Ahad, 24 Mei 2015

Meniti Langkah Demi Langkah (Mhsbh sem.3)


Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah...
Tiada kata seindah bicara yang dimulai dengan menyebut nama Nya. Besarkan hatimu dengan mengingati Allah yang Maha Esa.
Semester 3 yg amat mencabar emosi dan minda. Di sinilah aku mula mengenali 'mereka' dengan lebih dalam. Bukan sengaja aku kenali mereka. Ia adalah salah sebuah perancangan terbaik diaturNya buat hambanya yang dhaif ini. Tidak dinafikan sebagai manusia, kita pasti akan melalui proses pembelajaran melalui sebuah ujian. Itu adalah Tarbiyyah yg sengaja Allah campakkan buat semua hambaNya. Tidak terkecuali bagiku yang sedang menaip ini.

Adalah molek kiranya muhasabah semester 3 itu kulakukan sewaktu last sem. Ini tidak, dah sem 4 dah baru nak imbau kenangan lalu. Tapi, banyak hikmah yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Serius. Kehidupan yang paling 'mencabar' selama hidupku di sini.

Bila mengimbau kenangan lalu...sebelum tirai semester 2 tertutp dan membuka tirai semester 3, amanah berat di Pahang menjadi milikku. Tidak ada satupun ujian yang Allah datangkan untuk membebankan hambaNya kecualilah untuk 'mendidik' dan sesuai dengan dgn kesanggupannya. Selama di pahang..dan saat-saat perjalanan ke sana masih terukir di ingatannku selamanya. Biiznillah. Kerana ikatan aqidah yang kuat ini meneguhkan perjalananku dan mengukuhkan tapak kekuatan kaki yang melangkah ke sana. Sepanjang permusafiranku....disebaliknya tersirat kisah yang amat berat sebenarnya. Walaupun hanya sebagai pencatit, aku malu untuk berhadapan atau berdepan dengan semua. Tetapi, kerana amanah aku perlu laksanakannya dengan sebaiknya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaranNya. Sungguh! Rasa tak layak menjadi pencatit tatkala itu.


Kagum pada kepetahan si dia berbicara ^^

Budak pintar dan budak cool..hehe
 Permusafiran dari Pahang pulang ke Kedah adalah sebuah permusafiran yang agak panjang. Bersama sebuah kereta putih dan diikuti oleh viva merah hak milik Aqilah. Kononnya ingin berehlah bersama, jadi berehatlah musafirin ini di salah sebuah pantai di Pahang. Hanya Allah yang Tahu~ betapa tatkala itu....dalam hati ini berbisik : "Ya Allah, jauhilah aku dari segala jenis maksiat. Tidak kira sekecil perkara." Allah...hatiku sedang dalam kesakitan. Tapi, Hanya Kerana DIA ku bersabar atas segalanya. Kalau boleh kaki ingin melangkah lari...namun kugagahi jua tiap detik yg kulalui ini.

Kesedihan mungkin tersembunyi di sebalik senyuman...
Sesudah sampainya di Kedah, dalam bulan Ramadhan tatkala itu, sepanjang Ramadhan dan sepanjang hariku laksanakan tugasku untuk menjadi setiausaha tidak berbayar, Biiznillah iklas lakukan keranaNya. Sepanjang hari itu juga...sebenarnya, hati ini sedang menahan sesuatu yang sedayanya kutahan. Jujurnya, ia adalah sebuah sentuhan kasih sayang dari seorang insan yang tiada pertalian denganku. Mungkin Cubaan pertama untuk melupai dia telah kulakukan. Namun berkali tidakku temui kesudahan hatta satu masa aku cuba beristikharah... Subahanallah. Penuh Ketenangan. Adakah ini adalah tanda dan jawapannya?. Hanya Allah yg Tahu. 
Jeng3....huhu.

Duhai hati...bersabarlah. Ummi dan Abah masih ada di hadapanmu.

Lalu....setelah melaksanakan amanah sepanjang cuti bersama Ummi dan Abah di rumah, tirai Semester 3 mula dinaiki sedikit demi sedikit...

Untuk pengetahuan, bagi merapatkan lagi ukhuwah batch 6 AT49 antara kami ini, aku mencetuskan sebuah perancangan untuk membuat baju batch dan juga rehlah batch. Kebanyakannya bersetuju untuk melaksanakannya. Di awal semester lagi rancangan untuk bertemu dilaksanakan. Lalu, perlantikan s/u batch dan bendahari batch dipilih. Allahu...gembira dapat bertemu mereka semua. Alhamdulillah, hampir 90% dari mereka hadir bertemu mesra di sini. Bagiku, aku bukanlah seorang ketua yang dapat memberikan arahan dengan baik. Tapi, kerjasama dari mereka adalah yang terbaik buatku. Terima kasih kawan, sahabat.

Di bitara kami bertemu
 Hasil dari Mesyuarat kami memutuskan untuk membeli sebuah baju batch yang agak mantap kut! Woahh! Turquois warnanya, dengan riben berwarna pink..huhu. Ala-ala princess. Sebenarnya, aku adalah seorang yang dapat menerima pendapat semua org yg berada di bawahku dan mdah untuk menerima pendapat mereka. Kerana bagiku...bukanlah kepuasan aku yang utama, tetapi kepuasan mereka. Aku gembira jika mereka turut gembira dan aku sedih jika mereka turut sedih.

Taraa!! Inilah bajunya...huhu
 Berbicara mengenai batch, rupanya....Semester ini juga Taklifanku makin ditambah dan makin banyak yang akanku pimpin. Bukan hanya diri sendiri malah turut juga memegang taklifan sebagai Timb.Pengerusi Helwi bagi badan dakwah yang berada di bumi pendidikku. Bersama 'mereka' yg seringku anggap terbaik dan terhebat malah lebih terkehadapan dari diriku. 

Selain taklifan sebagai penolong ketua batch6 AT49, timb.Pengerusi Helwi, aku juga memegang jawatan sebagai AJK bagi Lajnah Iklanat wal ma'lumat Persatuan Bahasa Arab. Sebenarnya, dalam fikiranku sendiri dan pada hematku tatkala itu, aku boleh memegang semua jawatan ini kerana aku ingin memperoleh pengalaman mahupun khubrah yang terdapat dalam semua aspek kehidupanku. Antara sedar atau tidak...aku juga merupakan seorg masulh bgi TQ-eh dan juga s/u bagi LT . Allahu Allah. Lima jawatan ini merupakan jawatan berat sebenarnya dan bukanlah mudah untuk melaksanakan kelima-lima jawatan tersebut dalam masa yang sama. 

Sehingga...aku lupa. Amanahku sebagai seorang anak. kakak. adik. mahupun sebagai seorang rakan dan juga pelajar malah aku lupa amanahku sebagai seorang anak kepada penasihat yang amat menyayangi diriku...dialah Ustazah yang aku gelarnya sebagai Ummi Zarima. Aku sayang Ummi, Abah, adik2, kakak, keluarga di rumah dan juga sahabat2ku. Juga Ummi Zarimaku sendiri.

Sampai satu saat yang mana Cabaran untuk aku menyelusuri kehidupan Gelojak Jiwa Remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru itu dicabar lagi. Kali ini untuk menjadi salah seorang dari...Calon Ustazah Pilihan anjuran KAB/KZ. Setuju!. Aku setuju kerana aku yakin aku mampu. Mind-setku tatkala aku memegang borang dan mengisinya malah tatkala ditemuduga mengatakan 'akulah JUARA'. Dari satu sudut yang lain, aku yakin, aku akan menang jika aku masuk pertandingan ini. Ini adalah sebuah pertandingan ustazah pilihan yang seakan-akan seperti rancangan realiti tv. Sebelum sampai ke semi-final dan final. Terdapat ujian bertulis. Ujian Lisan dan hafazan. Juga sebelum ujian2 tersebut, aku perlu ditemuduga dahulu sebelum melayakkan diriku ke peringkat pentas ustazah pilihan. Allah memilih diriku sebenarnya....untuk berada di pentas itu. Demi Allah sedikitpun tidak aku mengangkat diriku. Sedikitpun tidak ingin aku bermegah bahawa akulah ustazah pilihan. Tidak.!!

Pertandingan ini aku mulakan dengan langkah kanan dek kerana ingin memenuhi keinginan seorang sahabat seaqidahku juga. Nabilah Azais. Aku sayang dia kerana Allah. Semoga Allah memberkati hidupnya kini dan selamanya. Aku merupakan seorang yang sukar ingin menolak sebuah ajakan atau pujukan dari sahabat. Kemahuannya yang tinggi malah keinginannya ingin melihat aku berada di pentas itu amatlah tinggi. Sehingga aku tidak sanggup ingin menolaknya. Tidakku sangka...selama menapak di pentas Dakwah sebagai ikon Ustazah Pilihan ini, aku layak sehingga ke final. Allah. Sungguhku memuji Allah sebanyak-banyaknya. Bukan kerana Aku ingin mendapat nama atau menjadi calon di dalam prk nanti. Sesekali tidak!. Jika itu niatku inginku berada dipentas ini, aku lebih rela untuk dibuang dan dikalahkan di awal lagi. Tapi....Adalah kerana Aku merupakan Ikon dakwah, dan aku merupakan daieyah!. Kerana Allah aku kuat. Kerana Allah aku buat. Setiap hari sepanjang kakiku menapak di pentas ustazah pilihan ini, Solat Hajat tidak pernah terhenti dari amalan harianku.


Saat sesudah di beri pengisian

Sesi menjawab soalan cepuMas dari para juri

Setelah selesai pentas Ustazah Pilihan

Kak dayah antara yg memberi semangat

Sahabat seperjuangan yg tdk pernah lupa untuk menyokong dari belakang

Juri Utama di pentas Final
 Aku masih ingat pesanannya pada diriku..."Bagus bacaan Al-Quran dan dalil-dalil yang diberi, tambah pulak kamu ni kos Bahasa Arab kan?. Untunglah. Tahniah dan Terus berdakwah". Hampir menitis air mata ini tatkala itu.

Dan...ketakutan mula menjelma tatkala itu. Bukan takut dikejar sang jejaka. Tidak!. Tetapi...dalam hatiku ini Takut...Takut Kerana aku memikirkan 'Adakah dakwahku ini akan terus berjalan? Adakah dakwahku ini hanya di sini?. Ini adalah permulaan bagi sebuah dakwahku bersama masyarakat kampus ini. Allah. Allah. Moga Aku mampu untuk terus menjadi pendakwah di bumi pendidikku malah juga di bumi kehidupanku sendiri.
Nangisku memikirkan ; "Adakah aku mampu....?"

"Dakwah...Bukan membawa manusia kepada Diri kita! Akan tetapi Dakwah adalah membawa manusia Melihat DIA yang Agung!"

Mereka HEBAT!
 Setelah selesai segalanya di pentas Final. Aku dipanggil untuk memberi sebuah talk di surau al-falah itu. Tajuk yang aku persembahkan tatkala itu adalah mengenai Couple vs Cinta "https://youtu.be/h8zJZzhkY_8" . 

Ketaq Ooo...bagi talk depan org. Dahsyat rasa. Serius rasa diri tak layak langsung....LANGSUNG!!.

Lepas bagi talk sikit kat surau al-falah tu. Terus mendapat perkhabaran dari kak senior bahasa Arab bahawa ada kekosongan tempat di dalam bas yang ingin bergerak ke Pentas Daie Mellinia -Final. Pentas tv3. Antaranya juga pergi sebagai penyokong kepada salah seorang pelajar bumi pendidikku. daie Izhar. Allah memberi peluang keemasan kepadaku untuk melihat pentas dunia sebenar yang nyata membuka minda dan fikiranku. Mereka hebat!.

Pentas TV3 ingin memulakan siarannya

Tangkap Gambar Daie yang kukagumi Ilmu dan Akhlaknya

Bersama daie dayana
 Setelah bersama dengan Daie Pendakwah Milenia, Aku disibukkan pula dengan program lain. huhu..Tak sangka pulak aku ini kaki jalan!. Kaki pi merata tempat. Ada program bersama daie Izhar,...Tambahan pulak ada kumpulan nasyid yang aku minat!. Unique kotttt!! Minat sangat dgn depa sebab suara depa best!. Heish...kalau nak tau....dulu-dulu la...aku minat kat lelaki yang 'ada suara merdu' nie. Serius, xboleh dengar suara lelaki yang merdu dalam nasyid, mesti hati rasa lain. haha... Tapi, yang tu dulu la....sekarang xtahu lah. Ada jugak keinginan tu...Tp xtahu lah. so...bagi mana-mana lelaki yang nak kat aku, aku prefer...korang mesti bersuara merdu, klu tak merdu, aku tak layan...haha! NONSEN! serius nonsen!. Bohong ja....haha :-P Gatai naa....

Kami kaki berjalan sunggoh!

heh...fakhrul Radzi. Johan AQ3 xsilap. muka nak sama >.<
 Lagi...antara pengalaman yang ditempuhi di semester 3 adalah salah sebuah program bawah club mursyidin yang akan dilaksanakan asalnya semester ini ditunda ke semester yg akan datang. Aku sebagai Ketua Unit Protokol yang memegang majlis Pembukaan dan penutup melaksanakan amanah yang diberi. Walaupun aku ni tak pandai dalam mengarah orang. Serius! Lemah kut nak arah-arah orang bagai ni. Tapi setakat ni RE Helwi semuanya bagi komitmen yang terbaik!. Suka plus sayang gila kat depa semua kut!. Hurm... Ok. Nak bukak cerita tentang ke fakulti apa ntah yang ada kemahiran2 tu. Tepi SITC. haha. Kampus sendiri tp tak tahu pun tempat apa. Ish.. Teruk jugak..heee... Nak ceritanya pergi sana untuk tengok robot yg katanya nak digunakan sebagai prop bagi pembukaan kafim. Pergi laa jumpa dengan budak mmk kuo, fiqri bersama dgn afifah..Allah. Silap langkah kat sini. Kenapa laa...hurm. Tak pa. Depa ambik hati aku kut..depa bawak aku jumpa binatang ni!!!!!!!!!!!! aku dah la seorang yang suka dengan binatang yang comei2 ni. Tak boleh tahan aku tengok geram rasa! Nak pegang. Lalu si fiqri ni pun ambik bawak keluaq bintang tu..Habih la..aku pegang bintang kecik tu....Hamster comeiiiiiii sgt3! Subahanallah. Hati berbunga jumpa hamster. Kecik ada. Besaq pun ada. Dua2 ceq pegang. Geram...rasa mcm nak penyek bagi mampuih uh! Tapi..tak sanggup la....dah la sayang. I'm an animal lover's.

Hamster kecik 
aku penyek dia sampai dia muntah :P 
Jahat aku!


Yg ni Hamster TUA..haha. Banyak rambut dia :p
 Antara banyak-banyak tempat yang aku lalui..Tempat ni yang paling best! Berjalan-jalan ke rumah budak tarbiyyah ni membawa pelbagai kisah suka dan duka. Berniqob sambil bermusafir di bumi Allah. Tatkala itu ditemani sahabat seperjuangan ke merata tempat. Kami berjalan nak dapatkan kebebasan katanya. Banyak sangat tekanan di bumi pendidik yang kami duduki sekarang. Assignment penuh bertimbun atas meja. Sentuh sikit demi sikit. Tetap menanti yang belakang. Banyak sangat!.

Kedai buku yang kami singgah
Bawaku ke hujung dunia
Subahanallah banyaknya pilihan Al-Quran
Bunga::kerana ku suka ia

korea dan k.wa tidak dapat dipisahkan
Tekanan kan duk di bumi pendidik. Banyak tekanan yang kami dapat terutama dari sebelah pihak tue. Haha. Bukan nak berpolitik Tapi inilah hakikat yang kami tempuh sepanjang berada di semester ini. Pilihan Raya Kampus merupakan salah satu medah pengucapan atau pengaruh yang sangat bermakna dan berbahaya. Mana tidaknya, pelbagai lontaran kata mahupun tindakan buta tuli tanpa usul periksa sebelah pihak sana membakar semangat kami. Ia sama sekali tidak akan melemahkan kami malah akan terus menerus menjadikan kami kuat dalam gerak kerja kami yang akan datang. Semoga Allah menuntun tiap langkah kami di sini. Bahangnya terasa dengan penuh kesungguhan kami bersatu padu menyokong pihak kebenaran dan menolak pihak yang menzalimi kami. Kami ingin tengakkan Haq dan runtuhkan Kezaliman. Kami bersama pemimpin kami yang satu Jalan dengan kami.

Allah memberi kemenangan dengan caraNya
Perlu diingatkan bahawa aku adalah Jiwa mahasiswa yang BUKAN 3K!

Setelah PRK kampus panas membahang di bumi pendidik ini, aku tidak lupa pada taklifan yang sdg aku pegang iaitu sbgai msulh TnQ-eh. Bermusafir bersama insan yang sudah terbiasa bersama mereka sepanjang gerak kerja anak negeri ini membuatkan aku dan mereka seakan-akan adik beradik rapat. Kami sentiasa mendoakan antara kami semuanya bahagia. Allah..kurniakan kebahagiaan buat mereka. 

ok! semua dah ada.....
 Apabila Exam...Imtihan nihaie buatku merupakan medan penyerahan seluruh jiwa padaNya yang satu...



 Walaupun kami bertiga sahaja yang melaksanakan tugasan, namun, kami tetap rasa bahagia..haha

Last sem3 Makan bersama MQ
Inilah Rumah MQ kesayangan

Tiru tulisan seseorg
Kan.....senyuman itu satu motivasi bagiku



Last sem 3 MQ keluar bersama
Kenangan bersama MQ sem 3

Last sem 3 Geng MQ
Rehlah sfDy >.<
Andai ditanya...Apakah perkara yang membuatkan kamu sentiasa bahagia..?
Jawapanku..Bahagia akan datang dan selalu hadir apabila bersama mereka. Sehinggakan aku merasakan semua masalah aku hilang setelah memandang wajah-wajah mereka.
"Siapakah mereka itu??..." 
Mereka Adalah insan yang sentiasa bermain di dalam kotak fikiranku.
Merekalah kekasih hatiku di dunia ini,
Merekalah satu-satunya yang tiada pengganti.
Aku Amat menyayangi mereka.
Merekalah keluargaku yang sentiasa berada di sampingku apabila aku memerlukan mereka. 
Semoga Allah memelihara mereka semua.


Tangan mariah dgn k.tyrah
Di perkuburan p.lang

Adik Hadi yg sukakan kucingnya
Ikan emas yang menjadi peliharaan Mariah


Dik Yah
Aku Masih ingat kata-kata Dik Yah "dik Yah suka pakai jubah la k.tyrah...seronok" "Nak pakai stokin jugak". "tudung labuh..."

Itu ungkapan dari seorang budak yang usia mudanya Allah memelihara dia, Semoga dia salah seorang Srikandi Agama Allah yang sentiasa di bawah pemeliharaan Allah.

Aku kagum dengan didikan ummi dan abah terhadap anak-anaknya yakni kami lapan beradik. Apa ya rahsia mereka? Nak tahu jugak....nanti, sebelum bergelar isteri, task untuk diriku...
"mengetahui dan membongkar rahsia didikan ummi dan abah terhadap anak-anak." 
hehe.
Sebelum masuk semester 4, Ummi dan Abah bawak aku pergi walimah dua pupu..anak kepada sepupu sebelah abah di UUM. Cantik pasangan pengantinnya. Ini bukan kali pertama jejak kaki ke sini. Dah kali yang ke berapa ntah...dulu temuduga MedSi kat sinila tempatnya. Sorg2 tanpa teman. huhu


Ini gambar M.lang dan Tok >.<

And.....For the last but not least, untuk semester 3 kali ini gerak kerja memang sangat-sangat kelam kabut sebabnya mungkin banyak sangat taklifan yangku baru sedari bahawa aku memegang amanah yang banyak ini. Maaf cakap, ana tak mampu sebenarnya untuk menyandang terlalu banyak taklifan. Ini akan menyebabkan aku stress atau...aku main kejar-kejar dengan emosi dan nafsuku. Biiznillah. Allah beri kerana Dia tahu kita mampu. Kuat dan terus kuat!

Oleh kerana itu, dalam keadaan sakit pun aku rasa mampu dan teringin untuk bersama mereka dalam sebuah latihan bagi meningkatkan daya tahan dan mutu gerak kerjaku. Hatta dalam tu pun..aku tak mampu sebenarnya nak kawal diriku. Pening-pening lagi..tambahan kesihatan yg kurang membenarkan aku untuk bersuara. Sakit tekak sangat + demam. Tapi..tetap aku gagahkan. bukan kerana nama. Bukan kerana si dia. Wallahi, kerana perjuangan atas JalanNya ini kutempuhi jua dan ku halau jauh perasaan yang Jahat setiap kali dia datang. MUJAHADAH!

kak Wada dan kak Huda yang pernah bermastautin di rumah ceQ! ;)

Duhai muslimah solehah, amanahmu adalah tanggungjawabmu. Buat kerja kerana ALLAH! 

Kalau buat kerja suka-suka kita akan dapat lelah, Tapi, kalau buat kerja kerana LILLAH, sesukar manapun ia tetap akan jadi mudah! Allahu musta'an. 

Terus melangkah wahai syathirah, Allah bersamamu. ::SENYUM !;;

0 comments: