Isnin, 25 Februari 2013

Mata Oh Mata

Assalamualaikum wbr... Posting kali ni nak sentuh bab Mata.
Baru seMinggu yang lepas mata kiri mempunyai masalah kemerahan yang menyebabkannya berair, gatal dan sakit dalam mata. Alhamdulillah, Hari ini mata yang merah sudah mulai reda kembali menjadi putih seperti sediakala namun ada masalah yang masih tidak diselesaikan mengenai mata.  
Dalam pencarian mengenai 'mata' melalui mr.Google, terbaca satu article dalam salah satu blog. Antara yang menarik perhatianku, masalah 'conjuctivitis'. Hurmmm...mungkin ada kaitan dengan mataku ini.


 Hari tu urat-urat dalam mata kiri menjadi merah seperti dalam gambar kat atas tu. Search lagi, jumpa pulak 'mengesan penyakit melalui tanda sakit mata'. Adabetulnya...tapi doktor yang sya dapatkan rawatan kat dia tu xkata apa2 pun tentang ni. mungkin dia ingat sya dah tahu tentang ni kut. Ubat titis dititis, ubat makan dimakan. Akhirnya..mata yg merah menjadi putih semula tapi.... kekaburan pada mata kiri masih terasa. tidak hilang lagi. Tertanya2 dalam hati, kenapa yer??? soalan yang tiada jawapan.
Tapi hari tu bro. dokter kata mybe sbb belum sembuh la tu..."sabar yer cik Syathirah" hurmm..selalu dia ulang2 nama itu~ tahu laa sya nama ni sedappp pun :P 
Dalam banyak2 sakit, sakit mata ni pun ada doanya.. Tok selalu pesan baca doa ni:


 aamiiiin Yaa Rabbal 'aalamiin...

Kekaburan yang berlaku membuatkan sya pergi lagi brtemu bro. dokter tu malam beberapa hari yang lalu. hari tu dah masuk 2kali pegi klinik yang sama kat pendang tu. 
Mmmmm....tiba2 terpikiaq~ huish...bro. dokter ni sentuh sya?? tanpa lapik pulak tu...adushhh!! 
nak tak nak kena jugak sebab sakit. Takpa ka?? Tapi ni Rukhsoh kan...
Bila fikir balik, memang tak boleh, HARAM  bersentuhan antara lelaki dan perempuan, walaupun tak bersentuhan tangan..kulit pun sama laa... tak dak bezanya.. 

Hinggakan teringat sebuah hadis sabda Baginda Rasulullah S.A.W :
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع في الفتنة، ولا شكّ أن مسّ البدن للبدن، أقوى في إثارة الغريزة، وأقوى داعيًا إلى الفتنة من النظر بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك
Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita) adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah. Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami kebenaran perkara ini…


Na'uzubillah...Habis batal air sembahyang aku. Tapi malam tu sya biarkan aja bro. dokter tu lakukan pemeriksaan. Bersalahnya rasa. Semoga Mata ini cepat sembuh! dari kekaburannya. Bro. dokter tu nak buat lagi pemeriksaan (appoinment) atas mata kiri hari Rabu ni. Ya Allah! xmau pi dah la..hurmm....wahai mata kiri cepat2la engkau sembuh... 

Kalau boleh nak cari jugak doktor yang menjaga batas2 syari'at. Berlapik dengan yang bukan muhrim apabila akan berlakunya persentuhan antara doktor n patiennya. Tapi kat mana ya area alor setar n pendang?? :'(


  Sebenarnya beberapa hari mata kiri asyik kabur ni teringat pulak time 'dia' sihat. Mata ni laa yang selalu memandang alam semesta kurniaan Nya. Dah lama 'dia' berkhidmat padaku. Selama itu juga mungkin sya dalam sedar atau tak pemberian Ni'mat yang besar terhadap penglihatan yang jelas itu. Bersama-sama mata kanan berganding bahu memfokuskan objek yang akan sya lihat. 
Sediih.......... :'( hari ni 'dia' sakit...kabur...xjelas objek yang dilihat...
Hanya bergantung fokus objek yang jelas pada mata kanan. Mungkin selama ini sya xsedar kehadirannya. Tapi sekarang....tiada lagi ungkapan yang patut diucapkan melainkan "sedih" melihatnya begini. Tidak seperti dulu lagi. Maafkan sya....mata kiri... semoga cepat sembuh dan berkhidmat terang pada sya lagi.
Persoalannya, bolehkah, akankah mata kiri menjadi secerah penglihatan mata kanan??
...Ya Allah...

takut disebabkan mata kiri ini terpaksa memakai cermin mata~ huh?...jangan..!!

takut kena pilih2 spet mata...mcm.............eh, zizan!!! camna gambar dia boleh muncul ni bila cakap pasal spetmata?? huhu... tu laa..zizan ni banyak koleksi jam je dia pastu kasut..spet mata tak tau la pulak.. hihi...
papepun.... 

p/s:: Doakan kesihatan mata kiri sya..."cepat2 la sembuh tau.rindunya perkhidmatan dia kat sya." Bersyukurlah atas ni'mat yang telah Allah kurniakan. Bila-bila masa ja Allah boleh tarik balik ni'mat yang telah Dia beri pada kita...kerana...Semuanya Milik Allah...

wassalam

0 comments: