Sabtu, 2 Februari 2013

Beliau hadir dalam mimpiku


Beliau adalah seorang 'ulama yang kukagumi. Pernah menceritakan mengenai kehadiran Rasulullah dalam mimpinya. Ingin sekali aku mendengar sendiri apa yang telah diceritakannya pada yang lain. Pengasas sebuah Pusat Perubatan, Darussyifa'..


Kagumku padanya. Terasa diri ini kerdil lagi bila hadirnya wajah beliau duduk bersamaku dalam sebuah mimpi. Hadirnya berjubah putih, bersama seorang sahabatnya. Hanya duduk dan memandang ke arah diri ini.

Apalah istimewanya aku, hanya insan yang penuh dosa.
Mungkin DIA ingin menyedarkan aku tentang hidup yang cuma sebentar sahaja.
Dunia Fana' yang tidak kekal selamanya.
..Ya Rasulullah, syafa'atkan kami, umatmu.. 


0 comments: