!!ALHAMDULILLAH!!
Berkat kesabaran dalam sebuah penantian, tundukkan jua diri ini sujud syukur pada Ilahi atas ni'matNya yang diberi. Semua milik DIA tiada apa yang kita punya. Semuanya pinjaman dariNya.
Sedap ana ngaji kitab 'Tasawwuf' Mendidik hati mengenaL Ilahi Rabbi... Senyum Syukur. Bukan yang terbaik juga ku minta, cukup sekadar yang aku perlu. Turut tersenyum melihat sahabat2 yang berjaya mendapat pangkat MUMTAZ, JAYYID JIDDAN.
Ku alirkan doa yang terbaik buatmu.
Di maahad, ana bertemu asatizah mengucapkan salam, berjabat tangan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidikku.
Terkesan pada kata2 seorang ustazah yang amatku hormati, "Ilmu itu bukan hak ana, Ilmu hak Allah, ana tak dak apa2 pun" tersenyum mendengar hampir menitis air mata dengan sifat tawadduqnya.
Lantas teringatlah aku pada kata-kata Imam Assyafi'e Rahimahullahu Ta'aala:
"Al-'Ilmun Nuur, Wa Nuurullahi La Yahdi Man 'aashi"
"Ilmu Adalah Cahaya dan Cahaya Allah Tidak Akan Menunjuki Orang2 Yang Berbuat Maksiat"
Bersyukurlah atas segala Ilmu yang telah diberiNya. Allahlah yang telah menunjuki jalan yang benar kepada kita.
"Ihdinasshiroothal mustaqim"
Dan... asatizah ucap tahniah, nasihat mereka agar selamat berjuang dan semoga berjaya dalam kehidupan yang akan dilalui!
Terima Kasih. Jazaakillahu khairan jaza'!! Ustaz/Ustazah, sayaaaang semuaa...
"Ya Allah..berkatilah hidup mereka, limpahkan rezeki buat mereka, Perkenankanlah segala hajat mereka"aamiin Ya rabbal 'alamiin.
0 comments:
Catat Ulasan