BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WRT.WBT.

Salam Sejahtera atas kamu duhai saudara Muslimku...

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN

Semoga ziarah antum ke blog ini beroleh manfaat...

Muwasafat Tarbiyyah

10 Peribadi Muslim : As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Ahad, 4 Jun 2017

Tunangku @ Calon Suamiku ...

Sehinggalah ke saat malam yang dingin ini saatku hembus dan tarik nafas anugerah Allah ini... Sejujurnya, aku tidak mampu menggambarkan kegembiraan sekeping hati yg berada dekat dgn diri.

Ya, Aku tersangat bersyukur dengan sesyukurnya. Sepertimana aku khabarkan tadi, hatiku kini telah kembali berbahagia dan gembira.

Nikmatnya Ya Allah...
Nikmatnya yang aku rasai saat ini...
Sedang dalam nikmat yang aku sendiri tidak pasti adakah aku bakal diuji dengannya.

"Status wasap"

Aku telah jatuh cinta..
Tp aku takut untuk memaklumkannya.
Malu aku padanya andai rasa cinta itu belum pun sampai pada masa yg sepatutnya.

Nikmat Allah harini yg paling aku syukuri adalah... Hadirnya seorg insan yg Dia takdirkan buatku.
Dia bakal bertahta di hati cintaku setelah Allah dan Rasulullah, Ummi dan Abah..
Bakal menjadi calon Syurgaku kelak.

Tunangku...
Pernah ku coretkan kata buatmu.
Namun hari ini, aku melihat kehadapan...
Kau, bukan lagi akan ku sebut "tunanganku.."
Malah yg lebih layak ku ucapkan padamu adalah...

"Wahai calon suamiku ataupun wahai calon Imamku."

Untukmu calon imamku,walaupun aku tidak mengenali siapa dirimu, engkau masih menjadi rahsia buatku, Penciptamu masih lagi mahu merahsiakan engkau daripadaku, yang masih aku harapkan pada setiap sujudku. Hanya takdir yang mampu temukan kita sahaja.
Ketahuilah wahai bakal suamiku, mengetahui namamu tidak menjadi idamanku, tetapi untuk mengenalimu tahap imanmu adalah idamanku yang sentiasa aku selitkan pada setiap doaku. Bertahun lama aku nantikan bukan dirimu, malah lafaz yang engkau akan lafazkan ketika akad nanti yang akan membimbingku ke Jannah Allah adalah yang sering aku nantikan. Tiada yang lebih penting dapat membahagiakanku, tapi didikanmu ke jalan Allah yang mampu membahagiakanku kelak. Jadilah suami yang mampu membawaku bersama-sama ke jalan Allah. Itu sahaja yang aku dambakan selama penantian ini.
Wahai calon suamiku,Dari awal lagi sudah aku tahu, bahawa dirimu bukan milikku sepenuhnya, tapi milik Allah, engkau hanya dijadikan medan yang dicipta oleh Allah untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini. Buktikanlah padaku engkau mampu lakukannya. Aku sentiasa berdoa agar dikurniakan seperti yang didambakan supaya aku tidak leka akan duniawi.
Wahai calon suamiku,Aku sentiasa berdoa pada yang Esa, temukan aku dengan insan yang boleh membawaku ke syurga-Nya. Aku harap engkau turut mempunyai niat yang sama. Bawalah aku ke syurga, pimpin lah aku supaya aku sentiasa berada di jalan yang benar, agar tidak terpesong akidahku. InshaAllah. Wahai calon suamiku, sesungguhnya, aku setia menantimu sehingga ke saat ini.Wallahu'alam.
Aku sentiasa berdoa agar Allah dekatkan hati kita meski kau ingin untukku jauh darimu.Kerana Aku telah menyayangimu.  Jujur, aku telah menyayangimu.Dan aku berharap kaulah yg terakhir buatku, wahai calon imamku.

29April2017
bersamaan
2Sya'ban1438h
Alhamdulillah... engaged"

Rabu, 31 Mei 2017

PraKTIKAL yang kritikal . (Sem7)

Alhamdulillah masa ni, kuat rasa dalam hati untuk menulis lagi. Maka hati berkeinginan dan jari jemarilah yang bertindak mengiyakan atau mendustakannya... dah lama sangat tak tulis dalam blog kesayangan nih. Acewah! kesayangan sangat kan. . ..

Bias hidup selama dalam sem tujuh ni sangat memberi makna yang terlalu besar buat diri.
Hanya yang mengalami mengetahui segalanya.
Apa yang nak dikongsikan di sini adalah :

(PERTAMA)
KeIkhlasan.
Ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Pada mulanya, aku akui ikhlas itu sukar dicapai...tp, bila aku tajdid semula niatku di sana maka tatkala itu aku temui penawar yang Wah! Hebatnya kuasa Ikhlas...!

(KEDUA)
KeSetiaan & KeCurangan dalam Persahabatan Ukhuwah 'fillah'.
Di sana aku tinggal dgn sahabatku Afifah dan Anis. Sahabat sekepala, sahabat seikatan Iman. Aku tak pernah tak sayang dua org hamba Allah ni. Melainkan....ahhh! Aku malas membuka cerita lama. Yang hanya akan membuatkan aku kesal atas tindakan ku. Aku diam seribu bahasa. Aku perhati satu per satu tingkah laku mereka. Aku kesal. Namun apa dayaku untuk menarik semula cerita yg telah berlaku. Duhai Anis dan Afifah, maafkan lah diriku ini sepanjang fatrah kita di sna. Sungguh aku syg kalian keranaNya.! Maafkan segalanya.

(KETIGA)
KeCurian, KeMalangan dan KeSakitan.
Di MMI juga ada berlaku kes kecurian yg aku pun tak sangka akan terjadi sedemikian.
Walaupun begitu, aku tetap bersangka baik atas apa yg telah berlaku.

Seterusnya peristiwa kemalangan yang tak dapat dilupakan sampai hari ini. Alkisahnya, haritu memang aku penat sikit. Lepas balik dari sekolah, mcm biasalah aku menunggang motosikal kesayanganku balik ke rumah sewa. Dalam beberapa meter saja nak belok ke simpang rumah tersebut, tayar motoku terseret dengan batu-batu kecil di hadapan simpang. Tanpa aku sedar, moto tak dapat dikawal dan aku rebah! bersama teman sepraktikalku di atas moto. Alhamdulillah, lepastu ada beberapa orang yang sudi membantu bawa moto ke tepi dan tumpangkan aku dan temanku itu ke klinik berdekatan, membawa masuk ke bilik kecemasan. Mulanya aku ingat sudah hilang kaki kiri ku itu, tapi dengan izinNya jua, lukanya kecil kerana terseret saja. Tapi, aku berjalan sudah tak seperti org biasa la waktu tu. Dapatlah mc seminggu ke beberapa hari. Sadis amat.! Cuma aku bersyukur Allah masih menyayangiku dan memberiku peluang berjalan dengan dua kaki ini. Alhamdulillah...

Antara peristiwa lain yang tak dapat dilupakan juga adalah...Gastrikkkk menyerang tubuhku. MashaaAllah! Sakitnya hanya Allah yang tahu. Pedih sgt perut ni dan tak dapat nak fokus buat kerja apa pun waktu tu, aku ingat lagi yang hanya dapat masuk dalam perutku waktu itu hanyalah bubur nasi dan air shj... Dan dari situ juga aku belajar untuk tidak lagi membiarkan perut ini kekosongan tanpa diisi kerana aku bakal menyakiti diri sendiri. Aku serik!.

(KEEMPAT)
KeMatangan.
Dalam mengawal emosi perlu ada kematangan dan di tempat yg betul. Aku juga perhatikan bagaimana kematangan seseorang itu dgn tutur katanya. Semanis apa pun seseorang itu, tutur katanya melambangkan dia. Andai hanya menyakitkan hati org, dia tetap tak matang dlm berbicara!

(KELIMA)
Catitanku...

"Harini dalam sejarah" 10 November 2016, Khamis, 8.30a.m


  • Ustazah Maleha - semalam dah berjanji untuk datang sekolah betul-betul pukul 8.30 pagi. Sampai sekolah pukul 8.45 pagi. Hanya Allah yang Tahu, diri ini ditutupi malu sampai ke hari ini.
  • Masuk dalam bilik Ustazah, Ustazah adakan sesi Refleksi dengan Syathirah dan Hanya Syathirah di situ. 
  • Banyak sangat input hasil pertemuan singkat itu sehinggakan tertunduk malu sesungguh-sungguhnya diri ini dengan sikap yang tidak baik sepanjang aku di sana. 
  • MAAHAD MAARIF AL_ISLAMIAH
  • Harini betul-betul aku rasakan bahawa MMI adalah sangat bermakna buatku.
  • Dari awal jejakku di sini aku dapati kecilnya Maahad ini tidak bermakna aku tidak akan 'belajar' apa-apa. TIDAK!
  • YA!!! Aku BANYAK SGT belajar dari MMI.
  • Ustazah Maleha Terbaik !
  • MMI Terbaik !
  • 5 bintang khusus buat MMI !
  • Kata Ustazah Maleha "Ini adalah kali yang pertama MMI menerima kehadiran guru praktikal ke sini. Menerusi itu, Ustazah meluahkan rasa kesalnya ke atas perkhidmatan professional kami di sini.
  • Secara peribadinya, memang maahad terpaksa menghadapi pelbagai ragam dan karenah pelajar, itu adalah biasa bagi semua guru hatta pengetua sendiri pun menghadapi perkara tersebut.
  1. Kecuaian kami menghantar RPH tatkala diminta oleh pengetua (Jumaat@Isnin)
  2. Silibus PSI - Kata Ustazah "Ustazah sanggup mengorbankan madah ini buat antuma jalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Tapi...Ustazah kecewa kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan.
  • Kemudian datang Ustazah Zaleha..(PK Kurikulum) yang telah cuba buat yang terbaik untuk membantu kami sepanjang praktikal. Tiada langsung rasa ingin memBULI sebagai ayat psikologi yang mereka berikan kepada kami . Tidak serupa langsung seperi kawan-kawan praktikal lain. Tiada satupun tugasan berat yang diberikan kepada kami. Tiada!.
  • Namun, apa yang amat mengecewakan adalah apabila tugasan-tugasan kecil yang diberikan jua bermasalah dan sambil lewa. Itukah tugas seorang guru yang professional ??!.
  • Cara mereka sudah profesional pd kita, tp bagaimana kita mendepaninya dgn profesional atau tidak...!
  • Aku bahagia dgn pertemuan singkat itu. Dan akhirnya aku memohon maaf pd ibu dan ayah yg sering dibicarakan sedangkan mereka org baik² saja.
Ustazah juga sempat bertanya tadi... "Adakah kamu ingin menjadi insan yang mendahului masa atau insan yang tepat masa ataukah yang terlajak masa ?". Fikirkan.

Ustazah Zaleha (Ummi) adalah seorang yang sangat menjaga MASA. Belajar dari Negara JEPUN sana. Jepun sangat tepati masanya...

"Ya Allah...tidak ada teguran yang lebih indah dari harini...."
"Sesungguh-sungguhnya aku benar-benar terharu dengan segala bait kata yang diungkapkan kepadaku".
"Beberapa das tembakan menusuk jantungku...pecah, dan mencantum kembali. Aku telah jatuh cinta..."

  • Konklusi yang dapatku nukilkan adalah, Ustazah Maleha mengajar semua guru-guru akan sebuah :
  • Keperihatinan terhadap pelajar dan guru
  • Tanggungjawab dalam bekerja
  • Amanah seorang guru dalam kerjayanya
  • Mendahului Masa
Kata Ustazah Zaleha (Ummi) lagi : "Kalau settel semua kerja mula dengan awal pagi, segalanya lancar bak mentari menyinari".

Rasa nak rakam semula apa yang dinukilkan dan dinasihati tadi. PENUH EMAS & PERMATA.

Akank kenang hingga ke akhir hayatku nanti. Terima kasih warga MMI terbaik !!!!

Menyesal tiada guna lagi. Maafkanku duhai MMI, jika hadirku hanya untuk membebankanmu. Aku tahu, aku berdosa, ampuni salah dan silapku semua...

 #Andai diberi peluang buat kali keduanya, Inginku ukirkan dengan sebuah nilaian perbuatan atas segala nasihat dan tunjuk ajarmu padaku.
#Tangisan hari ini akanku ingat sampai ke hari esok,
#Inginku lihat apakah MMI telah mencorakku menjadi guru yang dewasa kelak!
#Siapa aku bermula hari ini.
#Siapa aku Esok bermula dengan apa yang aku baca
#Siapa aku Esok bermula dengan apa yang kudengar hari ini.

Antara koleksi yg menjadi kenang-kenanganku sepanjang di MMI :










Benarlah, PENGALAMAN itu MEMATANGKAN
Terima Kasih Ustazah Maleha dan seisinya !
Ku mula menyayangimu segenap jiwaku !

N A S I H A T ustazah Jadi U B A T sepanjang Hayatku !
T E R I M A K A S I H M M I !

#Al-Fatihah buat arwah Ustazah Maleha.

Khamis, 12 Januari 2017

Rindu pada Tarbiyyah itu...

" Akhi, ana rindu kepada sosok al-akh itu. Dulu dialah yang tarik ana dalam tarbiyah ni. Tapi, sekarang dia pula menjauh. Hilang dari pandangan. "

Seorang al-akh meluahkan rasa rindunya kepada al-akh yang lain.

Tipu lah!. Siapa kata tak rindu sosok tubuh itu.

Antara perkara yang biasanya akan paling kita ingat ialah,
insan yang pertama-tama menjebakkan kita dalam tarbiyah ini.

Bila kita dah mula rasa manisnya tarbiyah,
mulalah kita buat 'trowbek'.

Pernah tak ada insan yang dulunya sangat bersemangat tarik anda dalam tarbiyah,
Akhirnya,
Dia pula yang hilang?.

Dia yang setup halaqoh anda,
dia yang melompat-lompat ajak anda ke daurah sejarah,
dia yang berapi-api bagi anda tazkirah.

Tsabat.

Anda perlu faham erti tsabat.

Kita tak tahu apa yang mungkin menimpa al-akh kita itu.

Doakan dia dalam doa-doa kita.

Tapi kita?.

Belajarlah untuk terus tsabat,
untuk terus ikhlas.

Ahad, 8 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Permulaan yg baik untuk insan yg baik.
Biiznillah. Dengan BISMILLAH ku melangkah...
Tahun baru, azam pon baru. Niat baru.
Tiada kata. Hanya ingin mencoret GOALS yg Bakal dilakukan pada tahun 2017 : 😊

Tahun Ni, FOKUS perlu lebih utk Fardhul Muslim.
Bergariskan 10 Muwassafat Tarbiyyah, perlulah difokuskan kepada...

🐝 MENJAGA MASA : Jadi insan yg senantiasa mendahului masa ! MMI terbaik !!!! 🌻
💪Esaimen AWAL !
💪OT ! On time ! :#no more Late&Last !
💪GOT "Grad On Time"
💪Janji mesti ditepati, sebelum berjanji,,,tengok kemampuan diri.

🐝 MAMPU BERDIKARI :
💪Sekurg²nya dpt buat perniagaan kcil²an
💪MATANG dlm bersuara dan tindakan.
💪Selesaikan MASALAH yg timbul dgn sesegera yg boleh.

🐝 LUAS PENGETAHUAN :
💪20 buah buku habis dibaca
💪Terutama Bab Politik Pas, Tarbiyyah
💪Fiqh dan Sirah
💪Dpt bertalaqqi di pondok sekurang²nya seminggu.

🐝 BERMANFAAT PD ORG LAIN :
💪Team PDI ameerah,Kedah
💪Bantu J dan Ahlinya
💪Ada masa Join program J

#Perkara wajib utk diri SETIAP JUMAAT
🚨TAHAJJUD 🚨DHUHA

Dan selebihnya percaya pd diri, InshaaAllah. Permudahkan Ya Allah. Semoga Allah jaga dia. Amiin.
Allah..Jadikan tahun ini tahun yg terbaik sepanjang di UPSI.

P/s 'tak fokus pd perkahwinan, ilmu tu dia mai sendiri dlm pembelajaran kehidupan. Allah atur, kita rancang. Moga DIA beri yg terbaik. Moga Allah redha. Moga Allah Jaga.'

Bicara soal Perkahwinan...

"Apa matlamat perkahwinan bagi awak?"

Bila soalan itu dilontarkan, dia terdiam.

Baru terfikir barangkali.

"Mahu ke syurga bersamanya kan?"

Dia angguk.

"Tapi bukan senang untuk melangkah berdua bersama-sama.

Sedangkan melangkah kaki sendirian ke masjid pun berat, inikan pula berdua jika yang tak pernah angkat kaki ke rumah Allah.

Sedangkan nak sujud dahi ke sejadah waktu qiam pun boleh bilang dengan jari sendirian di tengah malam, inikan pula nak gerak pasangan di sebelah yang tengah nyenyak dalam lena.

Sedangkan hati dan jiwa sering tidak sabar, mudah marah dan emosi bila dicuit ujian masa penat belajar, penat menunggu bas, penat buat kerja rumah, mudah merajuk dengan mak ayah.

Inikan pula nak sabar dengan pelbagai kerenah pasangan yang berbeza."

Saya beritahu begitu, riak wajahnya nampak tidak bersetuju.

"Tak mengapa, semuanya boleh berubah lepas kahwin. Dia didik saya, saya nasihati dia. Bukankah pernikahan itu saling melengkapi?"

"Ya, itu tak dinafikan. Suami sebagai pembimbing buat isterinya. Tapi cuba lihat si ayah, mudahkah didik anak perempuannya dari kecil untuk solat, tutup aurat, ikut syariat hingga dewasa?

Ia memerlukan masa kan?

Kalau ada yang berubah tiba-tiba 360 darjah dalam masa sebulan kahwin, saya tak rasa itu perubahan yang kekal lama.

Sekejap sahaja, nanti dia akan kembali pada perangai lama semula.

Masing-masing ada tabiat tersendiri, ia bukan mampu diubah dalam masa sehari. Sebulan belum tentu, Setahun pun tak dijamin. Bergantung pada proses didikan dan bimbingan.

Bukan mudah suami nak dengari nasihat isteri jika tidak pandai berhikmah kata, bukan mudah isteri nak ikut cakap suami jika tak kena dengan lagunya."

Dia diam lagi.

Saya biarkan dia berfikir, dan fikiran saya juga turut terbang hingga ke akhirat.

"Jadi, bagaimana nak sampai pada matlamat?"

"Jika benar-benar seorang muslim ingin bernikah kerana Allah, segalanya akan dilakukan selari dengan kehendak Allah.

Sedaya upaya lakukan yang terbaik kerana Allah. Buktikan dengan amal soleh di sisi-Nya.

Bukan dengan semakin tenggelam dengan hawa nafsu perasaan semata. Bukan dengan buat apa yang kita suka sahaja. Tapi apa yang Allah suka tak mahu ikut pula.

Jika kelak rumahtangga dibadai ujian hebat, iman tidak gentar bergolak.

Keduanya akan sama-sama kembali pada Allah, kerana asas permulaannya mereka mulakan dengan Allah.

Namun jika permulaan itu rapuh, maka tiang rumah juga mudah bergoyang bila ditiup dengan angin dugaan.

Esokkan bila bergaduh, jangan tanya 'Kenapa awak kahwini saya?

Jangan jawap 'Hanya sebab saya cintakan awak.'

Kerana cinta mudah musnah bila hilang rasa tenang, rasa bahagia.

Tapi jika kerana Allah saya menikah, maka cinta itu akan tetap utuh dan teguh bertahan kerana Allah. Cinta itu selari dengan tanggungjawab, tunaikan hak pada yang berhak."

Dia mulai mengerti.

"Awak cakap macam awak dah ada pengalaman je."

Saya tergelak kecil.

"Apakah perlu terjun dalam laut dulu baru tahu laut itu masin dan dalam?"

"Belajarlah dari pengalaman hidup orang. Tanyakan pada mereka tak perlu banyak-banyak soalan.

Hanya tanyakan apakah matlamat perkahwinan baginya? Dan apakah yang sedang dia siapkan untuk sampai pada matlamat itu?"

"Ketahuilah, di saat kita sedang teruja untuk bernikah, ada yang sedang retak menanti belah, sedang hebat dilanda cerai dan talak, sedang hebat bermandi air mata dengan sikap pasangan.

Tiada orang yang ingin duka, semua inginkan bahagia dalam rumahtangganya.

Namun jika tidak kena caranya seperti agama, meranalah jiwa sedangkan begitu indah Allah jadikan berpasangan dan pernikahan untuk cepat sampai pada syurga-Nya."

"Boleh bagi sifir mudah? Kesimpulan dari semua ini?"

"Taqarrublah pada Ilahi. Itu jalan bahagia hakiki. Bila kita dekat dengan Tuhan, tiadalah DIA biarkan urusan kita uruskan sendiri dengan ikut kata hati.

Akan nanti DIA atur satu-satu dengan penuh cermat dan teliti. Akan nanti kita akan berpaut kuat dengan DIA selalu berada di sisi."

"Syukran awak."

Saya senyum.

"Tenang-tenanglah dengan janji Ilahi.

*** ** ***
Membaca Tulisan : Al-Arifi

Bait Muslim K.ngah & Abg Ngah

Jumaat, 20 Mei 2016

Wahai Perempuan...Jangan Perasan !



Wahai perempuan,
Bila ada lelaki bersikap baik padamu anggap saja itu perkara biasa.
Sbb mmg naluri seorang lelaki bersikap baik pd perempuan. 

Apabila
Bukumu jatuh dan dia tolong ambilkan, itu normal. 
Tak ada yg special. 

JANGAN PERASAN. 

Bila bertemu di jalan dan dia mengucapkan

salam, bkn bermakna dia tertarik tetapi dia sdg menjalankan
sunnah. 
Bila diantara kawan²mu hanya kamu yg disapa, 


JANGAN PERASAN


Mungkin kebetulan cuma nama kamu yg dia ingat.
kebetulan. 

JANGAN PERASAN. 

Bila satu masa dia balas chat kamu dgn
emoticon senyum atau gembira, bkn bermakna dia ada perasaan
dgn kamu, mungkin emoticon tu skadar utk mencairkan suasana.
cukup itu saja. 

JANGAN PERASAN.
Kdg rasa kecewa tu dtgnya drpd kita
sndri sbb kita slalu keliru dlm mentafsir sikap lelaki. 
Mmg lumrah
seorang perempuan mudah terbuai oleh prasaan. 

Oleh itu wahai 
lelaki, 

bila ada perempuan yg sdg bersedih, jgn kamu dtg utk
menghiburkannya. 

JANGAN BIARKAN DIA PERASAN. 

Tak perlu tawarkan
bantuan bila kau lihat dia boleh melakukan sesuatu kerja sendiri
atau bila kwnnya bole membantu. 

JGN BIARKAN DIA PERASAN. 


Jangan bergurau dgnnya ttg soal hati, bergurau ttg perasaan dgn seorang
perempuan bknlah sesuatu yg lucu. 

JGN BIARKAN DIA PERASAN.

Jaga
kehormatan seorang perempuan dgn tidak bersikap manis pd
mereka kerana bnyk perkara yg tidak disngajakan bole mnyebabkan
mereka 
PERASAN...

so perempuan . JANGAN PERASAN k!.
😏


Bukan niatku begitu..DENGARKAN


Di buing-buing angin langsir itu aku meninggalkan hatinya
biarkan dia sendirian mengenangkan nasibnya
Aku juga manusia biasa.
Yang masih tidak matang dan perlukan pengawasan 'mereka'.
Mungkin hari ini aku nampak sebuah kekurangan.
Yang esoknya ia adalah sebuah kesempurnaan.
Banyaknya kata nasihat yang cuba diberi,
Teguran ibarat nasihat padu terkesan di hati.
Maaf. Aku tersilap jejak lagi.

Tapi...Mengapa aku rasakan ketidakadilan terhadap sisiku ini?.
Nampak saja ketawa berdekah bersama yang lain.
Tapi tidak padaku yang sering dihormati.
Aku berterima kasih atas pendirian itu.
Tapi malang-ku rasa andai hanya 'menjaga' aku.
Tidak pula 'terjaga' dirimu.
Hai....manusia mana suka menzalimi insan lain.
Maaf....
Jangan kau kata hanya mahu 'menjaga'ku.
Tapi kau abaikan 'jagaan' dirimu. 
Sudahkah adil kau begitu?. 
Andai saja coretanku ini dibaca. Sedarlah... 
Aku terluka. Andai pandai kau 'jaga'ku. Tidak pula kau 'JAGA' dirimu dgn baik.
Kelak bagaimana masa depanku ?. Teruruskah urusanku dalam JAGAAN mu ?.
Jujurnya. Aku benci.
Aku juga mengharap insan yang TERJAGA dan MEMELIHARA. 
Maka, ku rayu kau Adilkan...Adilkanlah ia buatku.
Masih ada masa untuk kau kembali dan berhenti.
Mulakan semula dirimu yang baru.
Pintaku ini bukan sekadar mainan hati mahupun fantasi.
Ia Hakiki...


Benci.
Pada khabar mereka. Pada pengetahuan mereka.
Tentangnya...
Aku ingin ia tersimpan baik dan rapi sebagai hiasan terindah di sini.
Hatta terjahar segala yang khafiy dan samar.
Pada suatu saat yang benar.
Tidak pula aku ingin menyamar.
Apatah lagi menipu semua khabar.
Biarkan aku dan kau itu menjadi rahasia yang tersimpan kukuh PADA-Nya.
Peliharalah diri. Peliharalah Iman dan Hati.

Saat kau berjanji dan berkata ingin 'memiliki'...
Saat itu juga aku berjanji pada diriku hanya Allah yang Tahu.
hanya kau yang satu. Tiada dua dan tiga. Mahupun empat yang lainnya.
Maaf. aku tidak mahu jadi pendusta.

Aku SAKIT sendiri. 

Sabtu, 9 April 2016

Sakinah Mawaddah wa Rahmah -Barakah

Menyingkap kamar hati yang selama ini
telah banyak terluka dan derita
Dalam meniti titian bahagia
Ketika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Apabila rasa benci terbit di hati
Rasa itu menyelimuti diri keseluruhannya.


Mungkin sudah sampai ke penghujungnya.
Sudah tiada lagi difikirkan tentangnya.
Rasa aman dan tenteram dari gangguan ancaman manusia.
Semoga ada yang terbaik menantinya.
Bukankah bersendiri tanpa terikat dengan apa² itulah yang sebaiknya.
Letakkan Allah dan Rasulullah dia atas segalanya.

Semalam. Rasa ini kembali bertaut padaNya.
Sepanjang di sini apa 'bekalan' yang bakal diijazahkan buat diri.
Selain ijazah bhs arb dgn pndidikan. Selain dnt. Selain ikon pdkwh&prkdrn?
Mana maratibul amal yg pertama?
Sudah sempurnakah amal fardhul muslim sendiri?

Bukah kau dahulunya berjiwa besar ?
Hafizah to be.
Muhaddist to be.
Mutarjamah.
Ustazah Murabbiah.
Mahfudzah Majahadah.

Allahu rabbi....

Kadang ia hanya palsu...


Apa sahaja yang akan berlaku...
"Have Faith in Allah"
"Jangan pernah berhenti berdoa"
"Semoga Esok Allah Ganti dengan Yang Lebih Baik"
"Allahu Musta'an"

Selasa, 16 Februari 2016

Tukar lagi BH (New my-Blog Header).. ! Jom main dgn PS ^^

Mula berjinak dengan PS ni start dari Sem4 kut klu xsilap, ada hamba Allah yang tolong masukkan perisian PS dalam Laptop ceq ngan sahabat-sahabat ceq. Mantan MMK KUO. Sapa tak kenai ngan Shah tu, budak multimedia. Alang-alang dia buh anti-virus, terus mintak ngan dia nak masukkan Ps jugak. Sahabiah MMK ramai yang dah expert ni. Terutamanya kak Ummi Ibtisam. Haha...diala yang banyak tulung Ceq dalam Ps ni. Selain kak Ummi, yang ceq jelesnya dengan sorang sahabiah nama Husnul Najwa! Pergh....! Santek-santek dia punya hasil Ps.....siap buleh buat kartun lagi...

Jadi...bila dah ada PS a.k.a Photoshop dalam Lappy ni apa kata kita manfaatkan. Mana tau suatu hari ia berguna buat Ummah! Allahumma aamiin. InshaaAllah, sedang berjinak-jinak jugak masuk ruangan multimedia muslimat kedah. Moga jadi suatu saham di akhirat kelak. Selagi mana buleh bantu, kita bantu.. Huntunglah yang dah expert main Ps ni. Ceq ni baru beginner ja... 

Al-kisahnya ceq mula berblogging ni dah lama dah. Sejak form3 (2009) lagi klu xsilap. Itupun main-main ja. Naik form4 baru nak serius sikit. Dah berapa banyak blog yang cuba cipta. Guna macam-macam jenis dah. Ada yang berbayar dan ada yang free. Ceq ambik yang free ja..asalkan buleh menulis. Salah satu minat selain minat main Edit-edit Gambaq ni, menulis pun ceq minat jugak. Time dulu, berblogging kutip ja mana-mana artikel yang berguna masukkan dalam blog. Suka pulak ceq masuk blog then baca balik apa yang dah di 'paste'. :p 
La ni...Banyak artikel/post yang ditulis sendiri dan hanya beberapa yang di ambil dari yang lain buat diri. Banyak dah blog yang bermanafaat yang ceq jumpa dalam alam maya ni. Selain dari blog ceq...hu hu~ 
*tarik nafas dalam-dalam....hembus perlahan-lahan.

Sabtu, 30 Januari 2016

TAFSIR AL BAKRI-AL BAQARAH AYAT 235

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: Wahai lelaki yang ingin berkahwin, sama ada dengan cara jelas kenyataannya atau secara sindiran, apatah lagi yang membabitkan perempuan yang dalam keadaan idah, maka di sana ada hukum yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t.
Alah berfirman: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).
Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan.
Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235)

Selasa, 26 Januari 2016

Heh. Makan JOm ::soto ayam::

Resipi ni diambil di sini

Kalau time raya atau open house boleh la nak hidangkan Soto Ayam untuk tetamu. Soto Ayam harus dipadankan bersama Begedil.

Ahad, 24 Januari 2016

[Mesej dari k.ngah di Mesir]

Mesej pendek ni k.Ngah hantar sewaktu sem.4 dulu. Bila tiba Imtihan, boleh lihat semula pengorbanan abah dahulu. Penyuntik inspirasi dan semangat!

Assalamualaikum... 

Saja nk kongsi dgn Abd.salam.. 

Cerita pasai abah suatu ketika dulu.. nk besarkan k.long, k.ngah, k.tirah, salam, barr, jalil, hadi dan mariah.. 

Sabtu, 23 Januari 2016

Syair Imam Syafi’i: “Biarkan Waktu Berbuat Semaunya”


Catatan Penting:
Syair-syair Imam Syâfi’i berikut ini saya terjemahkan secara bebas. Tujuan utamanya adalah menyampaikan makna dan pesan-pesan positif yang dibawanya agar semudah mungkin sampai pada pemahaman pembaca. Jadi terjemahan yang Anda baca, tidak sepenuhnya—bahkan pada bagian tertentu sama sekali tidak—mewakili makna-makna akar setiap kosakata Arab secara bahasa. Ini penting untuk dicatat, agar tidak menjadikan terjemahan ini sebagai sandaran dalam memaknai kata perkata yang dituliskan oleh penyair.

NAMA-NAMA SRIKANDI ISLAM

Dalam mencari sebuah nama yang cantik lagi dimuliakan. Jom lihat dan selak kembali sirah-sirah srikandi agung yang menjadi sayap kiri dalam sebuah perjuangan.

Semoga ruhnya mengalir dalam diri ini...Allahumma aamiin.

1. Srikandi Medan Pertempuran –Nusaibah binti Kaab

2. Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib

3. Pahlawan Wanita Serba Hitam –Khaulah Binti Azwar

4. Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah

5. Orang Pertama Mati Syahid –Sumayah Binti Khubath

If You Fail to Plan - You Plan to Fail !

"Jika kamu terus memfokuskan dirimu pada sesuatu yang tertinggal di masa lalu, kamu tak akan pernah dapat melihat apa yang ada di depanmu"

Kita merancang sesuatu, Allah juga merancang sesuatu yang dirahsiakanNya buat kita...Namun rancangan Allah itu Lebih Baik, Yang Terbaik, dan Yang Paling Baik daripada rancangan kita
kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENETAPKAN... Tidaklah Allah menjadikan dan mengaturkan sesuatu itu sia-sia.

Jumaat, 22 Januari 2016

Kaki ini terus melangkah...Muhasabah sem.4

Semakin meningkat dewasa, Semakin bermasalah... hmmm. hampir mengeluh putus asa.. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, 2 tahun sudah di bumi pendidik ini.
Masa pantas berlalu pergi...memberikan cebisan kenangan yang penuh makna. Semester satu sudah jauh bercerai di belakang masa lalu, InshaaAllah, semester lima bakal melamarku pada September akan datang.
Apabila ana mula menulis setelah berakhirnya semester, tahulah bahawa ia adalah untuk memuhasabah kembali keadaan yg telah brlaku sepanjang
semester ini. Buat apa klu banyak kali menulis bagi ''MUHASABAH'' andai diri tetap diTAKUK yg LAMA?. Buang masa ja! Audit diri itu WAJIB setiap hari. Kitakan Umat Islam. Slogannya Mudah! "Jadikan hari ini LEBIH BAIK dari semalam. Pertamanya, Alhamdulillah. Tahniah diri! sebab dapat mengharungi semester ini. Kalau ada 5 bintang, semester ini...dia bagi 1 bintang saja pada diri. SEDIH SGT. Itu yg termampu untuk diluahkan. Mungkin muhasabah semester lepas hanya menjadi frame yg tergantung dalam dinding fikiran. Hanya menjadi hiasan sebagai penyeri ruangan yang bersarang....

Rabu, 28 Oktober 2015

Buatmu insan yg bergelar 'lelaki'

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan kalam yg mulia, ku mulai penulisan ini.
Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa ashaabihi wa man tabi'ahum, ila yaumiddin.
Selawat teristimewa kukirimkan buat Sang Kekasih yg sentiasa kutunggu kemunculannya di dalam tidurku. Menuturkan nasihat terindah buatku untuk meneruskan sisa kehidupan di atas dunia ini. Sungguh, aku kehilangan rasa cinta dan kehadirannya sejak kebelakangan ini. Ya Rasulullah... :')

Buatmu insan yg bergelar 'lelaki'.
Ku coretkan sebuah catatan buatmu.
Khas untuk kaum berlainan jantinaku.
Semoga ia dapat membuka matamu seluasnya.

Lelaki...

Allah telah menciptakanmu dengan begitu hebat ciptaan. Engkaulah menjadi pemimpin bagi kami kaum hawa. Engkau jua adalah penolong dan penyelamat bagi kaum hawa. Engkau kuat. Kudratmu melebihi kudrat kaum hawa. Banyak kelebihan yang telah diberi oleh Allah buat kalian. Kalian mampu untuk membuat keputusan dengan tidak beremosi seperti kami. Kalian mampu untuk mengawal emosi kalian dengan baik berbanding kami. Fikiran kalian lebih hebat berbanding kami. Kalian hebat dan kuat. Aku bangga Allah hadirkan lelaki, kaum adam buat kaum hawa. Kerana setiap ciptaanNya pasti ada hikmah besar yang disediakan khas untuk hambaNya.

Kalian adalah kaum seperti Rasulullah. Sang kekasih hatiku yg sedang ku nanti dirinya. Ya, Akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran. Hebat bukan..? Hebatnya Rasulullah, dapat menyebarkan ajaran dakwah ke merata ceruk kawasan walau dicemuh oleh musuh durjana. Hebatnya Rasulullah mengangkat darjat wanita. Hebatnya Rasulullah menjadi penyelamat bagi wanita. Ya Rasulullah.... terima kasih atas segalanya. Kerana Rasulullahlah kami di muliakan sehingga ke zaman ini. Subahanallah, betapa baiknya Rasulullah. Baginda lakukan perkara yang baik bukan semata-mata kerana desakan nafsu. Jauh sekali bagitu. Rasulullah yang bersifat dengan sifat yg empat, siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Dan sifat harus bagi Baginda adalah bersifat seperti sifat manusia biasa. Rasulullah juga seperti kita, seperti anda, kaum adam. Semoga Allah memuliakan kaum ini yang sama seperti Rasulullah. 

Beruntunglah kalian duhai kaum adam.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Tiada kata yang ingin diungkapkan, melainkan kata kekecewaan. Aku kecewa, bila ada antara kalian mempermainkan dan memperlekehkan kami, kaum hawa.

MENYESAL aku kenali lelaki sepertimu.
MENYESAL aku memberi harapan kepada lelaki sepertimu.
MENYESAL aku memberi kepercayaan kepada lelaki sepertimu.
MENYESAL...
tiada guna kan?. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.
Rupanya saat itu baru Allah tunjukkan segalanya.
Menitis air mata sesalanku.
Ku biarkan dirinya melata di bumi tanpa diriku.
Ketahuilah bahawa aku telah MATI.
MATI untuk bertemu denganmu.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Ingatlah kalian bahawa hawa mempunyai sekeping hati yang sangat dijaga mereka. Mereka amat mementingkan perasaan. Bohonglah jika ada antara mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan. Itu dusta! Itu pembohongan yang sangat besar! Hawa adalah makhluk yang perasan. Ya, kami amat menjaga dan sensitif soal perasaan. Termasuk aku!. Aku juga perempuan seperti mereka, kaumku.

Rijal.Adam.Lelaki.Man...

Kalian perlu sedar. Jika kalian telah berkenalan dengan seorang hawa, kalian telah membuka ruang hati mereka. Kalian telah masuk ke dalam kehidupan mereka. Jika kalian tidak berhasrat ingin memetik mereka dari sebuah pohon, janganlah kalian cuba untuk menarik-narik bunga tersebut. Kalian mampu untuk tidak menariknya.

Lelaki.

Perempuan itu.... dia cuba untuk menjaga keizzahan dirinya semampu yang boleh. Dia tidak pernah menaruh harap apatah lagi janjinya pada sesiapapun selama ini. Dia tidak pernah bermain cinta dengan mana-mana lelaki pun selama ini. Hanya mendengar cerita dan nasihat dari insan sekelilingnya.

Tapi, hadirnya dikau membuka pekung yg ditahan selama ini. Kau. Telah menghancurkannya...!
Dapatkah kau bayang wahai sang lelaki, kau telah merosakkan keizzahannya selama ini. Kau telah membuatkan dia percaya pada kata janji dan harapmu. Kau telah menjadikan dia terasyik dan terbuai olehmu. Kejamnya kau lelaki.! Betapa jahatnya kamu mempermainkan wanita seperti itu. Ya, dia sedang bertatih sekarang. Bertatih semula mendapatkan keizzahan yang dijaga selama ini. Betapa bodohnya dia rasa saat ini kerana kebodohannya dia telah tewas denganmu, duhai lelaki. Tahniah kerana telah membuatkan dia percaya padamu. Lalu mendustakannya. Membuat dia bangga lalu mengaibkannya. Dia...hawa itu. Telah membuka pintu hatinya menerima kehadiranmu dalam hidupnya. Mengapa dia membuka pintu hatinya untuk menerima kehadiranmu?. Kerana Kebaikan yang menghiasi dirimu. Termakan dan Ter'buta' kerana kebaikan dan kehebatan yang menghiasi diri si lelaki.

Rupanya dikau berdusta. 
Agaknya....., adakah hawa sedang bergembira saat ini.?. Nah!.

Hawa melayan, katanya dia sedang serius denganmu. Katanya kau juga serius dengannya. Dia percaya dengan harapan dan janjimu padanya. Harapan untuk hadir bertemu walinya. Dan...janji untuk memberi sesuatu padanya. Tahniah kerana kau telah menipunya. Kau telah berjaya wahai lelaki. Berjaya buat dia percaya.

Lantas kau menipunya...

Kau mencantas kepercayaan yang telah kau beri padanya.
Agaknya...adakah masih ada pintu kepercayaan buat lelaki lagi?.

KECEWA.
Kerana mengenali lelaki sepertimu. Tiada yang sempurna dimatanya. Hanyalah kekurangan yang terpamer di matamu. Siapalah insan bertuah yg kelak akan menjadi milikmu. Sudahlah lelaki. Aku tidak percaya lagi pada janji dan harap yang sering di taburkan. Baru sekarang aku mengerti cerita hawa-hawa yang lain. Setelah diri sendiri mengalami.

Baru sekarang aku telah terbuka hati dan terbuka hijab diri ini mengenali manakah lelaki yang benar-benar baik. Baik dalam erti kata yang sebenar.
Ya, bukan mudah menemui insan seistimewa dan yang baik sekarang.
Dunia makin kejam.
Ramai manusia tenggelam dalam arusnya yang cukup dalam.
Astaghfirullah...akhirnya.
saat ini baru Engkau hendak menunjukkan aku HikmahMu.
Betapa lemahnya aku.
Namun, kekuatan itu jua datang dariMu.
Tanpa petunjuk dan bimbingan-Mu pasti rebahlah diri ini di satu sudut penghujung dunia.

Pengajaran dan hikmah BESAR telah ku pelajari dari kisah ini. Ternyata bukan aku sahaja yang sedang kau puja. Masih ada lagi di sana. Aku benci lelaki yang tidak berakhlak benar sepertimu.

Ceritaku dahulu..Telah membuktikan sesuatu.
Aku terkabur kerana kebaikannya.
Mudahnya dia...lepaskan aku. Tanpa kata maaf mahupun pujukan yang amat mengadabkan.
Supaya aku tak tersakiti.
Tapi sayang, baiknya dia di hadapan manusia lain.
Belum tentu dia masih baik di mata ini.
Sungguh! DemiMu ya Allah! Aku membenci segala sikapnya.
Aku membenci segala perbuatannya.
Kau sungguh jauh dengan Akhlak Baginda Rasulullah s.a.w..!

Mana mungkin Rasulullah akan mengaku dirimu adalah ummat Baginda....?!

Semoga dikau bertaubat. Atas segala yang telah kau lakukan.

aku yg tahu aku juga bersalah dalam hal ini.
Kerana Aku MAHU serius, aku mulakan.
Kalau TIDAK MAHU serius, tinggalkanlah aku dari AWAL pemberitahuanku!.
Maaf.
Semoga inilah yg terakhir.
Cukuplah kau telah menyakiti dan menulis skrip kehidupan yg pahit ini.
Demi Allah! Jikalau dia mencari diriku, sedikitpun tidak akan aku berikan wajah yg telah MALU ini.
Aku MALU pada diri sendiri.
MALU pada Allah, MALU pada RASULULLAH.
teruknya aku.
Bertaubatlah!.

Mana mungkin hawa dapat melupakan kisah hitam dan perit ini. Terima kasih kau. Kerana kau juga aku sedar dan pelajari pelbagai teknik si durjana memikat hati si bunga. Innalillah. Aku sudah terkena. Semoga tiada hawa yg sepertiku selepas ini.

Allah..Rasulullah...malunya daku padamu.



Repent.
Darkness
12,43am
Surau Salam
RZ
29hb10m2015

Ahad, 24 Mei 2015

Meniti Langkah Demi Langkah (Mhsbh sem.3)


Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah...
Tiada kata seindah bicara yang dimulai dengan menyebut nama Nya. Besarkan hatimu dengan mengingati Allah yang Maha Esa.
Semester 3 yg amat mencabar emosi dan minda. Di sinilah aku mula mengenali 'mereka' dengan lebih dalam. Bukan sengaja aku kenali mereka. Ia adalah salah sebuah perancangan terbaik diaturNya buat hambanya yang dhaif ini. Tidak dinafikan sebagai manusia, kita pasti akan melalui proses pembelajaran melalui sebuah ujian. Itu adalah Tarbiyyah yg sengaja Allah campakkan buat semua hambaNya. Tidak terkecuali bagiku yang sedang menaip ini.

Adalah molek kiranya muhasabah semester 3 itu kulakukan sewaktu last sem. Ini tidak, dah sem 4 dah baru nak imbau kenangan lalu. Tapi, banyak hikmah yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Serius. Kehidupan yang paling 'mencabar' selama hidupku di sini.

Bila mengimbau kenangan lalu...sebelum tirai semester 2 tertutp dan membuka tirai semester 3, amanah berat di Pahang menjadi milikku. Tidak ada satupun ujian yang Allah datangkan untuk membebankan hambaNya kecualilah untuk 'mendidik' dan sesuai dengan dgn kesanggupannya. Selama di pahang..dan saat-saat perjalanan ke sana masih terukir di ingatannku selamanya. Biiznillah. Kerana ikatan aqidah yang kuat ini meneguhkan perjalananku dan mengukuhkan tapak kekuatan kaki yang melangkah ke sana. Sepanjang permusafiranku....disebaliknya tersirat kisah yang amat berat sebenarnya. Walaupun hanya sebagai pencatit, aku malu untuk berhadapan atau berdepan dengan semua. Tetapi, kerana amanah aku perlu laksanakannya dengan sebaiknya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaranNya. Sungguh! Rasa tak layak menjadi pencatit tatkala itu.

Khamis, 21 Mei 2015

SAYYIDAH NAFISAH *(Wali Perempuan Contoh Wanita Akhir Zaman)

Sayyidah Nafisah ialah salah seorang keturunan Rasulullah s.a.w.. Beliau puteri Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a.. Beliau lahir di Makkah, pada 11 Rabiulawal 145H, hidup dan besar di Madinah.

Hijrah Ke Mesir
Demi keamanan dan ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir bersama suaminya, Ishaq al-Mu'tasim bin Ja'far as-Siddiq, pada tahun 193H, setelah sebelumnya ziarah ke makam Nabi Ibrahim a.s.. Di Mesir beliau tinggal di rumah Ummi Hani’.
Sayyidah Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat menyayanginya dan percaya akan karamahnya. Mereka selalu berduyun-duyun mendatanginya, berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. Hal ini membuat suaminya berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah Hijaz, namun beliau menolak dan menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau berkata kepadaku: "Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkanmu di sana (di Mesir).”

Selasa, 20 Januari 2015

Pesanan buat diri...

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Jumaat, 14 November 2014

Seteguh apakah hati ini....?

Ya Rasulullah.... :'(

Kurindui susuk tubuh mulia yang pernah bertandang dalam mimpiku dahulu. Tapi, kini...aku semakin jauh dari bayangan itu. Apakah sekarang ini aku tidak lagi seperti dahulu?. Jauh dari kehidupan yang menjadi angan-anganku. Jauh dari semua impian dan mimpiku dahulu.
Kiniku sedar ianya pasti berpunca. Berpunca dari sekeping hati yang tidak terjaga. Indah berada di dalam dada manusia. Namun ia dicemari dengan sikap manusia itu sendiri.

Duhai hati...apa khabar denganmu saat ini?. Aku sering salah menafsir sesuatu. Salah dalam tindakan yang telah berlaku. Kiniku sesali segala perlakuanku dahulu. Kiniku nikmati saat-saat kehidupan bersendiri dengan membawa hati kembali kepada pemilik yang Sebenar. Semoga Allah memberi ampunan buatku atas kezaliman yang aku sendiri lakukan dengan pancaindera kenikmatan anugerah dari Nya. Sungguh! aku berdosa. "setiap anak adam itu berdosa, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat".

"Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dengan Taubat Nasuha."

Jumaat, 24 Oktober 2014

Pengalaman Seorang Hamba

"So, menurut Ust Farhan dalam menuntut ilmu agama ni kita kena tahu alat-alat dia. Kita kena ambil alat-alat dia elok-elok. Jadi alat-alat dia yang paling penting ialah bahasa arab. Kena bagi mahir. 3 tahun mesti dah boleh arab! Boleh baca, cakap dan menulis serta menterjemah bahasa Arab..."
Tambahan; seWaktu dalam kelas ust. mohd Noor, ust ada kongsi tentang seorg sahabat Ust. Yang mana dia setiap hari akan cuba aplikasikan nahw yg dh bljar. Caranya; Dia ambik satu kitab (tak kira kitab kecil atau besar) dia akan i'rab kalimah ilal kalimah. wahid-wahid. Dia xkan sambung kalimah yg lain selagi dia xdpt jawapan bgi satu kalimah. Hebat!.
Belajar bahasa Syurga ni membuatkan ana semakin hari semakin merindui untuk melangkah masuk ke dalam syurga dan berbicara bersama ahli-ahlinya. Bukankah ahli syurga nanti berbahasa 'arab? SubahanAllah, Beruntunglah kamu....
Berjuang berjuang jugak. Tapi, jangan tinggalkan Tuntutan Ilmu yg sedang kita nikmati saat ini. Kulla yaum, laa budda 'alaina muraaja'ah wa ta'mal waajibaat!


[ قال الله تعالى : ( يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم ) [ محمد : 7  
[وقال تعالى : ( ولينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز ) [ الحج : 40 

( وقوله ( وفتح قريب 
أي : عاجل فهذه الزيادة هي خير الدنيا موصول بنعيم الآخرة ، لمن أطاع الله ورسوله ، ونصر الله 
ودينه

Ia Simple Sangat. Tapi Berharga.

Selama ni sahabat saya selalu tanya tentang perkataan-perkataan yang cantik dan penuh makna ni. Bagi saya, setiap perkataan ni berharga. Jadi, saya dedikasikan setiap perkataan itu di sini. Nak muraja'ah lah....dan, nak hafal!.

Hayya maie.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sungguh! Hikmah Nya Terlalu Luas (Mhsbh sem.2)

MAHA SUCI ALLAH yang misteri ketentuan dan ketetapanNYA tidak dapat diduga dan diteka oleh sesiapa. Benarlah, God always move in a mysterious way. 
Rahmat Allah itu LUAS !
Dear special guest,
Thanks alot for your visiting! Please don't come back after you came here because this is my secret diary of life...shuuuuh~ ha. ha. For this entry, I will show you something..."dah! saja nak cakap b.i, padahal bukan teror sangat pun b.i ni..so sorry"

Jumaat, 15 Ogos 2014

Di manakah Posisiku dalam Perjuangan Ini ?

Seuntai kata selaut rasa. Saya Cintai Perjuangan Fisabiilillah!

Alhamdulillah..bakal menjejakkan kaki lagi ke bumi murabbi dengan niat yang segar dan baharu dengan Izin Nya bagi menyambung pengajian di Tahun 2. Kaki pejuang yang melangkah hanya kerana Allah adalah lebih baik berbanding kaki pejuang yang melangkah kerana harta dan dunia. Islam itu Syumul dan tidaklah ia menyisihkan medan perjuangan dalam menegakkan Kalimah Tauhid. Perjuangan ini bukan hanya memerlukan kepada tahu sahaja, akan tetapi perjuangan merupakan medan yang perlu difahami bagi setiap pejuang-pejuang yang melangkah untuk berjuang hanya Kerana Allah semata.

Sebagai muslimah, mujahidah, mukminah, juga akan diuji dengan ujian yang paling berat iaitulah ujian hati, ketepikan ia seketika dan fokus kepada kesibukan berjuang. Laa budda 'alayya aidhan. Saya cuba untuk mengatakan bahawa saya menCintai Perjuangan ini! Di sini, ana sertakan artikel khusus untuk para mujahidah mengukur dan memuhasabah kembali jalan yang sedang dilalui. Di manakah posisi kita dalam perjuangan ? Baca dan hayati. Amalkan...

Rabu, 9 Julai 2014

Bila hati teruSik...



Kita semua mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan yang cantik, menarik dan sempurna. 

Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian? Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras? Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad: 

"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."

Cinta juga menuntut pengorbanan. Ada yang sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi mengikut pilihan hati. Ada yang sanggup mengorbankan ‘study” untuk bersama kekasih hati. Ada yang sanggup mengorbankan maruah sendiri demi membuktikan cinta sejati. Ada yang sanggup mengorbankan jiwa demi meraih ketuanan cinta. Oh cinta.. Penanganmu hebat, membuat manusia gembira, tawa, bahagia, sedih, duka, lara, derita, gila dan sebagainya.


Hari ini penulis mengajak kita belajar cinta dari Abu Utsman, kisahnya ditulis oleh Imam Al Jauzi dalam salah satu kitabnya, Shaidul Khathir. Kisah cinta, rupa paras, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan kebahagiaan. 

::Berserah Pada-Nya:: Hatikan Menjadi Tenang

Indahnya Hidup Ini Jika Segalanya Kerana Allah

Bila harapan hanya tinggal harapan...
Semalam, sebuah harapan telahku bina membawa sejuta bahagia dalam jiwa.
Semalam, aku gembira tak terhingga andai harapanku menjadi realiti.
Semalam, aku terbayang-bayang harapanku di sana.
Membina satu ukhuwahfillah bersama penjaga-penjaga Kalam-Nya.
Semalam, hatiku berlonjak inginku cangkul berjuta rahsia di dalamnya.
Membawa satu sinaran bahagia buat jiwa dan memberi sumber inspirasi dalam rohaniah diri.
Membentuk sahsiah dan peribadi mulia.
Semalam, aku mendengar dari mulut seorang yang bertauliah tentang kehidupan di sana.
Ku tercari-cari kekuatan untuk melangkah ke sana.
Bila harapan yang tinggi ku tabur ke sana... Hanya sana yang menjadi pilihan di hati.
Agarku terus menjadi seorang yang terpelihara dan memelihara.
Sungguh, aku tidak pernah berdusta... saat ditemu untuk diduga kekuatanku... hati ini melonjak riang memohon pada-Nya agar dipilih ke sana.
Sungguh, hati ini sukar dibayang seperti ada yang menghalang.
Baru ku sedar kini, aku bukanlah yang terpilih antara mereka... Mereka orang yang terpilih...
Bila harapan ini hanyalah menjadi khayalan... Relaku lupakan semuanya, anggap saja aku tidak pernah membuat janji temu dengannya... sana itu, tiada kaitannya dengan diriku...
Maaf, terpaksa aku melepaskan mu untuk membina kekuatan yang baru!