Rabu, 9 Julai 2014

::Berserah Pada-Nya:: Hatikan Menjadi Tenang

Indahnya Hidup Ini Jika Segalanya Kerana Allah

Bila harapan hanya tinggal harapan...
Semalam, sebuah harapan telahku bina membawa sejuta bahagia dalam jiwa.
Semalam, aku gembira tak terhingga andai harapanku menjadi realiti.
Semalam, aku terbayang-bayang harapanku di sana.
Membina satu ukhuwahfillah bersama penjaga-penjaga Kalam-Nya.
Semalam, hatiku berlonjak inginku cangkul berjuta rahsia di dalamnya.
Membawa satu sinaran bahagia buat jiwa dan memberi sumber inspirasi dalam rohaniah diri.
Membentuk sahsiah dan peribadi mulia.
Semalam, aku mendengar dari mulut seorang yang bertauliah tentang kehidupan di sana.
Ku tercari-cari kekuatan untuk melangkah ke sana.
Bila harapan yang tinggi ku tabur ke sana... Hanya sana yang menjadi pilihan di hati.
Agarku terus menjadi seorang yang terpelihara dan memelihara.
Sungguh, aku tidak pernah berdusta... saat ditemu untuk diduga kekuatanku... hati ini melonjak riang memohon pada-Nya agar dipilih ke sana.
Sungguh, hati ini sukar dibayang seperti ada yang menghalang.
Baru ku sedar kini, aku bukanlah yang terpilih antara mereka... Mereka orang yang terpilih...
Bila harapan ini hanyalah menjadi khayalan... Relaku lupakan semuanya, anggap saja aku tidak pernah membuat janji temu dengannya... sana itu, tiada kaitannya dengan diriku...
Maaf, terpaksa aku melepaskan mu untuk membina kekuatan yang baru!

sukar untukku melupakan mu
Kelmarin, semua yang terpilih itu mendaftarkan diri...
Senyumanku telah menyembunyikan kesedihan diri...
Saban hari, aku hanya memikirkan tentang dirimu yang takku miliki dan takku jejaki...
kekadang rasa kecewa bertandang, namun cepat2 ku tepis laju...
Takut leka membawa kepada putus asa...
Padahal Hidup ini Masih lagi diberikan nikmat 0leh-Nya...
aku Yakin bahawa inilah Pilihan yang terbaik buatku...
Hadiah darinya kerana aku hamba-Nya yang terpilih dalam ujian ini...
kau senantiasa di hati walaupun jauh di mata ini...

Mereka memahami fitrah kehidupan

Hati yang sayup itu telah diberi kekuatan...
Oleh mereka yang sudi menghulurkan kata-kata semangat...
Buat bekalan menghadapi hari yang bakal mendatang...
Mungkin ini memang jalan takdirku...

::saat hati berkata INGIN, namun Qadar Allah berkata TUNGGU, saat air mata MENITIS, namun Qadar Allah berkata TERSENYUMLAH, saat segalanya terasa MEMBOSANKAN, namun Qadar Allah berkata TERUSLAH MELANGKAH::

Biiznillah, Kita merancang sesuatu, Allah juga merancang sesuatu yang dirahsiakanNya buat kita...
Namun rancangan Allah itu Lebih Baik, Yang Terbaik, dan Yang Paling Baik
daripada rancangan kita
kerana
....ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENETAPKAN...

....saat titisan kecil mengalir ke pipi saat itu jua aku terlalu bersyukur YA ALLAH kerana aku terpilih untuk menghadapi ujian ini walaupun berat menghimpit hati, ternyata Allah masih memberikanku peluang untuk terus meng0rak sebuah kejaYaan di sini... sem0ga setiap hari yang ku lalui di saat ini dan seterusnya akan tetap diberi kekuatan dan kesabaran....




> Bukan mudah nak naik ke gunung yang tinggi, perlu harungi cabaran & dugaan dengan hati yang rela... Pendakian yang penuh onak & cabaran... Hanya orang yang kuat mampu menawan puncak gunung itu<
JADI KUAT!!!

setiap perkara yang kita nak tu mesti ada dua ni
:::cabaran n harapan:::
atasi segala cabaran
letakkan sebuah harapan
INSYAALLAH... QuM ya NAfsI...!

"Darul Quran" semoga dapatku jejaki kelak walau hanya untuk seketika...

0 comments: