Semester 3 yg amat mencabar emosi dan minda. Di sinilah aku mula mengenali 'mereka' dengan lebih dalam. Bukan sengaja aku kenali mereka. Ia adalah salah sebuah perancangan terbaik diaturNya buat hambanya yang dhaif ini. Tidak dinafikan sebagai manusia, kita pasti akan melalui proses pembelajaran melalui sebuah ujian. Itu adalah Tarbiyyah yg sengaja Allah campakkan buat semua hambaNya. Tidak terkecuali bagiku yang sedang menaip ini.
Adalah molek kiranya muhasabah semester 3 itu kulakukan sewaktu last sem. Ini tidak, dah sem 4 dah baru nak imbau kenangan lalu. Tapi, banyak hikmah yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Serius. Kehidupan yang paling 'mencabar' selama hidupku di sini.
Bila mengimbau kenangan lalu...sebelum tirai semester 2 tertutp dan membuka tirai semester 3, amanah berat di Pahang menjadi milikku. Tidak ada satupun ujian yang Allah datangkan untuk membebankan hambaNya kecualilah untuk 'mendidik' dan sesuai dengan dgn kesanggupannya. Selama di pahang..dan saat-saat perjalanan ke sana masih terukir di ingatannku selamanya. Biiznillah. Kerana ikatan aqidah yang kuat ini meneguhkan perjalananku dan mengukuhkan tapak kekuatan kaki yang melangkah ke sana. Sepanjang permusafiranku....disebaliknya tersirat kisah yang amat berat sebenarnya. Walaupun hanya sebagai pencatit, aku malu untuk berhadapan atau berdepan dengan semua. Tetapi, kerana amanah aku perlu laksanakannya dengan sebaiknya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaranNya. Sungguh! Rasa tak layak menjadi pencatit tatkala itu.