BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Rabu, 28 April 2010

DI manakah cantiknya seorang wanita??


Wanita...
Mungkinkah cantiknya pada sepasang matanya yg jelitanya menggoda,
Atau...
Mungkinkah pada bibirnya yg sering menguntumkan senyuman manis,
Atau...
Mungkinkah pada suaranya yg lembut bernada,
Atau...
Mungkinkah pada gerak-gerinya yg bijak menarik perhatian,
Atau...
Mungkinkah pada pakaiannya yg cantik bergaya,
Atau...
Mungkinkah pada hatinya yg sentiasa luhur dan ikhlas, yang sentiasa rindu pada tuhannya, yang sentiasa baik akhlaknya....
YA! Kini, ku temui jawapannya!!!
Indahnya serta cantiknya seorang wanita bukanlah hanya pada luaran, tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya...Ingatlah akhawat sekalian, kecantikan seorang perempuan bermula dari hatinya, Yang bersih dan suci...
BENTUKLAH DIRIMU WAHAI BUNGA-BUNGA ISLAM DENGAN KELOPAK KEIMANAN DAN KETAQWAAN, HIASILAH KEMBANG MEKARMU DENGAN SIFAT MAHMUDAH UNTUK MELETAKKAN DIRIMU SEBAGAI PUTERI SOLEHAH...
"Malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri & nama,
Tiada siapa yg akan boleh merampasnya melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri...,
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobahkan dan jua dari dibinasaknnya.,
Wahai putriku sayang,..Kau bungan terpelihara...Mahligai syurga itulah...Tempatnya...~"

Isnin, 12 April 2010

KHILAFKU….ASTAQFIRULLAHALAZIM….



"Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad "Wahai diri ..


Usahlah membesar-besarkan kesalahan dan kekhilafanmusehingga engkau mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan sehingga engkau mencampakkan dirimu ke dalam kehancuran sehingga engkau merasa terputus dari RahmatNya dan natijah akhirnya menimbulkan persangkaan yang buruk padaNya..


Wahai diri ..


Sesungguhnya ...Dia Maha PengampunYa Ghaffar ...Ya Ghaffar ....Ya Ghaffar


Ampunkan akan kesalahan-kesalahanku


Ampunkan akan kekhilafan-kekhilafanku


Ampunkan akan dosa-dosaku .....


Wahai diri ..
kerana dengan kesalahan-kesalahanku kerana dengan kekhilafan-kekhilafanku kerana dengan dosa-dosaku ...
Tersembunyinya di dalamnya kasihMu Terlindungnya di dalamnya hikmahMu ...
kerana kesalahan ...
kekhilafan dan dosa-dosaku merupakan "penghalang" penghalang bagi ujub di dalam diriku penghalang bagi riyak di dalam diriku pada ketaatan buatMu yang merupakan sebesar-besar dinding ..
yang merupakan sebesar-besar hijab ...
pada adab diriku antara aku hambaMu dan diriMu Tuhanku ..


Wahai diri ..


bersyukurlah padaNya yang disebutkan as-Syakurukerana kekhilafan ini kerana kesalahan ini kerana dosa-dosa ini tidak memalingkan kamu dari memandang selain diriNya ...
tidak memalingkan dari menyaksikan selain dariNya ...
seperti halnya ujub dan riyak di dalam ketaatan yang menyebabkan kamu memalingkannya dari memandang diriNya ..
bersyukurlah ...


kerana kekhilafan ini kerana kesalahan ini
kerana dosa-dosa ini Megundang kehambaan yang bertambah makin bertambah dekatmu padaNya yang Maha Pengampun
Yang tidak mengharap pada kehambaan diri selain DiriNya
Yang tidak berhajat pada kehambaan diri selain DiriNya bertambah hampir padamu
wahai diri menuju kepada Dia ..
menuju pengampunanNya ...
itulah pintu Sifat "dibelakangnya" pintu DzatNya


Wahai diri ..


