintahNya
Ingin mencari yang elok rupanya dan elok juga budi pekertinya...Tapi, diri ini penuh sifat2 yang tercela malah sering membantah pada kakaknya, buruk tingkah lakunya...Malah, bukan pula elok rupa.
Ingin mencari yang sempurna...Tapi diri ini penuh kekurangan.
_Nurul Nur912.49_
![]() |
(Terimalah seadanya) |
:: Allahurabbi!! Sedarlah aku bahawa TAMAKnya aku pada sebuah pencarian, padahal diri dho'if jiddan. 'Haram' atasku mengganggu hidup sesiapapun di masa sekarang. Ingin tinggalkan sebuah pencarian, dan mulakan langkah untuk mengislahkan diri menjadi yang terbaik! ::
0 comments:
Catat Ulasan