Lihatlah hikmahNya
sekiranya jika tidak kerana kesalahan ...kekhilafan dan dosa-dosa itu lebih baik bagi dirimu ...nescaya tidak Dia membiarkan kesalahan ..


kekhilafandan dosa-dosa pada dirimu itu "bersatu selama-lamanya" ...Mungkin inilah antara hikmahNya kekhilafan ...kesalahan dan dosa-dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu agar "bersih" istiqamah ketaatan kamu kepada Dia ...
kerana ia peringatan yang memenuhi rahmat buatmu wahai diri yang lalai lagi leka .


Akhir sekali aku bermohon padaNya buatmu wahai diri ..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya LathiffDengan keberkatan dan kemuliaan kekasihMu Penghulu diriku Saiyidina Muhammad putra Abdullah al Hadi s.a.wYa Robbi Solli 'alan Nabiyyi Muhammadin , Khairil Anaami Waman bihi yutashaffa'uAku bermohon padaMu ..Ya LathiffAku merayu padaMu ..


Ya Lathiff
Jadikanlah kekhilafan ..kesalahan ...dan dosa-dosa yang telah aku lakukan
sebagai perpindahan buat diriku dari kehinaan maksiat padaMu kepada kemuliaan ketaatan kepadaMu ya Lathiff ..Allhumma Amin ..

MIN:muridin-halaqah.net-

Jumaat, 12 Mac 2010

Jangan Menangis Kerana Cinta Manusia..



Suasana pantai pada pagi ini amat indah sekali.Sang mentari baru terbit dari ufuk timur dan mula kelihatan sinar cahayanya.Kelihatan beberapa ekor burung camar bermain riang di langit seolah-olah turut menghayati ketenangan suasana pagi ini.

Kelihatan seorang pemuda sedang duduk di tepi pantai sambil merenung ke arah laut seolah-olah sedang melihat keindahan suasana laut namun tiada siapa yang tahu apa yang sedang bermain-main dalam fikirannya .Matanya kelihatan cengkung dan kuyu.Rambutnya kusut-masai dan tak terurus.Jika dilihat dari wajahnya,jelas menunjukkan bahawa dia sedang berduka.Seketika,kelihatan pula seorang lelaki tua datang dan duduk di samping pemuda tersebut."Assalamu'alaikum,nak,"Pemuda tersebut tersentak daripada lamunannya. "Wa..wa'alaikumussalam...Eh,ayah," Lelaki tua yang duduk di samping pemuda tersebut mengukirkan sebuah senyuman manis dihiasi pula dengan lesung pipitnya yang membuatkan sesiapa yang memandang senyumannya akan berasa tenang."Nak,ayah faham kenapa kamu berduka,"lelaki tua itu mula mengeluarkan bicara katanya."Nak,cinta manusia tidak kekal.Terkadang kita menyintai seseorang namun tak semestinya orang yang kita cintai itu akan turut menyintai kita.

Cinta bukannya boleh dipaksa kerana ia adalah melibatkan perasaan. Nak,dengarlah cakap ayah. Hentikanlah tangisanmu. Janganlah kau mengikut emosi dan nafsumu. Bangkitlah kembali,nak. Ayah tidak mahu kerana seorang insan bernama wanita membuatkan dirimu lemah tak bermaya.,"Pemuda itu mula bersuara meluahkan perasaannya,"Tetapi,ayah. Perit sangat rasanya apabila menyintai seseorang namun tidak dibalas malah dihina dan dicerca pula,"

"Sayang,nak.Sayyidi Ahmad Ar-Rifa'i pernah berkata,"Berapa banyak suara sepatu(lenggok wanita)di sekitar lelaki telah menerbangkan kepalanya dan menghilangkan agamanya," Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan perasaan emosimu. Sekianya engkau inginkan cinta mu dibalas maka utamakanlah cinta kepada Sang Pemilik Cinta Sejati. Insya Allah cintamu pasti akan dibalas." 

"Siapakah Sang Pemilik Cinta Sejati itu,ayah?" tanya sang pemuda kepada lelaki tua itu. "Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Maha Pemilik Cinta,nak. Seandainya engkau mengutamakan cintaNya nescaya engkau tidak akan berputus asa dan akan menjadi insan yang kuat dan bertaqwa. Bersabarlah,nak. Moga-moga kamu dianugerahi Allah insan yang bertaqwa dan menyintaimu kerana Allah. Usahlah menangis lagi,jangan bazirkan air matamu kerana sesuatu yang kecil. Tangisilah dirimu kerana engkau masih terhijab dariNya..." Jawab lelaki tua tersebut sambil memegang bahu pemuda tersebut.... 

Moga2 kisah ini dapat dimanfa'atkan bersama,Wassalam...
sumber cerpen:-Dipetik dari thread iLuvislam.com

Alamak! Ulser Menyerangku....

Ulser Mulut (Ulser Afta)
Soalanku:
Jawapannya:

Latar belakang...
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.
Apakah puncanya?
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
> Stres
> Perubahan hormon
> Jangkitan
> Kekurangan zat makanan
> Alahan
> Rawatan radiasi
> Rawatan kemoterapi
Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
=> Rasa membakar di dalam mulut
=> Kesakitan
=> Ketidakselesaan yang berpanjangan
=> Hilang selera makan
=> Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
1. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
2. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
3. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
4. Makan makanan yang lembut.
5. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
6. Minum air secukupnya.

Fakta dari : www.myhealth.gov.my

Khamis, 11 Mac 2010

Jadilah WANITA SOLEHAH....


Ayat 1000 Dinar...


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Wallahua'lamuBissowab..

Rabu, 10 Mac 2010

Doa'...

Kadang-kadang kita lupa/alpa dengan dunia....Maka, ana ingin meletakkan satu video yg boleh mengambil perkataan-perkataannya menjadi doa seharian...Insyaallah.


Ianya tidak sesuai bg usia sebaya ana...Tapi, saja nak letak..Moga2 nanti kita semua akan mendapat jodoh yg baik,Insyaallah...Bagi ana lebih baik diri ini tidak mendapat cinta dari manusia yang penuh dengan hawa nafsu, cukuplah sekadar cinta hakiki buatku...

CINTA ILAHI,KEKAL ABADI!
wallahua'lam

JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN KESANNYA PADA PERIBADI SESEORANG....

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut:

Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlakupada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkansifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,sum'ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, makaakan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkanrasa sombong, riyak, sum'ah, pemarah, hasad, minta dipuji,meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika sifat ketuhanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlahpada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal'iya–zubillah.

Sahabat-sahabatku..


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!!!
Tingkatan 2 (2008)
KENANGAN BERSAMA2...







PERNAHKAH anda menangis?Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.

Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Artikel asal:-iLuvislam.com

Ahad, 7 Mac 2010

Warkah buatmu...kaum hawa!

WARKAH BUAT HAWA...

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

Sabtu, 27 Februari 2010

GAGAL BUKAN SELAMA-LAMANYA...

Firman Allah Taala yg bermaksud:
"...dan janganlah engkau berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."

#Jangan jadikan kegagalan ini sebagai alasan untuk berhenti belajar.Pendidikan merupakan pelaburan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga pada masa hadapan.Hayatilah pengorbanan ibubapa yang membesarkan kita demi masa hadapan yang lebih baik.#
*Hargai Dan Balaslah Jasa Mereka*

GO..GO..CHAYOK!
-usaha lagi kerana disebalik kepahitan itu pasti ada manisnya-

Khamis, 25 Februari 2010

Khabarkan padanya.....


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Sabtu, 13 Februari 2010

Surat Wasiat dari penjaga makam Rasulullah...Sheikh Ahmad Maeine.

Assalamualaikum Wrm Wbr.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW, Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pd suatu malam semasa membaca Al-Quran di makam Rasulullah, beliau tertidur dan bermimpi didatangi Rasulullah SAW yg bersabda kepadanya :
'dlm 60 000 orang yg meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yg matinya dlm keadaan beriman.
a)isteri tidak mendengar kata suami.
b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

PerpiSaHan...Semoga ukhuwwah kita berkekalan~

F4: Ingat kenangan semua bersama-sama di MMPG... Sedihnya, memang lumrah kehidupan ....
Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan ...
Pergilah gelita Hadirlah CaHaYa!!!

• Dikeheningan malam yang sunyi, ku tersentak dari mimpi ... kenangan silam kembali ... mengetuk sanubari ...
• Terbayang semua kenangan, bersamamu guru dan teman mengannyam kenangan yang indah ... tika di MMPG ...
• Ya Allah tabahkan diriku ... menghadapi perpisahan yang pilu ... selamat tinggal taulan dan guru, izinkanku pergi dulu ....
• Redhokanlah pemergianku ... demi sebuah perjuangan ... redhokanlah aku ... GURU ... demi kejayaanku ...
• Nasyid ni kawan ana yang nasyid ... masa malam perdana Aspuri 09 tahun lepas ... Nurasiqin Ismail ... Go0D LuCk 4 her ...

Dan x lupa juga kepada kawan-kawan yang sudah meninggalkan kami semua di sini>> ..
* AAQ, HM, IZA, MF, NM, AZ, AAB, .. dan yg lain.

(Jgn lupa dtg ziarah kami kat sini!)

HAYATILAH DOA INI…




Ya Allah, dakaplah erat2 dirinya agar dia tak pernah rasa ingin meninggalkanMu, walaupun ditinggalkan sekalian makhluk.
Balutilah hatinya dengan kesucianMu agar dia tak pernah dikotori walaupun di sekelilingnya dipenuhi coretan hitam maksiat.
Sertailah setiap langkahnya agar dia sentiasa dituntun ke arah sabilMu walaupun dalam kembaranya ditaburi dengan duri2 ujian yang menyakitkan…
Peliharalah dirinya kerana hanya Engkaulah sebaik-baik pemelihara.

AMEEN YA RABBAL A’LAMEEN…

Jumaat, 5 Februari 2010

Al-Quran Karim...


1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikanDi luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan ,Tanpa wudhu' - 10 kebajikan

6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.

7. Keselamatan daripada api neraka.

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.

9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.

10. Pembaca akan memperolehi keamanan.

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin' Syuhada' dan Solihin.

13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.

14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.

15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.

19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.

20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 raka'at.

21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.

23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Al-QuRAn~~KaLaMuLLaH...

HadiS...


1.Pergaulan Sebenar :
Dripda Abu Musa al-Asy'ari r.a..Nabi s.a.w bersabda:"Orang yg bergaul dgn org yang soleh dan orang yang bergaul dgn org yg jahat ibarat orang yg membawa kasturi dan orang yg menghembus alat menyalakan api.Orang yg membawa kasturi sama ada ia memberikannya kpd kam,atau kamu membeliny,atau mendpt bau yg baik.Manakala org yg meniup alat menyalakan api,sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendpt bau yg busuk."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2.Bersahabat Dengan Mukmin :
Daripda Abbu Said al-Khudri r.a..,Rasulullah s.a.w bersbda:"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn orang mukmin; dan janganlah org tidak b'takwa memakan makanannya (makanan yg tidak halal) melainkan makanan orang yg bertakwa (makanan yg halal)."
(Riwayat al-Hakim)


3.Pilih Sahabat Terbaik :
Dripada Abu Hurairah r.a..,Nabi s.a.w bersbda:"Seseorang insan adalah terikut-ikut dgn adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dgn siapa kamu b'sahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

4.Sahabat Terbaik :
Dripda Abdullah bin Amr r.a..,Rasulullah s.a.w bersbda:"Sahabat yg terbaik di sisi Allah adalahsahabat yg paling banyak berbuat baik kpd sahabatnya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Jumaat, 29 Januari 2010

Untuk Gadis Sahaja...



Seorang gadis itu...


Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...


hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang gadis itu ...


teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...


bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan Ilmu, si teman bicara, dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...


bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah...


Seorang gadis itu ...


perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...


melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...


yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ...anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ...


tinggallah di dunia, sebagai Abidah, dah payah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...


moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI


Apabila kamu berkawan dengan lelaki...


Ingatlah ada dua pilihan terbentangYang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..Diparut..Diperah..Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah..

Beruasaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..

Kamu pilihlah samada Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisa habis ditelan..

dan santan hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..

tertanam di dasar yang paling dalam..

sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi permata hiasan..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama mutiara tertanam..makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..mudah jadi perhatian..tapi hanya sebentar jadi santapan..Menjadi mutiara..sukar ditemukan..namun bila dihias indah gadis perawan..
wallahua'lam..

OH IBU.! kesayanganku...



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibukmenyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yangbertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambutkertas yangdihulurkan oleh sianak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:1) Tolong pergi kedai RM4.002) Tolong jaga adik RM4.003) Tolong buang sampah RM1.004) Tolong kemas bilik RM2.005) Tolong siram bunga RM3.006) Tolong sapu sampah RM3.00Jumlah : RM17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anaksambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatangpen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yangdituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" padamukasurat yang ditulisnya.Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who'snext? My Mother!Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah komen inikepada sahabat-sahabat anda.1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu2-4 orang : Kamu sayang ibumu5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu danjuga semua orang!




sAyAnGiLa IbU aNdA

WaNiTa....


Khamis, 28 Januari 2010

INSAN...




Berhenti merendahkan orang lain!

Berhenti meremehkan ahli maksiat!

Kerana ini tidak akan merubah apa-apa selain menimbulkan rasa sombong kerana merasa diri lebih baik, sedangkan kita tidak tahu darjat seseorang itu disisi Allah.

Maksiat dosa yang menimbulkn rasa rendah diri dan memohon rahmat Allah lebih baik dari perbuatan ta’at yang membangkitkan rasa sombong ujub dan besar diri.

Abu Madian r.a berkata:

“Perasaan rendah diri bagi seorang yang telah berbuat maksiat dan dosa itu lebih baik dari kesombongan seorang yang taat”

Walaubagaimanapn ini tidak bererti menanggap remeh pada dosa tetapi apalah ertinya kita taat yang membuatkan kita melakukan dosa besar iaitu sombong.

Oleh itu kekurangan orang lain bukanlah untuk kita menjadi sombong tetapi jadikan ia sebagai amal untuk kita tolong orang supaya mengetahui dan memperbaiki kekurangannya

Sungguh mulia seorang yang rendah hati dihadapan orang dan merasakan semakin rendah diri dihadapan Allah. InsyaAllah....

Apa kata lelaki....


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiamLelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...Kalau perempuan tak cantik berbuat jahatLelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahanLelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahanLelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsomeLelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsomeLelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...Kalau perempuan cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasihLelaki akan kata: patut pon kena reject...Kalau perempuan cantik bawa BMWLelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...Kalau perempuan tak cantik bawa BMWLelaki akan kata: mesti anak org kaya niKalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelakiLelaki akan kata: wah...caringnyer...Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelakiLelaki akan kata: eleh,gedik la tu...Kalau perempuan cantik bersedih hatiLelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...Kalau perempuan tak cantik bersedih hatiLelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...Kalau perempuan cantik pandai masakLelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masakLelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskolLelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...Kalau perempuan tak cantik main2 miskolLelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!Kalau perempuan cantik hantar email hari2Lelaki akan kata: sukenyer...!!Kalau perempuan tak cantik hantar2 emailLelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
Begitulah penilaian manusia mengikut nafsu terhadap manusia yg lain..Jgnlh memandang manusia dgn pandangan nafsu semata-mata.. Secantik mana pun seseorang itu, Sesungguhnya Allah tidak menilai seseorg melalui rupa paras yg cantik akan tetapi Allah melihat kepada HATINYA...

Syafa'at yang ditunggu..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

 ‘' Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

 Tapi lelaki kacak itu berkata,
 "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

SUBAHANALLAH....

Rabu, 27 Januari 2010

PeRkataaN bertemu/berpisah...



Perkataan "BYE" adalah jarum sulit kristian yg bermaksud dibawah naungan pope (paderi).

Dan jangangunakan "A'KUM" kerana ia bermaksud "binatang" dalam bahasa ibrani (YAHUDI).

SEMEKUM bermaksud "celaka awak".

Atau ape2 lagi melainkan "assalamualaikum".

Gunakan "salam" walaupun untuk singkatan assalamualaikum.

sama2 lah kita membetul kan diri dari dosa yg tidak sengaja ini....

Selasa, 26 Januari 2010

Jarak antara Hidup&Mati kita tidak jauh...


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.




Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...

QALBI...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,

jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..

Ya Muhaimin,

jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,

jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahidMu..

Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,

jangan biar aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Muhaimain,

jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi..

dan rindu abadi itu hanya padaMu..


Amin Ya Rabbal Alamin..

Isnin, 25 Januari 2010

MANUSIA OH MANUSIA...


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

WAHAI MANUSIA...INSAFLAH KAMU SEBELUM KAMU DIINSAFKAN..

Buatmu Yg Bergelar TEMAN...


Dalam senyuman ada maksud tersirat.

Dalam ketawa ada tersimpan kesedihan.

Dalam hati tersimpan seribu rahsia.

Tetapi ... Dalam persahabatan, tersimpan



SERIBU kenangan...*

Ingatlah dirimu begitu berharga...

Ahad, 24 Januari 2010

SuRat Buat Kaum Adam...



Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Jumaat, 22 Januari 2010

Aurat Oh Aurat...


AuRat...

PNdeDaHANMu AdKaH 1KNiKMtaN..?

AtaU MNdeDAH diRi KeaRaH KJaHiLaN..?

LiritAN MAta MMnDaNG AdKaH e2 1tuJuaN..?

APKaH YG eMPuNYa JsaD MaHu MNJd tNtutaN..?

atAU SKaDaR MNuNJuK PtONGaN BdaN..?



PtiH KLitMu 1PGHrGaaN

YG SaWA MtG tUrUt PRaSaN

CNtiK e2LarH KbGGaaN

SGGuP KaU GdaiKaN MLaLui FSYeN PKaiaN



YG KtAt MNMPaKKN MDaN2 SeNi MMbeRaHiKN

YG BLaH MNMPaKKN CeLaH2 KeeNaKN

MHKOta RMBut MNJdi HiaSAN

BiRU MeRAH dWJaH SaDURaN



AWas..

APBiLa JeJAKa MNCeCAH KeiNGiNn

KLiBat JaNtaN MuLa BrKeLiaRN

SeLuaR PJG SdaH dPNdeKKn

MULa tRPNCaR KeiNGiNn MGaWaN

MatA tRBLiaK BGai KCiNG MReNuNG iKn



AWas LarH..

WaHai Si MaNis sPJG ZMaN

Dr dtLaN SriGALa KLPaRn

ttUP LaRH auRat DMi KSELaMtaN

e2 LarH SYriAt SuruHan TUHAN

LMbaNG iDNtiti MSLiMaH BrWaWasAN



Dr ROKiaH AHMaD

UKM 1+9+2003



MGaPa AuRat HRaM dDaHKn?

1ReALiti MaSa KiNi

Khamis, 21 Januari 2010

Assalamualaikum....


'Penatnyaaa!'.....

Begitulah keluhan bila balik sekolah, terutama adik-adik yang baru bersekolah rendah.Hari persekolahan memang memenatkan,tapi penat tak akan terasa bila kita semua pergi sekolah bukan semata-mata kerana sijil, yang paling penting menuntut ilmu kerana Allah Taala.Menuntut ilmukan 'wajib' bagi semua umat islam...

Salam Pembuka Bicara,SeMurni Ukhuwah...
Pengenalan: Nama ana *dirahsiakan* maksud kpd nama ana kepintaran/pintar.
Seorang Muslimah Sejati (InsyaAllah).
Masih menuntut ilmu di Salah sebuah Maktab Mahmud Cawangan di Kedah dekat ngan Tobaiers.
Ana ni budak kampung tapi, jgn main2 tau! Dalam kampung pun tapi 'celik Internet' !
Inilah kali pertama ana menulis di dalam blog...tak sangka ana ni dah punya blog sendiri..kalau beritahu kpd kawan-kawan mesti 'depa' x caya kan?..
Alhamdulillah,kini secara rasminya ana membuka blog 'Tinta Permata' ana yg tak seberapa hebat nie..
Asalnya ana nk buka blog ni dgn kak ana tapi tak jadi...klu tidak nama blog ni bukannya tinta permata tapi , 'tinta 2 permata'....
Nak buat mcm mana, kita hanya merancang dan Allahlah yg menentukan segalanya...
Akhir kalam dari ana: Semoga 'interest mencuci mata' di sini...Terima kasih!

p/s:kpd sesiapa yg telah membuka blog ana ni@ yg mengenali ana, jgn bgtau org lain tntg blog ni ye...Salam Pembacaan 4 all.

2010